Pages

Monday, 27 March 2017

Coretan Buatmu

Assalamualaikum..

To Allah we belong, to Him we shall return.

Hari ni dikhabarkan berita sedih daripada seorang sahabat.


Sedihnya rasa. Hanya Allah yang tahu. Well, Allah lebih berhak! Anak kepada seorang sahabat yang baik. Anak dia juga seorang yang baik. Memang diakui oleh ibu dia sendiri merangkap kepada sahabat saya. Mudahan sentiasa dalam keredhaan Allah. Amin

Sepanjang saya kenal dia walaupun kurang rapat dengan anaknya *Tapi kenal. Apa yang dia alwayss show kan dekat saya semuanya all about  kebaikan. 

He's character:
1 - terlalu baik.

2 - pernah hantarkan payung untuk kawan saya iaitu ibu dia sebab hujan lebat sangat. Nak balik rumah tak boleh lah. Actually ibu dia kerja dekat ofis kami. Mudahkan urusan ibu dia untuk balik rumah. Baikk sangat.

3 - terlalu sopan time bercakap dengan sesiapa sahaja. Lebih lagi ibu nya. Jatuh hati tauu kalau dengar dia borak2. 

4 - saya sangat suka suka karakter dia. 

5 - tak mengeluh saat hidup serba sederhana tak seperti budak lain. Allah. 

6 - banyak sangat. Tak ter taip dekat sini. Kebaikan yang dibuat macam lautan yang luas. 

*Redha Allah terletak pada redha ibu bapa. Ibu dia sentiasa redha dengannya. Amin. 

Kak Anis doakan awak sentiasa dalam rahmat Allah. Pergi awak pada hari yang baik. Sebaik orangnya. 

Takda dah gurauan dengan awak lepas ni jadikan awak itu ini dengan Kak Anis. Senyuman awak sangat tenangkan hati sesiapa je yang tengok.

Allah sayang dekat awak. Sebab tu dia jemput awak. 

Al-Fatihah
Semoga keluarga akak tabah seperti tabah nya akan dengan ujian ujian sebelum ni. Amin.


 



Al-Fatihah~




Tuesday, 21 March 2017

How To Overcome Your Stress?

Hai hai and Assalamualaikum..
Hehe, lama kann tak update blog. Sorry, very busy. 
Class dah start, keje non stop. *Konon.
Tapi sebenarnya tak attend pun lagi kelas tu.
Lebih je kann. Haha ^ __ ^


Today macam terbuka minda nak story story about stress. Semua orang akan hadapi stress kecuali budak budak. Sebab tula sometimes rasa nak kembali ke zaman kanak kanak semula. But kita must to wake up. Kembalilah ke alam realiti. Gituu. Hehe. 

Yela kan, cara terbaik dalam hidup kita ni adalah follow the flow je. Nak nak time stress tu yang more to kena follow the flow sensangat kan. 

Kenapa nak kena hadapi stress ek? Stress ni selalu je kot datang pada kita kan. Contoh bergaduh dengan kawan ke, bf gf korang ke, suami, isteri, parents maybe. Dengan anak anak pun boleh jugak la. Ada masalah dekat tempat kerja. Kalau student tu stress dengan assignment yang macam gunung Everest 😓 kalau saya pulak tak sudah stress dekat tempat kerja, dah campur pulak dengan belajar kan. Bukan senang tau nak belajar part time ni. Emm, dah terlanjur. Tak shabar nak habis je ni. :(

Bila korang dan saya dah stress satu je nak mintak. Jangan lepas pada yang tak berkenaan. Contoh yang ada anak, lepas pada anak anak. Kesian sangat. Yang ada pasangan, lepaskan kemarahan pada dorang. Lagi sentap lepaskan pada parents. Tolong jangan macam tu pleasee. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Just because of stress korang dah mula merenggangkan hubungan yang baik sesama mereka. Bila dah sekali kecik hati tu paham paham la kan. Memang terasa sampai tercucuk tulang tauu. Terbelah isi. Haha. *Melebih sangat!



Okay, yang di atas ni adalah half perkara yang saya buat bila dah mula stress. I tell you serious, *pinjam ayat doktor. Hihi. Stress sangat membawa kita kepada keburukan. Salah satu nya dapat penyakit. So, selagi boleh elak, silalah elak. 

Yes! Setiap orang tak boleh elak pun masalah yang datang. Masalah tu jugak satu ujian. Mengajar kita untuk menjadi lebih matang. kan? 

