Pages

Tuesday, 7 February 2017

Colonoscopy

Bismillah... 
Alhamdulillah hari ini, 7 February 2017 saya selamat menjalani colonoscopy.
Syukur ke hadrat Ilahi yang memberi dan menyembuhkan :)


Colonoscopy

Pengetahuan tanpa pengalaman tak sama. 
After Doktor Aisah Munirah mengarahkan saya untuk buat colonoscopy hati dah rasa berdebar debar (dup dap dup dap). Memang jenis penakut sejak azali walaupun badan dah selalu sakit sakit. Hihi. First soalan saya yang keluar dari mulut. Sakit atau tak?

Jawapan Dr tak sakit. Just rasa kurang selesa sebab wayar yang ada camera dipanggil colonoscope memasuki usus besar. Tak selesa dan sakit tu berbeza ok? Tak selesa boleh duduk rileks dan biarkan aje. Sakit tu akan menyebabkan pesakit tak boleh duduk diam. Right?

Sejak dari saya tahu yang saya perlu jalani colonoscopy hampir hari hari saya cari dekat internet, you tube. How about colonoscopy. Rata rata cakap buat colonoscopy ni tak sakit. Lega sikit rasa hati. Rasa terpujuk. Dah ngeri dengan sakit ni wehh. Ni belum masuk bab beranak pinak lagi walaupun masih belum ada pengalaman. Hehe~

Apa itu kolonoskopi? Meh saya cerita sikit ok. 
Kolonoskopi adalah satu prosedur menggunakan teropong berkamera yang fleksibel untuk memeriksa dinding dalaman usus besar. Kaedah kolonoskopi ni boleh mengenalpasti penyakit usus besar seperti:
1- Barah usus
2- Ketumbuhan seperti polyps. (Polyps ada tahap 1 sehingga tahap 4, tahap 4 adalah tahap yang paling bahaya)
3- Penyakit Diverticular
4- Penyakit Radang Usus (inflammatory bowel disease)

Kolonoskopi juga boleh bertindak sebagai rawatan terapeutik untuk menghentikan pendarahan dalam usus, membuang polyp yang berisiko tinggi, membesarkan saluran usus sempit.

Untuk jalankan kolonoskopi perlu ada persediaan. Seperti yang diketahui usus besar dipenuhi dengan najis. So sebelum jalani kolonoskopi perlu bersihkan usus besar dulu. Cara nak bersihkan adalah dengan meminum air yang dibekalkan oleh Dr. Sehari sebelum jalani kolonoskopi tidak dibenarkan makan. Kalau nak makan just makan bubur kosong tanpa minyak. 😓 kalau ada gastrik atau angin memang niaya satu hari tu. Start 12 malam dah kena puasa penuh. Tak boleh ambil makanan dan minuman hingga selesai jalani kolonoskopi keesokannya tu. 


Ubat yang dibekalkan oleh hospital. 
Untuk mencuci usus. Ubat ni sebanyak 90ML.
Perlu ambil dua kali mengikut masa yang ditetapkan. 45ML
Jam 2 petang and 8 malam. 
Bancuh dengan air putih ataupun jus. 
Saya bancuh guna air putih je. 
Rasanya memang hanya Allah yang tahu. Tapi kerana terpaksa kurelakan jua deh!
Minum diselangi dengan minum air nescafe. Air nescafe, kopi boleh diminum ya?
Boleh ambil 100 plus untuk tambah tenaga juga. 
Selepas dah habis makan ubat ni minum sekurangnya 3 gelas air.
Note: Sila duduk berdekatan dengan toilet. Anda akan mengalami cirit birit tanpa sedar selepas
30 minit. 

Bubur making by mum. Sedap tak?
Memang la tak sedap bagi mulut yang sihat ni.
Bubur kosong tanpa apa apa perisa :((
Dari pagi sampai malam ini je bertahan. Sobs sobs.
Tapi sebab mak yang buat tetap sedap. 
Satu periuk pun habiss~ Hehe.

Hari kolonoskopi.
Arrived at hospital jam 8.30 pagi. Daftar. Then diberikan katil untuk cek tekanan darah. After that tukar baju.

