Pages

Friday, 17 February 2017

Allah More Know


Allah tidak memberi apa yang kita harapkan, tapi Dia bagi apa yang kita perlukan dalam hidup. Kadang pening sangat fikir kenapa mesti macam ni, macam ni. Kenapa hidup saya tak pernah sebaik orang lain. Padahal Allah dah bagi yang terbaik. Cuma tak pernah nampak dan tak ingin bersyukur. Allahu.

Bila sesekali diuji,

Hati rasa lemah sangat. Kadang tu rasa down. Kerana iman yang ada kita masih lagi mampu untuk bersabar. Semua yang tidak nikmat untuk ditelan adalah bentuk ujian. Tapi kena ingat tauu. Ada ujian yang datang dalam bentuk yang bahagia. Tanpa kita tak perasan pun yang itu sebenarnya adalah ujian 😓 bahaya sangat ok!



Setiap yang kita mahukan kita tak kan dapat. Ehh, jap. Bukan takkan dapat. Tapi adakalanya apa yang kita nak tu kita tak dapat. Hihi~ Allah is the best planner. Awak, saya merancang. Tapi jangan lupa yang perancangan Allah Maha Hebat. Awak, saya dah berusaha yang terbaik. Tapi hasil tak seperti yang diharapkan. Dekat situ lah adanya ujian. Bersabar ke awak dan saya? Kalau sabar mesti fikir yang baik baik je dengan Allah. Andai tak bersyukur pasti Allah yang awak dan saya bakal persalahkan, kan? 

Siapa kita di muka bumi ini untuk menunjuk hebat dihadapan Allah. Dia lah Maha Hebat.


Orang sekeliling tak pernah tahu apa yang kita lalui, apa yang kita buat. Apa yang mereka tahu hanyalah menghukum kerana semua planning gagal. Disaat inilah kita perlu bersabar dengan pandangan orang sekeliling. Sememangnya si kaya dilihat sebagai raja. Si cantik dilayan dengan baik. Si bijak pandai tutur kata dengan mereka penuh adab. Si yang berpangkat besar begitu dijaga penghormatannya. Si miskin, si hodoh, si bodoh, yang tidak berpangkat akan dipandang hina. Sabarlah! Biar hina dihadapan manusia, asalkan mulia di pandangan Allah. Jangan mulia disisi seorang hamba juga. Namun begitu hina pada pandangan Allah. 

Kehidupan dunia tiada apa yang terlalu ingin dikejarkan.

Apa yang diharapkan tidak semudah bercakap untuk dicapai. 😃 seoarang yang berusaha gigih belum tentu dapat mencapai apa yang diharapkan. Rileks ok rileks. Yang membenarkan itu selalu ada. Bila dan di mana kita sendiri tak tahu. Apa yang wajib adalah sentiasa berusaha. Jangan pernah berhenti sehingga berjaya. Jangan pernah rasa puas hati.




Betul sangat kan. Kadangkala bila ditimpanya ujian tu. Terus fikir. Susah nya. Apa sebenarnya yang Allah nak tunjukkan pada saya. Pernah jugak terdetik semua yang disuruh oleh Nya rasa macam dah buat. Tapi kenapa hasilnya begini atas usaha yang begini? Tak pernah dapat jawapan kan? At last, fikir yang baik baik. Sebab yang positif tu akan mendatangkan hasil yang positif jugak. Ada orang nak berjaya dengan cara berlari 100km dah dapat kejayaan tu. Ada juga yang merangkak. Baru dapat hasil yang baik. Kan? 

Kenapa dalam hidup ni Allah bagi ada yang kaya, miskin, hodoh, comel. Semua tu adalah untuk menguji ok. Thinks positive with Allah. InshaAllah semua yang kita dapat pun baik baik je. 

Dah berapa kali saya gagal. Masih nak fikir yang baik baik ke? 
Okay, better checklist diri tu. Dah cukup lima waktu. Maybe doa kurang. Mungkin perlu tambah yang sunat sunat tu. Kerana Dia rindu awak dan saya. Pleasee. Berapa kali pun awak tersungkur tetaplah untuk bersangka baik dengan Allah. Tidak di dunia, mungkin di akhirat ganjarannya. :)


Lalui ujian dengan tenang dan matang. Pedulikan sekeliling awak dan saya. What important is semangat. Terus bersemangat untuk mengejar apa yang dikecapi. Semangat untuk teruskan hidup. Forget the past. Ujian tu mendidik seseorang untuk menjadi matang. Andai hidup tiada ujian itu tanda Allah tak sayang. Ehh. Tipu je. Hihi. Sebab rasa macam serious sangat typing malam ni. No gelak gelak. Bahagia juga ujian. Ujian untuk mengingati orang lain. Ehh, Erkkk. Betul ke? Emm, fikir yang baik baik je tauu. Hihi~ 



Alhamdulillah, lalui ujian dengan tenang dan santai. Tak salahkan Allah. Akhirnya, keindahan hidup jua milik awak dan saya. Kejayaan juga milik kita. Kan? Yeayyy.

Selepas ujian pasti wajah akan kembali tersenyum penuh sinar kebahagiaan gituu. 💝

Kecil atau besar ujian tersebut, sentiasalah bersangka baik dengan pemberi ujian tu okay. Kerana Dia yang memberi pasti Dia akan mengubat kembali dengan sinar bahagia. Kelip kelip seperti bintang yang sentiasa bersinar. Cantik dipandang. Seperti adanya pelangi selepas hujan. Dan awan pun tersenyum.

Sama la dengan kita. Selepas ujian adanya bahagia.

Ingat tuu.

Assalamualaikum :)))