Maksud elak dekat sini ialah jangan dilayan masalah yang korang terima tu. Better bertenang, fikir macam mana nak selesaikan masalah yang buat korang stress sangat tu. Selesaikan satu satu. Kalau rasa cant settle your problem. Just diam. Buat buat happy. Tidur lebih baik jugak haha~

What important is. Sebagai orang Islam. Back to Allah :) Selain tu boleh buat apa yang boleh buat korang happy and hilangkan stress. 

Firstly, bila rasa stress je. Diam and rest. Cari jalan penyelesaian. Discuss bebaik. Andai tak jumpa jalan penyelesaian jugak. Just smile. Sebab setiap masalah ada jalannya. Setiap penyakit ada ubat dia. Hanya mati yang tiada ubat. Okay? Confident sikit dengan Allah. Tahap confident tu letak la semaksimum mungkin.



Second, cari lah Allah. Solat jangan tinggal. Yang wajib tu jaga betul betul. Me too. Hihi. Yang sunat tu boleh ditambah tambahkan. Sikit pun takpe. Janji istiqamah. Istiqamah memang susah. Tak semudah update dalam blog ni. Tak mudah jugak nak update kalau takda mood. Haha, so in reality semua yang kita buat need to usaha. Kan?





Third, mengaji Quran. Membaca Quran memang akan buat hati yang resah jadi lapang, tenang sangat. Ada masalah punya besar. Tapi macam takda masalah perasaan dia tu lepas baca Quran. Yang ni saya selalu cari nak nak bila hati saya tak tenang, ada masalah. Itu memang yang saya rasa. So saya share dekat sini mudahan korang pun akan rasa benda yang sama. Allah yang bagi ujian, mestilah penyelesaian pun ada pada Dia jugak. Right? Lepas dah siap baca tu saya akan cium al Quran tiga kali macam biasa orang lain buat kut. Then part last tu saya letak Quran di dada. Tarik nafas. Kemudian hembus nafas perlahan seolah olah nafas yang dihembus tu meresap ke dalam Quran. Then saya akan doa kat situ mintak Allah tenangkan hati saya. Yang memberi ketenangan tu Allah. Yakin!



Fourth, lepas dah cari Allah. Buat la some aktiviti dekat atas dunia ni. Semua kan milik Dia. Cuma yang first mestilah cari Dia dulu. Kan? Cara saya melepaskan stress lagi. Saya akan cari pantai. Haha. Kenapa pantai? Entah lah. Apa yang pasti tenung, tengok, melangok dekat pantai tu sangat memberikan ketenangan pada hati. Maybe sebab pantai milik Allah. Ciptaan semulajadi dari Dia kan?



Fifth, main boling, tengok wayang. Tapi ini kalau ada geng jela. And hari cuti je. Tak selalu sangat. Tapi pernah tengok wayang sengsorang. Masa tu memang tengah stress sensangat kutt haha. Layan pulak cerita karton. Out terus stress dok gelak sorang sorang. Makan pulak pop corn sorang sorang. Emm. Bila stress fikiran pun jadi kurang waras sangat haha.





Sixth, op kos la makan. Makan boleh hilangkan stress sangat sangat. Rasanya memang semua orang selalu buat camni kut kan. Nak nak perempuan like me. Hehe. Saya akan cari cadburry. Kalau nampak saya ada masalah boleh tak hulurkan cadburry kat saya pleaseee. Hehe. Confirm habis. Jangan mintak nak sikit. Kalau time tak stress takda pun nak hadap cadburry tu sangat. Memang tak makan habis pun coklat tu.



Seventh, nak bersendirian. Memang nak bersendirian time tu. Jangan ada yang ganggu. Ganggu untuk memujuk tak ngapa. Haha. Itu dunia fantasi yang diciptakan sendiri ajela. Masa stress tu, kita pemangsa ni sangat perlukan masa untuk sendiri, fikir itu dan ini. Barulah balik rumah tak lepaskan masalah tu pada orang lain. Haa, kan?



Okay korang. Cukup lah tujuh je tau. Ini antara yang saya amalkan bila seteress. Lain orang lain cara. Tak kisah apa cara janji halal. Tak lepaskan pada orang lain. Cari Allah first. Selebihnya buatla apa yang patut janji tak melanggar syariat. Cewahh. Hehe.



