Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan untuk ke syurga. -HR Muslim-
Siapa kat sini yang pantang nampak sejenis kedai buku? Angkat kaki. Hihi~
Kami mempunyai minat yang sama. Kami tu ialah mak ayah dan saya. Wajib singgah kedai buku. Tak singgah kedai lain pun takpa la aihh. Ehh tapi saya selain kedai buku, watson, guardian, parkson. Memang wajib pergi jugak tu. Dapat cuci mata pun okay dah aihh. Hihi. Sama jugak dengan mak. Selain kedai buku suka masuk kedai kain. Sampai tuan kedai pun dah cop muka mak kan 😝
Kalau masuk kedai buku sampai berjam makan masa pun seriously memang tak sedar langsung. Seronok lagi. Rasa macam nak bermalam je dekat kedai tukan :(
Tak kisah la apa pun bahan bacaan yang dipilih. *Mesti yang baik baik tau. Yang penting kita sebagai pembaca dapat beramal dengan ilmu yang disampaikan.
Saya sejenis manusia yang suka baca novel.
Kumpul novel. Buat koleksi.
Ada novel cinta, ada novel agama.
Tapi semua jenis novel tu pun ada ilmu yang cuba disampaikan.
Sikit atau banyak je. Yang penting masa baca tu
selain daripada terhibur, boleh highlight mana yang dirasakan
boleh dijadikan sebagai ilmu.
Buku kegemaran ayah. Bukan tajuk diatas ok.
Dia sukakan bahan islamik.
Saya pernah kena tegur dengan ayah sebab selalu baca novel malay.
Pernah la beli novel english, tapi makan masa sangat nak habiskan 😂
masa kecik selalu ayah belikan buku cerita dalam bahasa inggeris tau.
Balik je rumah wajib ada kamus sambil membaca :(
Haa, masak memasak ni mestilah kegemaran seorang ibu kan.
Kalau masuk kedai buku wajib la buku resepi dia ni.
Walaupun dalam internet semua resepi pun ada.
Masa memasak tak rujuk pun. Haha.
Koleksi semata ok. 😁