Pages

Sunday, 5 February 2017

What The Best?

Throwback..

Bismillah.. Assalamualaikum 😊

Just sharing apa yang pernah saya lalui untuk hari hari sebelum ni.

Okay, dekat bawah ni adalah pilihan selepas habis SPM

- Matrikulasi
- Asasi Uia/Uitm
- Diploma
- Tingkatan enam (6) *terlebih rajin nih! 😅

Kenapa Matrik Perak? Tak ada apa. Picture ask uncle google.
Mana yang cantik, itu jadi pilihan. Okay? 😉


Kebiasaanya Asasi dekat UIAM & UITM. Lain lain Uni 
pun ada. Saya amik contoh mana yang mudah hokayy...


Diploma dekat mana mana pun boleh. UITM, POLITEKNIK
UNISZA, UMT, UMP and any IPTA yang tawarkan :)



Form 6 hanya certain sekolah yang ada okay? 
Sekolah yang ada form 6 pulak bukan semua aliran ada.
Sains Tulen & Sains Sosial 💖


Cita cita saya nak jadi doktor. Boleh ke kalau masuk form 6 je? Tak ada "kelass" kot form 6 ni. 😭 

Kenapa saya ambil dialog khas untuk form 6 je sebab untuk matrik, asasi, diploma boleh je nak jadi doktor kan?

Okay lah! Korang ambil apa pun, what the important nya ialah belajar. Bukan nya nak aje kos tu tapi belajar hampeh. Belajar pleasee setara dengan apa yang korang inginkan. Okay?

Jawapan saya. Ambil form 6 boleh jadi doktor. Tapi amik la sc tulen masa form 6 tu. Kalau amik sc sosial jenuh lak korang nanti nak amik medic kat uni kan. 😮 From matrik boleh amik course medic. From form 6 pun boleh amik medic. Janji result korang kaw kaw hokah! Hehe~

Rata rata pelajar cina yang ambil bidang medik pun dari form 6. Kalau pointer 3.5 ke atas dah boleh amik bidang medik from form 6 only. Muet kena la band 3 ke atas okay! Untuk band 3 tu hanya UKM yang terima. Kalau korang nak sambung medik dekat USM, Muet kena band 4 ke atas. Kenapa pointer 3.5 dah boleh amik medik? Haaa,, sebab subjek yang pelajar form 6 belajar tu lebih detail dari budak matrik belajar. Matrik hanya setahun kan? (2 sem). Form 6 setahun setengah. Kira 3 sem la. Form 6 punya silibus adalah separuh from Uni. So, kalau dapat masuk Uni memang pakej bagi pelajar form 6 sebab banyak perkara dorang dah belajar. If compared dengan student Matrik. Agak terkejar kejar. 

Please student form 6 jangan rasa ketinggalan. Dah masuk form 6 tu korang dah sebelah kaki masuk Uni. Belajar je. Pastikan buat yang terbaik. SPM adalah masa lampau. STPM adalah your future. STPM peluang untuk korang masuk Uni. Pada kawan kawan yang masuk matrik, asasi, diploma tu biarkan dorang. Korang yang STPM tak perlu rasa down lebih lebih :( Normally berlaku pada pelajar kelas sains masa SPM dulu kott. 😤

Best ke form 6 ni? 😏

Haha. Saya daripada form 6 okay. Waktu mula mula nak kena masuk form 6 tu memang gelabah la. Dah tak nak duduk kawasan sekolah, pakai baju sekolah. Oh No! Mula tu memang pleasee katakan tidak pada form 6. 😇

Tapi sebab dah tak ada pilihan, saya masuk jugak! Last choice. Saya pelajar yang paling lambat sekali daftar masuk. Nasib baik Teacher Chong bagi green light lagi. Kalau tak macam mana. Em em... 