Okay? Nanti ada idea saya blogged lagi. 
Daa~ 
💖

Tuesday, 7 March 2017

Aloe Vera Soothing Gel 92% From Natural Republic

Assalamualaikum


Heh~
Today's rasa nak ber blogging. Jari ni dah gatal gatal merenyam dah. Hihi.

Okay! Saya nak share about this product. Aloe vera. Aloe vera dah diketahui lama memang banyak sangat kebaikan dia kan? Boleh tekan link kat bawah ni untuk tengok apa kebaikan aloe vera. 

Link: 

Kalau dulu suka jugak guna tumbuhan aloe vera tu sendiri and sapukan dekat muka, tangan. Tapi tak beria sangat buat sebab malas. Kenapa malas sebab tumbuhan tu ditanam dekat luar. :( Haha. 

Bila dah ada packaging macam ni if still malas lagi tak tahu la kan? Just bukak penutup and sapu je sebelum nak tidur.

Tips: Jangan sapu dalam keadaan mata dah nak tertutup. Memang automatik rasa malas. Sebab katil dah memanggil manggil kut kan. 😂

Tips lagi : Untuk rasa lagi sedap sedap lepas dap dap dekat muka dan kulit tu. Masukkan dalam peti kemudian pakai. Umm, best sangattt. 


Antara kebaikan aloe vera from natural republic. 

Apa yang best from aloe vera natural republic masa bukak penutup dia tu bau memang wangi sangat sangat. Masa pakai tu memang rasa sejuk je. *Produk yang fake selain daripada melekit, memang masa bukak penutup tu takda bau apa apa. Untuk hilangkan jerawat, parut jerawat, parut badan memang wajib la ambil masa. Apa yang penting teruskan usaha untuk pakai dalam masa yang sama berdoa semoga Allah menyembuhkan sebarang cacat cela yang ada pada kulit kita. InshaAllah, kan.

Yang susahnya dekat Kuantan memang takda store Natural Republic. NR pulak memang tak jual secara online. So, perlu cari dealer yang betol betol boleh dipercayai. Tapi tula produk ni sekarang banyak sangat tiruan. Yang tiruan tu memang melekit bila pakai. *dah try sekali. So hati hati ya dengan produk fake. Nanti elok je muka cantik, sebaliknya pulak yang terjadi. 

Better beli dekat store NR sendiri. Kalau jauh boleh la mintak tolong kengkawan belikan. Mesti ramai je kawan korang yang tinggal area KL kan? Harga dalam RM32. something macam tu. Sometimes NR ada jugak buat promotion. Beli dua dapat RM60 ke. Macam tula. Kalau yang harga murah and dijual dikedai biasa tu dinasihatkan untuk tak beli. 


Kalau dah guna aloe vera from NR ni tolong guna spatula ya? Sebab tak nak nanti kuman pada tangan tu membiak dekat dalam bekas tu. Spatula boleh beli dekat kedai RM2 boleh dapat lima. Haa, murah kan. Jaga kebersihan. Apatah lagi yang nak disapukan pada kulit. :) tak nak nanti penyakit lain pulak yang datang. Hihi~ 
Nak jugak pakai produk berasaskan aloe vera ni tapi takda tempat yang nak dibeli. Okay, dekar guardian ada je produk from aloe vera. 


Tadaaa. 
Kebaikan aloe vera tu sama je. Rasanya pun sama. Ini lagi better than you pergi beli yang fake. Yang fake entah bahan apa yang dorang campurkan dalam tu. Please jangan. Biar mahal asal selamat. Ok? 

Sebelum saya guna yang from NR, saya guna aloe vera from guardian. Sekarang pun still guna lagi jugak. Mudah dibawa kemana mana. Kulit saya jenis cepat kering, sensitif. So bila rasa je kering ambil je dari dalam handbag and pakai. Tak melekit dan mudah meresap. Yang kecik ni murah je. RM5 something. Hihi~ 

Testimoni sendiri : Kulit muka saya menggelupas dan sedikit luka. Jadi kering sangat. Tambahan duduk dalam air cond pulak. *Dekat ofis kan. Menjadi jadi lah pedih dia tu. So, saya guna aloe vera from guardian ni je. Sejuk dan hilang rasa pedih. Rasa pedih dan kering je terus saya sapukan dekat muka. Alhamdulillah, dalam masa tiga hari kulit dah baik semula. :) 

I trust aloe vera product :) 
💗😅

Thanks for reading, Baiii~

Sunday, 5 March 2017

Ends Of Semester Break And Hii New Semester

Hai and Assalamualaikum..