Contoh baju untuk buat pembedahan.
Ikat belakang.
Hosp gov warna biru dan diberikan kain warna hijau.
Masih lagi menutup aurat.
Boleh pakai stokin okay?  Tak perlu tanggalkan pun.

Selepas tukar baju, berjalan ke bilik kecil untuk cucuk di tangan. Untuk proses bius nanti. *konon :((


Ubat akan dimasukkan mengikut jarum ni nanti ya. 
Pic from google

Gelang tangan paling mahal yang ada nama dipakaikan di tangan kanan :(

Selepas kena cucuk, saya kembali ke katil sementara menunggu nama dipanggil. Dr masih belum ada lagi. Sedang buat rawatan di wad. Masa tu jam dah pun menunjukkan angka 9 pagi. Hati makin berdebar. 

Jam 9.30 nama pun dipanggil. Ohh, orang pertama rupanya :(( cepat buat, cepat siap, cepat boleh makan. Yedak? Tapi dalam masa yang sama rasa nak lari dari semua ni. Takuttt.. berkali tanya nurse nurse dekat situ sakit tak. Sebab takut. Sampaikan masuk jarum pun tak kena urat. Darah pun tadak. Dah kena cucuk dua kali :(

Nurse cakap. Sakit nanti awak buat ni. Meronta ronta awak.

Saya : yeke? nurse ni buat takut saya je. Nak balik la. *Jarum dah selamat cucuk tangan :(

Nurse : Balik la. Sambil ketawa. *Hurghhhh~ nak nangiss..

Katil pun ditolak perlahan lahan masuk ke bilik kolonoskopi.
Tak terus masuk pun. Duduk di ruang menunggu terlebih dahulu sebelum betol betol
masuk ke dalam bilik kolonoskopi. Hati berdebar debar.
Tak lupa istighfar mohon dipermudahkan semuanya. 
Saya orang pertama pada hari ni. 

Keadaan bilik jalani kolonoskopi. Kecil.
Cukup dengan peralatan kolonoskopi.
Mata dihadapkan ke arah TV.
Pesakit dalam ni nampak nyenyak tidur kan? Tidak pada saya.
Saya tak pasti sama ada bius atau tak. Sebab rasa sakit yang teramat hingga menangis dan menggelupur.
Nurse peluk di bahagian kepala. Saya sendiri mencengkam tangannya. Sakit semasa kamera diarahkan untuk masuk kebahagian tengah hingga ke akhir usus.
Ubat tahan sakit ditambah menjadi empat dos. Masih terasa sakit.
Ini adalah yang terawal dan akhir saya jalani kolonoskopi :(
Mungkin hosp swasta bius penuh kut. Nampak lena pesakit dalam pic en google ni tidur kan? 

Selepas 45 minit saya ditolak ke wad. Saya berehat sebentar. Nurse tanggalkan jarum pada tangan. Selepas dah stabil saya bangun untuk tukar baju. Nurse bekalkan ubat dan bagi tarikh yang baru untuk jumpa pakar. 

Boleh pulang ke rumah. Sakit di perut masih terasa. Siap termimpi mimpi lagi. Ngeri :((


Proses colonoscopy.
Untuk lebih lanjut boleh tengok you tube. 

Note:
- Walaupun hosp gov. Tetap boleh request doktor dan pembantu perempuan sahaja. Saya sendiri tak benarkan pelajar medik lelaki untuk masuk ketika saya sedang jalani rawatan. Alhamdulillah, mereka tetap hormati keputusan pesakit. Andai ada pilihan dan diberi pilihan. Pilih yang terbaik okay?

- Walaupun period, kolonoskopi tetap boleh dijalankan. Andai tidak selesa boleh ditunda ke tarikh lain. 

*Nurse HTAA semua baik baik. Dari kecik sampai besar macam ni setiap kali ada app selalu jumpa nurse dan Dr yang baik. Alhamdulillah. Rasa kuat kerana layanan mereka. Thanks HTAA 😉😍

HTAA with love 💖


Semoga bermanfaat untuk anda semua. 

Assalamualaikum 💖😑😍