Pages

Wednesday, 22 February 2017

Rezeki Dan Bersyukur

Misi mencari rezeki yang halal :)

Alhamdulillah~

Assalamualaikum and haiii 😊

"percayalah, yang setiap rezeki itu ada dan datangnya daripada Allah SWT"

"sentiasalah bersyukur supaya sering ditambahkan rezeki daripada Allah SWT"

Pengalaman sendiri buat saya terfikir relationship antara rezeki dan syukur. Apa itu rezeki? Macam mana rupanya rezeki? Ada sesetengah yang saya jumpa macam tak boleh terima yang itu dan itu adalah rezeki dari Allah. Dorang lebih percaya yang itu adalah dari usaha titik peluh mereka sendiri.

Yess. Awak memang betul. Tapi andai tidak diizinkan oleh Allah, kita akan dapat tak pekerjaan yang kita sedang bekerja sekarang demi mendapatkan duit tiap tiap bulan? *Haa, skema sangat ayat kann. Kalau tak paham sila tanya tauu :( ayat gramatis. Haha 

Saya bagi contoh duit sebab itu rezeki yang senang nampak. Sedangkan antara bentuk rezeki tu banyak sangat.

*kesihatan yang baik. (tak perlu keluarkan duit untuk bayar pada hospital)
*ada rumah. (membentuk rumahku syurgaku)
*ada anak yang baik tingkah laku. (rezeki akhirat)
*kereta tak meragam.

Kerana Allah sangat mudahkan perjalanan kita untuk dapatkan pekerjaan. Disitu ada rezeki. Rezeki perlu diusahakan. Bukannya duduk rumah dan berdoa tanpa usaha. 

Ada yang cakap rezeki tanpa disangka sangka. Tapi kenapa saya yang sentiasa berdoa supaya dimurahkan rezeki. Tak pernah kunjung tiba pun rezeki ni?

Awak kerja tak? Ada berusaha?

Tak lah. Dah cakap rezeki dari Allah tanpa disangka sangka.

Haha, sila menangis dekat situ sekarang.

Dekat dunia ni apa je yang korang inginkan haruslah berusaha. Untuk ke syurga wajib usaha di dunia dulu jugak kan? Tanpa usaha, mudahlah kerja awak. Then salahkan Allah. Not fair~

Dalam satu tempat kerja. Ada macam macam jawatan. Semestinya level gaji pun berbeza. Ada tinggi, ada rendah. Tapi, jangan sesekali dengki dengan rezeki mereka. Itu adalah bahagian dia. Dan ini adalah bahagian awak. Dari situ awak belajar apa itu bersyukur. Kemudian, berapa sahaja yang awak dapat. Awak akan gembira. Always thank to Allah. Then rezeki tanpa disangka akan muncul. Antaranya merasa cukup dengan apa yang kita dapat walaupun sikit. Tapi tup tup tup boleh belanja sebulan. Siap lebih lagi. See? 😉

Bila tak bersyukur, dapat nilai yang banyak pun still rasa tak cukup. Asyik fikir tu je sampaikan urusan dengan Allah pun diabaikan. Then salahkan Dia sebab bagi sikit. Sedangkan nilai tu dah lebih pada cukup. But, disebabkan tiada rasa syukur. Yang cukup pun jadi tak cukup. Lalu Allah timpakan pelbagai ujian menyebabkan nilai tu dirasakan sangat sikit. Awak terus salahkan Allah. Copp. Sila berhenti berperangai macam tu. Belajar bersyukur pleasee. Siapa kita hamba Dia yang kekurangan segala untuk melawan dan menyalahkan semuanya pada Dia? Siapa yang lebih berkuasa. 

Untuk menjadi tenang, hidup dengan aman, redha, tenteram. Cuba untuk sentiasa merasa cukup dengan pemberianNya. Semua di atas muka bumi ni adalah rezeki yang Allah kurniakan pada kita. Bila ada rasa bersyukur, tanpa sedar rezeki sentiasa cukup, malah sering bertambah. Okay, say thanks to Allah alwayss :)

Sentiasa bersyukur dengan pemberian Allah.
Kadangkala rezeki itu terus kepada kita.
Adakalanya pulak rezeki tu melalui orang tengah daripada
Allah untuk kita.
Semua yang kita dapat adalah daripada Dia :)
Jangan sesekali rasa tak cukup tauu. 

Nah! Jom checklist yourself and myself :)
Hehe.

Perasan tak? Makin kita bersedekah. Tak kisah dari segi wang ringgit mahupun barangan, tanpa disangka rezeki kita bertambah kan? Tetiba je ehh ada tu, dapat ni, ada ni. Alhamdulillah. Thanks Allah :)

Semoga kita tergolong dalam kalangan manusia yang sentiasa bersyukur dan sentiasa bersangka baik dengan Allah.

Nak rezeki yang lebih haruslah kena berbaik dengan Allah kan. 