Actually, saya mintak diploma dekat Uitm tapi tak dapat. Lepas dah masuk form 6 tu saya belek permohonan masuk uitm tu. Nak nangis dekat situ jugak rasa saat itu! Saya mengaku saya adalah budak OKU okay. Hmm hmm sobs sobss 😓😓

Ada hikmah disebalik semua itu. Cewahh. Okay la tak dapat. Jimat bayar PTPTN. Jimat duit parents.. Hehe~

Dibawah ini adalah kehidupan seorang pelajar form 6. Mari meninjau ninjau yaa.. he he


Seminar. Semua sekolah daerah Kemaman



Dalam kelas. Waktu belajar kami agak enjoy. Cikgu ibarat pensyarah.
Dorang tak layan kita macam pelajar sekolah. 
Belajar dalam suasana yang best.. 

Waktu rehat kutt

Haa, lupa pulak nak intro. Ni baju kami untuk semua budak form 6

Ini dipanggil kuliah ok? Gabung kelas yang ambil subjek yang sama.
Cikgu akan lecture di depan. 
So korang nak buat apa buat lah. Kalau rasa nak belajar sila fokus

Sama ada cikgu belum masuk atau diberi
 latihan untuk kami bincang. 







Alhamdulillah, Mereka bertiga dah pun berjaya.
Yang tengah dan bertudung biru dah pun dapat degree.
Yang sebelah satu lagi tu still lagi belajar dalam bidang nursing.


Saya belum habis belajar lagi hokah!

Bakal guru. Tunggu posting je. From UPSI.

From UMS


Emh. Baik masuk Matrik. Dua belah kaki dah dekat Uni. Course lelong pun takpa janji masuk Uni.

Amboi amboi confident sangat korang noh boleh masuk Uni. Kalau tak belajar nama korang tak tersenarai ok dekat Uni. Kementerian pun tak hingin tauu nak amik. 

Saya ada seorang kawan lepasan matrik. Ambil sains tulen masa dekat Matrik. Means ada biologi la kan? Dia berjaya habiskan matrik. Alhamdulillah. Dapat pointer ngam 2.0. Tak da Uni pun yang panggil dia. Okay. Dia berjaya sia siakan masa dia selama setahun dekat Matrik. Then dia sambung diploma semula. 

Jadi, jangan confident ok. Form 6 pun if korang tak belajar lebih tak dapat sambung degree jugak. Yang penting subjek PA wajib lulus untuk masuk Uni bagi pelajar form 6. 

Kalau macam tu better saya pilih diploma 

Impian saya nak ada degree. Zaman sekarang ni diploma pun ada company tak pandang dah 😥 Rezeki di tangan Allah. Saya tak lupa. Ada hikmah kenapa tak dapat sambung diploma dulu.

Kenapa better? Bagi orang yang malas akan selalu beralasan. Kan? Better sebab korang boleh main main. Mungkin la sebab masa tak pack sangat. Namun kena ingat. Kalau degree nanti nak amik bidang yang sama jugak okay la. Boleh sambung dalam setahun dua je. Tapi sekarang kalau degree tukar Uni tak boleh Pengecualian kredit tau. Maksud saya. Diploma Uitm, Degree Ump. Sorry la. Korang punya studi jadi tujuh hingga lapan tahun. Jangan nanti cakap. *Ohh kalau amik medik dah boleh jadi doktor 😓 masa lambat. Then korang punya loan dengan PTPTN lagi :(( Oh nooo. Diploma 15K. Degree 30K. Berapa kena bayar nanti. Bila nak habis? Mana nak pakai kereta lagi, rumah lagi. Bil telefon lagi, Fon installment lagi. Ohh, banyaknyaaa! If dapat masuk matrik or form 6. Dah jimat RM15 K tu ya. 

Asasi?

Saya tak boleh cerita panjang pasal asasi sebab saya tak berapa tahu. Tapi.. saya ada seorang junior yang ambil asasi law. Asasi law selama dua tahun. Then dia kena apply Uni after dah habis asasi. Ini untuk uitm je kot. Kalau Uiam maybe boleh sambung dekat situ terus. Dari segi bayaran jugak tak tahu macam mana. Samada free sama macam Matrik atau tidak. Boleh google about asasi for more details. 

He he~

Itu aje setakat ni. If ada yang tidak setuju okay. Mohon maaf andai ada silap perkataan. Semua yang saya tulis tak ada kena mengena dengan sesiapa. Only from my experience. Hehe.

Till me again all~
Waalaikummussalam wbt... 💝
With love~