Misi mencari rezeki yang halal :)
Alhamdulillah~
Assalamualaikum and haiii 😊
"percayalah, yang setiap rezeki itu ada dan datangnya daripada Allah SWT"
"sentiasalah bersyukur supaya sering ditambahkan rezeki daripada Allah SWT"
Pengalaman sendiri buat saya terfikir relationship antara rezeki dan syukur. Apa itu rezeki? Macam mana rupanya rezeki? Ada sesetengah yang saya jumpa macam tak boleh terima yang itu dan itu adalah rezeki dari Allah. Dorang lebih percaya yang itu adalah dari usaha titik peluh mereka sendiri.
Yess. Awak memang betul. Tapi andai tidak diizinkan oleh Allah, kita akan dapat tak pekerjaan yang kita sedang bekerja sekarang demi mendapatkan duit tiap tiap bulan? *Haa, skema sangat ayat kann. Kalau tak paham sila tanya tauu :( ayat gramatis. Haha
Saya bagi contoh duit sebab itu rezeki yang senang nampak. Sedangkan antara bentuk rezeki tu banyak sangat.
*kesihatan yang baik. (tak perlu keluarkan duit untuk bayar pada hospital)
*ada rumah. (membentuk rumahku syurgaku)
*ada anak yang baik tingkah laku. (rezeki akhirat)
*kereta tak meragam.
Kerana Allah sangat mudahkan perjalanan kita untuk dapatkan pekerjaan. Disitu ada rezeki. Rezeki perlu diusahakan. Bukannya duduk rumah dan berdoa tanpa usaha.
Ada yang cakap rezeki tanpa disangka sangka. Tapi kenapa saya yang sentiasa berdoa supaya dimurahkan rezeki. Tak pernah kunjung tiba pun rezeki ni?
Awak kerja tak? Ada berusaha?
Tak lah. Dah cakap rezeki dari Allah tanpa disangka sangka.
Haha, sila menangis dekat situ sekarang.
Dekat dunia ni apa je yang korang inginkan haruslah berusaha. Untuk ke syurga wajib usaha di dunia dulu jugak kan? Tanpa usaha, mudahlah kerja awak. Then salahkan Allah. Not fair~
Dalam satu tempat kerja. Ada macam macam jawatan. Semestinya level gaji pun berbeza. Ada tinggi, ada rendah. Tapi, jangan sesekali dengki dengan rezeki mereka. Itu adalah bahagian dia. Dan ini adalah bahagian awak. Dari situ awak belajar apa itu bersyukur. Kemudian, berapa sahaja yang awak dapat. Awak akan gembira. Always thank to Allah. Then rezeki tanpa disangka akan muncul. Antaranya merasa cukup dengan apa yang kita dapat walaupun sikit. Tapi tup tup tup boleh belanja sebulan. Siap lebih lagi. See? 😉
Bila tak bersyukur, dapat nilai yang banyak pun still rasa tak cukup. Asyik fikir tu je sampaikan urusan dengan Allah pun diabaikan. Then salahkan Dia sebab bagi sikit. Sedangkan nilai tu dah lebih pada cukup. But, disebabkan tiada rasa syukur. Yang cukup pun jadi tak cukup. Lalu Allah timpakan pelbagai ujian menyebabkan nilai tu dirasakan sangat sikit. Awak terus salahkan Allah. Copp. Sila berhenti berperangai macam tu. Belajar bersyukur pleasee. Siapa kita hamba Dia yang kekurangan segala untuk melawan dan menyalahkan semuanya pada Dia? Siapa yang lebih berkuasa.
Untuk menjadi tenang, hidup dengan aman, redha, tenteram. Cuba untuk sentiasa merasa cukup dengan pemberianNya. Semua di atas muka bumi ni adalah rezeki yang Allah kurniakan pada kita. Bila ada rasa bersyukur, tanpa sedar rezeki sentiasa cukup, malah sering bertambah. Okay, say thanks to Allah alwayss :)
Sentiasa bersyukur dengan pemberian Allah.
Kadangkala rezeki itu terus kepada kita.
Adakalanya pulak rezeki tu melalui orang tengah daripada
Allah untuk kita.
Semua yang kita dapat adalah daripada Dia :)
Jangan sesekali rasa tak cukup tauu.
Nah! Jom checklist yourself and myself :)
Hehe.
Perasan tak? Makin kita bersedekah. Tak kisah dari segi wang ringgit mahupun barangan, tanpa disangka rezeki kita bertambah kan? Tetiba je ehh ada tu, dapat ni, ada ni. Alhamdulillah. Thanks Allah :)
Semoga kita tergolong dalam kalangan manusia yang sentiasa bersyukur dan sentiasa bersangka baik dengan Allah.
Nak rezeki yang lebih haruslah kena berbaik dengan Allah kan.
Amin,
Thanks for reading, 😍