Amin,
Thanks for reading, 😍

Tuesday, 21 February 2017

The Same Hobby


Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan untuk ke syurga. -HR Muslim-

Siapa kat sini yang pantang nampak sejenis kedai buku? Angkat kaki. Hihi~ 

Kami mempunyai minat yang sama. Kami tu ialah mak ayah dan saya. Wajib singgah kedai buku. Tak singgah kedai lain pun takpa la aihh. Ehh tapi saya selain kedai buku, watson, guardian, parkson. Memang wajib pergi jugak tu. Dapat cuci mata pun okay dah aihh. Hihi. Sama jugak dengan mak. Selain kedai buku suka masuk kedai kain. Sampai tuan kedai pun dah cop muka mak kan 😝

Kalau masuk kedai buku sampai berjam makan masa pun seriously memang tak sedar langsung. Seronok lagi. Rasa macam nak bermalam je dekat kedai tukan :( 


Tak kisah la apa pun bahan bacaan yang dipilih. *Mesti yang baik baik tau. Yang penting kita sebagai pembaca dapat beramal dengan ilmu yang disampaikan. 

Saya sejenis manusia yang suka baca novel.
Kumpul novel. Buat koleksi.
Ada novel cinta, ada novel agama.
Tapi semua jenis novel tu pun ada ilmu yang cuba disampaikan.
Sikit atau banyak je. Yang penting masa baca tu
selain daripada terhibur, boleh highlight mana yang dirasakan
boleh dijadikan sebagai ilmu. 

Buku kegemaran ayah. Bukan tajuk diatas ok. 
Dia sukakan bahan islamik. 
Saya pernah kena tegur dengan ayah sebab selalu baca novel malay.
Pernah la beli novel english, tapi makan masa sangat nak habiskan 😂
masa kecik selalu ayah belikan buku cerita dalam bahasa inggeris tau.
Balik je rumah wajib ada kamus sambil membaca :(

Haa, masak memasak ni mestilah kegemaran seorang ibu kan.
Kalau masuk kedai buku wajib la buku resepi dia ni.
Walaupun dalam internet semua resepi pun ada.
Masa memasak tak rujuk pun. Haha.
Koleksi semata ok. 😁





Saturday, 18 February 2017

Krik Krik. What I'm Doing?


Err. Memang tengah krikk krikk sekarang ni. Mood menulis tu datang tauu. Tetiba je. Tapi apa yang nak ditaip tu? Zero ideaa. Arghh. Kalau time malas nak menaip, ada je idea yang datang tau. Menci ahh. 😓

Ehh, kenapa eh hampir semua post saya akan disertakan sekali dengan picture? Hehe~ Kan, saya pun perasan jugak bila nak ber blogging je mesti automatik akan ask uncle google picture yang sedikit berkaitan. Kalau rasa tak terkait tu memang sengaja jela tu. Sebab gambar tu dah terkenan di hati. Ehh. Hehe.

Memang spesis yang suka sangat tengok gambar ni. Sejak kecik lagi suka gambar. Haha~ Gambar ni cam menarik perhatian saya untuk nak baca lagi dan lagi. Haa. Takdalah bosan tengok perkataan je manjang kan? Tapi lain orang lain sikap dia. Yedak? 


Ehh, apa yang saya nak sampaikan ni ya? 
Emm, memang takda apa pun. Sebab saya no idea nak menaip. Hihi~

Krikk krikk sangatt kann.


Terima kasih buat kamoo yang berjaya habiskan bacaan. Hihi.
Gigih ya.

Sehingga ketemu lagii.
Assalamualaikum........ 



Friday, 17 February 2017

Allah More Know


Allah tidak memberi apa yang kita harapkan, tapi Dia bagi apa yang kita perlukan dalam hidup. Kadang pening sangat fikir kenapa mesti macam ni, macam ni. Kenapa hidup saya tak pernah sebaik orang lain. Padahal Allah dah bagi yang terbaik. Cuma tak pernah nampak dan tak ingin bersyukur. Allahu.

Bila sesekali diuji,

Hati rasa lemah sangat. Kadang tu rasa down. Kerana iman yang ada kita masih lagi mampu untuk bersabar. Semua yang tidak nikmat untuk ditelan adalah bentuk ujian. Tapi kena ingat tauu. Ada ujian yang datang dalam bentuk yang bahagia. Tanpa kita tak perasan pun yang itu sebenarnya adalah ujian 😓 bahaya sangat ok!



Setiap yang kita mahukan kita tak kan dapat. Ehh, jap. Bukan takkan dapat. Tapi adakalanya apa yang kita nak tu kita tak dapat. Hihi~ Allah is the best planner. Awak, saya merancang. Tapi jangan lupa yang perancangan Allah Maha Hebat. Awak, saya dah berusaha yang terbaik. Tapi hasil tak seperti yang diharapkan. Dekat situ lah adanya ujian. Bersabar ke awak dan saya? Kalau sabar mesti fikir yang baik baik je dengan Allah. Andai tak bersyukur pasti Allah yang awak dan saya bakal persalahkan, kan? 

Siapa kita di muka bumi ini untuk menunjuk hebat dihadapan Allah. Dia lah Maha Hebat.


Orang sekeliling tak pernah tahu apa yang kita lalui, apa yang kita buat. Apa yang mereka tahu hanyalah menghukum kerana semua planning gagal. Disaat inilah kita perlu bersabar dengan pandangan orang sekeliling. Sememangnya si kaya dilihat sebagai raja. Si cantik dilayan dengan baik. Si bijak pandai tutur kata dengan mereka penuh adab. Si yang berpangkat besar begitu dijaga penghormatannya. Si miskin, si hodoh, si bodoh, yang tidak berpangkat akan dipandang hina. Sabarlah! Biar hina dihadapan manusia, asalkan mulia di pandangan Allah. Jangan mulia disisi seorang hamba juga. Namun begitu hina pada pandangan Allah. 

Kehidupan dunia tiada apa yang terlalu ingin dikejarkan.

Apa yang diharapkan tidak semudah bercakap untuk dicapai. 😃 seoarang yang berusaha gigih belum tentu dapat mencapai apa yang diharapkan. Rileks ok rileks. Yang membenarkan itu selalu ada. Bila dan di mana kita sendiri tak tahu. Apa yang wajib adalah sentiasa berusaha. Jangan pernah berhenti sehingga berjaya. Jangan pernah rasa puas hati.




Betul sangat kan. Kadangkala bila ditimpanya ujian tu. Terus fikir. Susah nya. Apa sebenarnya yang Allah nak tunjukkan pada saya. Pernah jugak terdetik semua yang disuruh oleh Nya rasa macam dah buat. Tapi kenapa hasilnya begini atas usaha yang begini? Tak pernah dapat jawapan kan? At last, fikir yang baik baik. Sebab yang positif tu akan mendatangkan hasil yang positif jugak. Ada orang nak berjaya dengan cara berlari 100km dah dapat kejayaan tu. Ada juga yang merangkak. Baru dapat hasil yang baik. Kan? 

Kenapa dalam hidup ni Allah bagi ada yang kaya, miskin, hodoh, comel. Semua tu adalah untuk menguji ok. Thinks positive with Allah. InshaAllah semua yang kita dapat pun baik baik je. 

Dah berapa kali saya gagal. Masih nak fikir yang baik baik ke? 
Okay, better checklist diri tu. Dah cukup lima waktu. Maybe doa kurang. Mungkin perlu tambah yang sunat sunat tu. Kerana Dia rindu awak dan saya. Pleasee. Berapa kali pun awak tersungkur tetaplah untuk bersangka baik dengan Allah. Tidak di dunia, mungkin di akhirat ganjarannya. :)


Lalui ujian dengan tenang dan matang. Pedulikan sekeliling awak dan saya. What important is semangat. Terus bersemangat untuk mengejar apa yang dikecapi. Semangat untuk teruskan hidup. Forget the past. Ujian tu mendidik seseorang untuk menjadi matang. Andai hidup tiada ujian itu tanda Allah tak sayang. Ehh. Tipu je. Hihi. Sebab rasa macam serious sangat typing malam ni. No gelak gelak. Bahagia juga ujian. Ujian untuk mengingati orang lain. Ehh, Erkkk. Betul ke? Emm, fikir yang baik baik je tauu. Hihi~ 



Alhamdulillah, lalui ujian dengan tenang dan santai. Tak salahkan Allah. Akhirnya, keindahan hidup jua milik awak dan saya. Kejayaan juga milik kita. Kan? Yeayyy.

Selepas ujian pasti wajah akan kembali tersenyum penuh sinar kebahagiaan gituu. 💝

Kecil atau besar ujian tersebut, sentiasalah bersangka baik dengan pemberi ujian tu okay. Kerana Dia yang memberi pasti Dia akan mengubat kembali dengan sinar bahagia. Kelip kelip seperti bintang yang sentiasa bersinar. Cantik dipandang. Seperti adanya pelangi selepas hujan. Dan awan pun tersenyum.

Sama la dengan kita. Selepas ujian adanya bahagia.

Ingat tuu.

Assalamualaikum :)))






Thursday, 16 February 2017

Dia Marah, Dia Seronok


Hai haiii..
Macam dah lama je kan tak update blog ni. Kekangan masa. Lagi pun macam takda apa nak update. Idea tak datang. Otak tepu pulak awal awal tahun nih 😋

Biasala, bila ada sesuatu yang terjadi pada saya, saya akan luahkan di sini. Tiada siapa yang memahami melainkan Allah kan? Saya bukan nak luahkan apa je perkara yang buruk buruk. Hanya sekadar nak hilangkan stress, nak pulihkan kembali semangat. *Cewah. Kalah orang putus cinta aihh. Ehh tapi memang pun. Kes ni lagi teruk dari putus cinta. Hihi~

Dia marah, dia seronok. Haha. Memang pun. Saya pun seronok bila marah orang. Tapi persoalan sekarang ni seronok tak mangsa keadaan tu? Haa, mangsa keadaan kauu. Kelass gitu ayat kan. Huhu. 😢

Ini kes baru lepas kena bebel pasai tulis report but have a typo. Em em. Seriously tak perasan. Kalau perasan dah lama pun revised report tu tau. Satu perkataan je. Nak taip at tapi jadi ag pulak. Ayoyo. Because of typo ja dah seguni kena bebel 😒

Apa pun, i know all my fault 😓 *kes tak boleh terima ada kesalahan ke ni? Ehh yela. Kan typistt. Haha~ Apa apa entah. Erkkk..

Moral of the story pleasee jangan suka hati nak marah even kesalahan tu besar ok. Satu kemarahan tu seriously memberi impak yang besar sangat kepada pemangsa. Ehh. Again ayat skema sangat! 😇😆

Saya sukakan kelembutan. Wekkk. Tapi betul kan. Orang yang cerdik akan gunakan psikologi untuk menegur. Bukan hentam dan hentam dengan kata kata nista. Right? Dan saya lah orang nya yang sukakan teguran penuh hikmah. Even seorang itu kafir. Why not? Dia juga ada adab dalam menegur, bercakap kan? 😕


Yap betul! 
Menghina itu sakit. Sakit yang makan dalam dan mengambil
masa yang lama untuk sembuh 💝

Ni kes better tengok kain sendiri dulu
koyak atau tak before sibuk tengok kain orang lain.
Takut nanti kain sendiri koyak sampai terlondeh pun tak sedar. Ehhh. 😁
Tenangkan hati untuk memaafkan lebih baik kutt.
Daripada memilih untuk marah kemudian tak mintak maaf pun.
Maybe because of title. Ouhh. Don't know 😔😓

Teguran yang baik of course tak rasa malu kan?
Malah patut say thanks sebab masih ada yang sudi menasihati 😉



Setiap orang memerlukan kata kata nasihat
untuk terus menjalani hidupnya. 
Of course supaya tak tersesat jalan. 😊
Saya perlukan banyak kata kata nasihat, 
dan bukan kejian. 

Sekian, mana yang baik boleh jadikan sebagai pedoman,
Mana yang kurang elok, tolong abaikan je tauu. 😓
Saya menaip dalam emosi yang kurang stabil. *Ehh mengaku pulak.. em emm.

Assalamualaikum 😑😇

Sunday, 12 February 2017

Aku Yang Tua


Assalamualaikum 😉
Dont knoww mana nak mula.. japp. Cari mood. Hehe~
Takut nanti tengah typing punn mengalir air mata jugak! 😋 cengenggg sangat.

Story ni diadaptasi dari kisah benar. *cewahh. Macam drama pulak. Hihi.

This morning, dalam perjalanan nak ke tempat nasik kerabu. *Warung Abe Zi 👍 cenggini tauu. Sempat lagi promote. Mudahan dapat nasik kerabu free. Ehh! Ternampak seorang lelaki tua yang berjalan dalam keadaan pakaian yang lusuh. Allah. Masa tu tak terusik pun rasa dihati. Sebab tengah drive. Memang tak fokus laa. Hehe~

Ok. Dah sampai kedai nasik kerabu tu. Oder makan. Sambil tunggu makanan sampai tu main handphone. Borak borak dengan seorang ofismate. Then tak sampai pun 10 minit nasik kerabu daging bakar dah ada depan mata. Nyum nyum. Terasa nikmat dia. *Hantu nasi. Hihi.

Sambil makan, dah nak habis separuh pun. Tetiba nampak pak cik yang tadi nampak sedang berjalan tu dah menonong masuk dalam kedai makan. Ditangan ada duit RM1 beberapa keping. Pak cik duduk di sebuah tempat. Selama beberapa minit tak ada yang serve pak cik tu. Saya dan kawan asyik pandang pandang pak cik tu. Kesian sangat. Melayu. 

Then, sekejap je lagi ada seorang perempuan datang ambil order. Hati dah berkata kata. Andai tuan kedai perlukan bayaran, aku sanggup bayar. Bukan nak tunjuk baik ke apa tapi hati dah mula rasa sebak. Andai itu adalah ayah saya. Dan saya mintak Allah jauhkan ayah saya jadi macam tu. Dia tak gila, bukan juga pengemis. Tapi rasa kasihan tu hadir kerana diri dia yang keseorangan. Bawak duit kat tangan nilainya tak sampai RM10. 

Seriously tak tahu mana keluarga pak cik tu. Sama ada memang sediada bujang. Kehilangan isteri. Anak anak tak ambil endah. Andai begitu, mudahan diberi keinsafan untuk anak anak dia. 😓

Jum kita sayangi ayah kita sama sama. Jangan biarkan hidup mereka seperti pengemis jalanan. Jaga mereka hingga akhir hayatnya. 

Amin 😒



Ayah saya jahat! 
Jangan macam tu. Sejahat mana seorang ayah, dia tetap ayah awak. Sayangi dia. Jaga dia. Tanpa dia awak tak wujud di dunia ini dengan sempurna. Kejahatan nya serahkan pada Allah. :) Okay? 

Jangan hanya memilih kebaikan sehingga dihukum segala kejahatan.

Wallahualam. Saya fikir yang baik baik buat pak cik tu. 

Saya sayang ayah saya 💝


Face Masks

Belum try lagi. RM5.50 satu.
Sekarang ada promosi dekat Guardian. Beli dua percuma satu.
Cepat pii beli!  😁


Assalamualaikum and hai :)

Today, saya ada sikit perkongsian dengan korang semua. Hihi~ *sorryy tauu. Lately ni memang kena banyak gelak untuk tegangkan wajah 😝

Sejak sejak umur dah mencecah umur 20 ++ nak masuk ke separuh abad dah. Ehh tapi tua sangat ke? Idok laa. Still remaja lagi. Tapi cam terlebih rajin sekarang ni menghabiskan duit beli produk itu ini. 👄

Dulu dulu, pernah jugak pakai face masks ni. Tapi macam tak berapa suka. Dulu maybe belum tahu lagi nikmat nya bila pakai tu. Satu lagi macam tak berapa stress kan. Hihi



Since dah masuk alam matured nikan.. *poyoss je.. haha.. produk wajah tu satu habit yang wajib dibeli. Tapi saya suka yang ringan ringan dan mudah dibawa ke mana mana. Yang penting semua boleh sumbat dalam begg. Hihi 😒 pastu beg berat gila sampai rasa nak tercabut kepala bahu menggalasnya! Errr.

Salah satu benda yang menjadi kegilaan starting from now ialah beli masks. Hehe~ sebab best sangat bila pakai tu. Tak cukup dengan masks saya beli lagi produk daripada guardian yang berasaskan aloe vera. MasyaAllah sejuk sangat bila letak pada kulit. Nak nak bila nak tidur tu calit sikit and letak pada muka. Uuuu. Confirm lena sebab macam diulit je. Hihi. 


Stok... 😇

Satu je from Watson. Yang lain dari Guardian. Mula mula tu memang suka pakai mask yang beli dekat Watson. Masa tu dah pernah try mask yang dekat Guardian tapi tak best. *beberapa tahun dulu. Then memang dah set mask dekat Guardian tak best. 

Dekat Watson masa tu ada promosi. Tiga mask RM10. Bestnya. Bukan nak pakai every night pun. Tiga empat hari sekali je pakai. Okay la. Bila saya pakai mask dekat Watson ni rasa macam muka saya kurang selesa sikit. Tak pedih pun. Cuma kurang best la. Then bulan lepas kutt saya pergi Guardian, saya beli mask botanics. Buah delima. *Beli sebab tengok pack dia lawa sangat 😜

Malam tu try pakai and memang best pulak! Rasa dia lain daripada yang lain. Memang pakai sampai satu jam. Rasa sejuk sangat. Hihi. So starting from itu la saya beli mask daripada Guardian dah. Hehe~

So start la beli masks dekat Guardian pulak sekarang. Hihi. Untuk mata panda pun saya beli dekat Guardian. 

Setiap kulit tak sama. Maybe saya lebih sesuai masks daripada Guardian. Apa pun dah jumpa yang sesuai. Hihi. Time promosi boleh beli manyak manyak~

Thanks all
💝💇



Friday, 10 February 2017

Daily Routine



Daily routine for 2017 is something newss. Hihokss. 

Tersedar untuk berubah setelah terpaksa kena pergi appointment every month. After colonoscopy I jadi insaf sikit yep. Hehe. Tak adalah. Just rasa cam makin hari makin tua kan. Tapi kehidupan tu like a takda kesedaran kearah ketuaan tu. Badan nak pakai lama kutt 😂 kahwin pun belum tauu. *Gatal!


Susu low fat milk. Banyak khasiatnya ok? Mempunyai banyak vitamin yang 
diperlukan oleh badan seseorang :)
Boleh google untuk tahu dengan lebih lanjut.
Sebelum beli apa apa makanan mesti tengok kandungan dulu kan?
Susu ni sesuai untuk yang nak kurus jugak tau. Sebab kalori dia rendah je. Lemak pun kurang.
Ehh. Tapi saya bukan nak kurus! Saya nak sihat je. Hehe~


Epal semestinya baik untuk kesihatan.
Semua orang pun tahu.
"sebiji epal boleh mengelakkan daripada berjumpa dengan doktor."
Tapi saya dah terhantuk pun baru nak beringat 😓
Tak ngapa. Masih belum terlewat.
Selagi ada peluang. Kan kan. Hihi~

So, epal hijau dan susu HL ni akan diambil pada waktu pagi semasa perut kosong. Kenapa? Susu untuk mengeyangkan. *Bukan nak diet. Untuk memudahkan proses pembuangan juga. 

Epal hijau untuk mencuci usus. Sila amalkan setiap pagi dan lihat keajaibannya. Cewahh. Haha. Tips beli epal. Cari yang satu packaging tu murah murah je. Tapi jangan ada yang lebam lebam tau. Warna tu biar hijau pekat nampak cantik je. Sempurna gitu. Awww 😆 simpan dalam peti sejuk ok? So boleh bertahan lebih lama. Satu paket ada lapan hingga ke sepuluh bijik boleh tahan selama seminggu ke dua minggu. Muahaaa!



Jadikan daily routine sebagai satu habits. InshaAllah all will changed. Apa yang penting kena istiqamah :( istiqamah tu susah kan? Haha~ kena cuba tau. Untuk kebaikan jugak!

Itu je ke?
Haha. 

Ada lagi. Ini adalah routine yang lasttt! Japp ekk

Tingggg tadaaaaa 💝



Bukan nak promote :(
Aloe berry nectar sememangnya diketahui untuk mencuci usus, kerak usus yang bertahun lamanya tak pernah dicuci. Bayangkan? So ini adalah satu inisiatif untuk tahun baru ni. Hihi. Sebelum ni saya minum Alfalfa Hai O. *Sila google kalau tak tahu. Elok jugak untuk usus. Badan. 

Segala penyakit berpunca dari usus yang kotor. Jangan rasa usus bersih sangat ya? Boleh google kesan pada diri bila usus kotor. Kalau ada tanda tanda tu boleh lah buat sesuatu untuk diri. :)

Saya pilih aloe berry nectar sebab bila minum tu rasa berry. Kalau yang pior aloevera tu sedikit pahit kutt. Memang tak boleh nak minum.. Hehe~

Diminum setiap malam sebanyak 30 hingga 60 ml. 

P/s: Minum air putih secukupnya ok? Untuk proses penyingkiran toksin. 25 KG berat badan bersamaan dengan 1 Liter air putih. 

Thank you~

Daaa, Assalamualaikum 😀🙆

Tuesday, 7 February 2017

Colonoscopy

Bismillah... 
Alhamdulillah hari ini, 7 February 2017 saya selamat menjalani colonoscopy.
Syukur ke hadrat Ilahi yang memberi dan menyembuhkan :)


Colonoscopy

Pengetahuan tanpa pengalaman tak sama. 
After Doktor Aisah Munirah mengarahkan saya untuk buat colonoscopy hati dah rasa berdebar debar (dup dap dup dap). Memang jenis penakut sejak azali walaupun badan dah selalu sakit sakit. Hihi. First soalan saya yang keluar dari mulut. Sakit atau tak?

Jawapan Dr tak sakit. Just rasa kurang selesa sebab wayar yang ada camera dipanggil colonoscope memasuki usus besar. Tak selesa dan sakit tu berbeza ok? Tak selesa boleh duduk rileks dan biarkan aje. Sakit tu akan menyebabkan pesakit tak boleh duduk diam. Right?

Sejak dari saya tahu yang saya perlu jalani colonoscopy hampir hari hari saya cari dekat internet, you tube. How about colonoscopy. Rata rata cakap buat colonoscopy ni tak sakit. Lega sikit rasa hati. Rasa terpujuk. Dah ngeri dengan sakit ni wehh. Ni belum masuk bab beranak pinak lagi walaupun masih belum ada pengalaman. Hehe~

Apa itu kolonoskopi? Meh saya cerita sikit ok. 
Kolonoskopi adalah satu prosedur menggunakan teropong berkamera yang fleksibel untuk memeriksa dinding dalaman usus besar. Kaedah kolonoskopi ni boleh mengenalpasti penyakit usus besar seperti:
1- Barah usus
2- Ketumbuhan seperti polyps. (Polyps ada tahap 1 sehingga tahap 4, tahap 4 adalah tahap yang paling bahaya)
3- Penyakit Diverticular
4- Penyakit Radang Usus (inflammatory bowel disease)

Kolonoskopi juga boleh bertindak sebagai rawatan terapeutik untuk menghentikan pendarahan dalam usus, membuang polyp yang berisiko tinggi, membesarkan saluran usus sempit.

Untuk jalankan kolonoskopi perlu ada persediaan. Seperti yang diketahui usus besar dipenuhi dengan najis. So sebelum jalani kolonoskopi perlu bersihkan usus besar dulu. Cara nak bersihkan adalah dengan meminum air yang dibekalkan oleh Dr. Sehari sebelum jalani kolonoskopi tidak dibenarkan makan. Kalau nak makan just makan bubur kosong tanpa minyak. 😓 kalau ada gastrik atau angin memang niaya satu hari tu. Start 12 malam dah kena puasa penuh. Tak boleh ambil makanan dan minuman hingga selesai jalani kolonoskopi keesokannya tu. 


Ubat yang dibekalkan oleh hospital. 
Untuk mencuci usus. Ubat ni sebanyak 90ML.
Perlu ambil dua kali mengikut masa yang ditetapkan. 45ML
Jam 2 petang and 8 malam. 
Bancuh dengan air putih ataupun jus. 
Saya bancuh guna air putih je. 
Rasanya memang hanya Allah yang tahu. Tapi kerana terpaksa kurelakan jua deh!
Minum diselangi dengan minum air nescafe. Air nescafe, kopi boleh diminum ya?
Boleh ambil 100 plus untuk tambah tenaga juga. 
Selepas dah habis makan ubat ni minum sekurangnya 3 gelas air.
Note: Sila duduk berdekatan dengan toilet. Anda akan mengalami cirit birit tanpa sedar selepas
30 minit. 

Bubur making by mum. Sedap tak?
Memang la tak sedap bagi mulut yang sihat ni.
Bubur kosong tanpa apa apa perisa :((
Dari pagi sampai malam ini je bertahan. Sobs sobs.
Tapi sebab mak yang buat tetap sedap. 
Satu periuk pun habiss~ Hehe.

Hari kolonoskopi.
Arrived at hospital jam 8.30 pagi. Daftar. Then diberikan katil untuk cek tekanan darah. After that tukar baju.

Contoh baju untuk buat pembedahan.
Ikat belakang.
Hosp gov warna biru dan diberikan kain warna hijau.
Masih lagi menutup aurat.
Boleh pakai stokin okay?  Tak perlu tanggalkan pun.

Selepas tukar baju, berjalan ke bilik kecil untuk cucuk di tangan. Untuk proses bius nanti. *konon :((


Ubat akan dimasukkan mengikut jarum ni nanti ya. 
Pic from google

Gelang tangan paling mahal yang ada nama dipakaikan di tangan kanan :(

Selepas kena cucuk, saya kembali ke katil sementara menunggu nama dipanggil. Dr masih belum ada lagi. Sedang buat rawatan di wad. Masa tu jam dah pun menunjukkan angka 9 pagi. Hati makin berdebar. 

Jam 9.30 nama pun dipanggil. Ohh, orang pertama rupanya :(( cepat buat, cepat siap, cepat boleh makan. Yedak? Tapi dalam masa yang sama rasa nak lari dari semua ni. Takuttt.. berkali tanya nurse nurse dekat situ sakit tak. Sebab takut. Sampaikan masuk jarum pun tak kena urat. Darah pun tadak. Dah kena cucuk dua kali :(

Nurse cakap. Sakit nanti awak buat ni. Meronta ronta awak.

Saya : yeke? nurse ni buat takut saya je. Nak balik la. *Jarum dah selamat cucuk tangan :(

Nurse : Balik la. Sambil ketawa. *Hurghhhh~ nak nangiss..

Katil pun ditolak perlahan lahan masuk ke bilik kolonoskopi.
Tak terus masuk pun. Duduk di ruang menunggu terlebih dahulu sebelum betol betol
masuk ke dalam bilik kolonoskopi. Hati berdebar debar.
Tak lupa istighfar mohon dipermudahkan semuanya. 
Saya orang pertama pada hari ni. 

Keadaan bilik jalani kolonoskopi. Kecil.
Cukup dengan peralatan kolonoskopi.
Mata dihadapkan ke arah TV.
Pesakit dalam ni nampak nyenyak tidur kan? Tidak pada saya.
Saya tak pasti sama ada bius atau tak. Sebab rasa sakit yang teramat hingga menangis dan menggelupur.
Nurse peluk di bahagian kepala. Saya sendiri mencengkam tangannya. Sakit semasa kamera diarahkan untuk masuk kebahagian tengah hingga ke akhir usus.
Ubat tahan sakit ditambah menjadi empat dos. Masih terasa sakit.
Ini adalah yang terawal dan akhir saya jalani kolonoskopi :(
Mungkin hosp swasta bius penuh kut. Nampak lena pesakit dalam pic en google ni tidur kan? 

Selepas 45 minit saya ditolak ke wad. Saya berehat sebentar. Nurse tanggalkan jarum pada tangan. Selepas dah stabil saya bangun untuk tukar baju. Nurse bekalkan ubat dan bagi tarikh yang baru untuk jumpa pakar. 

Boleh pulang ke rumah. Sakit di perut masih terasa. Siap termimpi mimpi lagi. Ngeri :((


Proses colonoscopy.
Untuk lebih lanjut boleh tengok you tube. 

Note:
- Walaupun hosp gov. Tetap boleh request doktor dan pembantu perempuan sahaja. Saya sendiri tak benarkan pelajar medik lelaki untuk masuk ketika saya sedang jalani rawatan. Alhamdulillah, mereka tetap hormati keputusan pesakit. Andai ada pilihan dan diberi pilihan. Pilih yang terbaik okay?

- Walaupun period, kolonoskopi tetap boleh dijalankan. Andai tidak selesa boleh ditunda ke tarikh lain. 

*Nurse HTAA semua baik baik. Dari kecik sampai besar macam ni setiap kali ada app selalu jumpa nurse dan Dr yang baik. Alhamdulillah. Rasa kuat kerana layanan mereka. Thanks HTAA 😉😍

HTAA with love 💖


Semoga bermanfaat untuk anda semua. 

Assalamualaikum 💖😑😍



Sunday, 5 February 2017

What The Best?

Throwback..

Bismillah.. Assalamualaikum 😊

Just sharing apa yang pernah saya lalui untuk hari hari sebelum ni.

Okay, dekat bawah ni adalah pilihan selepas habis SPM

- Matrikulasi
- Asasi Uia/Uitm
- Diploma
- Tingkatan enam (6) *terlebih rajin nih! 😅

Kenapa Matrik Perak? Tak ada apa. Picture ask uncle google.
Mana yang cantik, itu jadi pilihan. Okay? 😉


Kebiasaanya Asasi dekat UIAM & UITM. Lain lain Uni 
pun ada. Saya amik contoh mana yang mudah hokayy...


Diploma dekat mana mana pun boleh. UITM, POLITEKNIK
UNISZA, UMT, UMP and any IPTA yang tawarkan :)



Form 6 hanya certain sekolah yang ada okay? 
Sekolah yang ada form 6 pulak bukan semua aliran ada.
Sains Tulen & Sains Sosial 💖


Cita cita saya nak jadi doktor. Boleh ke kalau masuk form 6 je? Tak ada "kelass" kot form 6 ni. 😭 

Kenapa saya ambil dialog khas untuk form 6 je sebab untuk matrik, asasi, diploma boleh je nak jadi doktor kan?

Okay lah! Korang ambil apa pun, what the important nya ialah belajar. Bukan nya nak aje kos tu tapi belajar hampeh. Belajar pleasee setara dengan apa yang korang inginkan. Okay?

Jawapan saya. Ambil form 6 boleh jadi doktor. Tapi amik la sc tulen masa form 6 tu. Kalau amik sc sosial jenuh lak korang nanti nak amik medic kat uni kan. 😮 From matrik boleh amik course medic. From form 6 pun boleh amik medic. Janji result korang kaw kaw hokah! Hehe~

Rata rata pelajar cina yang ambil bidang medik pun dari form 6. Kalau pointer 3.5 ke atas dah boleh amik bidang medik from form 6 only. Muet kena la band 3 ke atas okay! Untuk band 3 tu hanya UKM yang terima. Kalau korang nak sambung medik dekat USM, Muet kena band 4 ke atas. Kenapa pointer 3.5 dah boleh amik medik? Haaa,, sebab subjek yang pelajar form 6 belajar tu lebih detail dari budak matrik belajar. Matrik hanya setahun kan? (2 sem). Form 6 setahun setengah. Kira 3 sem la. Form 6 punya silibus adalah separuh from Uni. So, kalau dapat masuk Uni memang pakej bagi pelajar form 6 sebab banyak perkara dorang dah belajar. If compared dengan student Matrik. Agak terkejar kejar. 

Please student form 6 jangan rasa ketinggalan. Dah masuk form 6 tu korang dah sebelah kaki masuk Uni. Belajar je. Pastikan buat yang terbaik. SPM adalah masa lampau. STPM adalah your future. STPM peluang untuk korang masuk Uni. Pada kawan kawan yang masuk matrik, asasi, diploma tu biarkan dorang. Korang yang STPM tak perlu rasa down lebih lebih :( Normally berlaku pada pelajar kelas sains masa SPM dulu kott. 😤

Best ke form 6 ni? 😏

Haha. Saya daripada form 6 okay. Waktu mula mula nak kena masuk form 6 tu memang gelabah la. Dah tak nak duduk kawasan sekolah, pakai baju sekolah. Oh No! Mula tu memang pleasee katakan tidak pada form 6. 😇

Tapi sebab dah tak ada pilihan, saya masuk jugak! Last choice. Saya pelajar yang paling lambat sekali daftar masuk. Nasib baik Teacher Chong bagi green light lagi. Kalau tak macam mana. Em em... 

Actually, saya mintak diploma dekat Uitm tapi tak dapat. Lepas dah masuk form 6 tu saya belek permohonan masuk uitm tu. Nak nangis dekat situ jugak rasa saat itu! Saya mengaku saya adalah budak OKU okay. Hmm hmm sobs sobss 😓😓

Ada hikmah disebalik semua itu. Cewahh. Okay la tak dapat. Jimat bayar PTPTN. Jimat duit parents.. Hehe~

Dibawah ini adalah kehidupan seorang pelajar form 6. Mari meninjau ninjau yaa.. he he


Seminar. Semua sekolah daerah Kemaman



Dalam kelas. Waktu belajar kami agak enjoy. Cikgu ibarat pensyarah.
Dorang tak layan kita macam pelajar sekolah. 
Belajar dalam suasana yang best.. 

Waktu rehat kutt

Haa, lupa pulak nak intro. Ni baju kami untuk semua budak form 6

Ini dipanggil kuliah ok? Gabung kelas yang ambil subjek yang sama.
Cikgu akan lecture di depan. 
So korang nak buat apa buat lah. Kalau rasa nak belajar sila fokus

Sama ada cikgu belum masuk atau diberi
 latihan untuk kami bincang. 







Alhamdulillah, Mereka bertiga dah pun berjaya.
Yang tengah dan bertudung biru dah pun dapat degree.
Yang sebelah satu lagi tu still lagi belajar dalam bidang nursing.


Saya belum habis belajar lagi hokah!

Bakal guru. Tunggu posting je. From UPSI.

From UMS


Emh. Baik masuk Matrik. Dua belah kaki dah dekat Uni. Course lelong pun takpa janji masuk Uni.

Amboi amboi confident sangat korang noh boleh masuk Uni. Kalau tak belajar nama korang tak tersenarai ok dekat Uni. Kementerian pun tak hingin tauu nak amik. 

Saya ada seorang kawan lepasan matrik. Ambil sains tulen masa dekat Matrik. Means ada biologi la kan? Dia berjaya habiskan matrik. Alhamdulillah. Dapat pointer ngam 2.0. Tak da Uni pun yang panggil dia. Okay. Dia berjaya sia siakan masa dia selama setahun dekat Matrik. Then dia sambung diploma semula. 

Jadi, jangan confident ok. Form 6 pun if korang tak belajar lebih tak dapat sambung degree jugak. Yang penting subjek PA wajib lulus untuk masuk Uni bagi pelajar form 6. 

Kalau macam tu better saya pilih diploma 

Impian saya nak ada degree. Zaman sekarang ni diploma pun ada company tak pandang dah 😥 Rezeki di tangan Allah. Saya tak lupa. Ada hikmah kenapa tak dapat sambung diploma dulu.

Kenapa better? Bagi orang yang malas akan selalu beralasan. Kan? Better sebab korang boleh main main. Mungkin la sebab masa tak pack sangat. Namun kena ingat. Kalau degree nanti nak amik bidang yang sama jugak okay la. Boleh sambung dalam setahun dua je. Tapi sekarang kalau degree tukar Uni tak boleh Pengecualian kredit tau. Maksud saya. Diploma Uitm, Degree Ump. Sorry la. Korang punya studi jadi tujuh hingga lapan tahun. Jangan nanti cakap. *Ohh kalau amik medik dah boleh jadi doktor 😓 masa lambat. Then korang punya loan dengan PTPTN lagi :(( Oh nooo. Diploma 15K. Degree 30K. Berapa kena bayar nanti. Bila nak habis? Mana nak pakai kereta lagi, rumah lagi. Bil telefon lagi, Fon installment lagi. Ohh, banyaknyaaa! If dapat masuk matrik or form 6. Dah jimat RM15 K tu ya. 

Asasi?

Saya tak boleh cerita panjang pasal asasi sebab saya tak berapa tahu. Tapi.. saya ada seorang junior yang ambil asasi law. Asasi law selama dua tahun. Then dia kena apply Uni after dah habis asasi. Ini untuk uitm je kot. Kalau Uiam maybe boleh sambung dekat situ terus. Dari segi bayaran jugak tak tahu macam mana. Samada free sama macam Matrik atau tidak. Boleh google about asasi for more details. 

He he~

Itu aje setakat ni. If ada yang tidak setuju okay. Mohon maaf andai ada silap perkataan. Semua yang saya tulis tak ada kena mengena dengan sesiapa. Only from my experience. Hehe.

Till me again all~
Waalaikummussalam wbt... 💝
With love~