Haii new semester. Not ready yet for new semester 😂
Almost 2 months without class, assignment, lecturer, trial for project paper and etc. Now kelas dah nak mula dah. Tanpa sedar. Minggu depan kelas dah start. Ohh no!! Maka dengan adanya class, assignment itu wajib untuk hari pertama class lagi :( kuiz, test and semua yang student hadapi la kan. 

Almost every semester jugak akan jumpa dengan lecturer yang sama. Just because of lecturer tu pior untuk course yang saya amik sekarang. 

Nampaknya kena study smart semester ni. Pjj je kott? Perlu ke nak beria bagai? 

Yess, siapa yang tak duduk tempat kami well...... boleh kut nak conclude macam tu and pandang rendah dekat kami. Siap cakap lagi yang lecturer banyak tolong kan. Ehh helloo memang ada certain lecturer yang baik hati sangat tolong kami. But dengan syarat kami as a student mestilah buat apa yang disuruh. Okay? And ada jugak certain lecturer yang walaupun korang dah bertungkus lumus but still lecturer not satisfied. 

Lecturer is a human right? So, pelbagai ragam yang kita boleh nampak, rasai and tengok. 

Dah nak masuk semester 8 ni and tetiba dapat tahu yang ni bukan final semester kami :( Huh, tetiba rasa down terus nak belajar kan? Dah 4 tahun kutt berungkus lumus disini. Erkkk.. sobss sobss. Cakap nak belajar kan? 

Tapi nak gradd pleasee. 

Ends of ....
😓😓😂😥😭

Checklist :



1 - Tak pasti untuk Uni lain. But my uni, first download jadual dulu dekat website. Then boleh start register. Date akan diberikan dari bila until when. 

2 - Done register. Tunggu uni keluarkan bil untuk this semester.

3 - Pjj student, perlu bayar bill uni sendiri sendiri ok. Tak kisah la ada pinjaman ke apa. Selesaikan semuanya sendiri. 

4 - Uni dah terima yuran untuk semester tu. So, kami dah boleh bukak i class untuk tengok notes notes yang di upload oleh lecturer before start first class, new semester tu.

5 - Sometimes tu kami tak print dulu pon notes tu sebab notes yang kami print tu dari Uni tu sendiri. Lecturer kadang mengajar pakai notes lain and berlainan silibus. Macam tu la. So better pergi class dulu untuk hari first tu. Then baru sediakan notes dan segalanya.

6 - Satu buku nota untuk satu subjek. But sometimes saya guna satu buku nota untuk semua subjek je :( tak payah susah susah banyak buku kan. Membazir. Zaman sekarang need to berjimat kan? Errr hahahh.

7 - Tapi tapi... saya asingkan ya untuk buku yang saya nak catit latihan apa yang perlu dibuat, assignment. Mudah sangat untuk saya checking. Just supaya tak terlepas pandang. Bukan apa, our lecturer normally bagitau siap siap masa first class apa yang kena buat, bila kena hantar. Bila nak adakan kuiz, test. Just need to ready mental and fizikal :(

Pernah la sekali tu kan, saya terlepas pandang ada kuiz online. Jam 10 ke 11 malam lecturer call saya. Then dia soal kenapa saya punya mark zero. Saya like a blurr sangat masa tu. Then dia tanya la awak ambil tak test bla blaa. Saya lagi la blur. Test apa ekk?  Dia suruh saya on website sekarang then jawab. Masa tu dah nak kumpul mark kott. Dushh dushh. Syukur lecturer baik sangat. Takdala buta buta bagi mark zero and sengaja fikir saya tak nak amik kuiz kan? Emmm.

Okay, letss ready for new sem :) 

Thanks for reading, Baii~




Friday, 3 March 2017

Feveret Drinks Yakult



Hai and Assalamualaikum...

After saya ada column problem baru baru ni. Haha~ Padahal masalah ni dah lama. Tapi berulang alik ke hospital tu adalah satu perkara yang sangat malas. Ni bukan zaman kecik yang didokong oleh parents then bawak jumpa doktor. Now, must independent. Bila masuk bab independent semua benda jadi tak rajin :(( right? 

Bila datang je penyakit sebagai manusia memang wajib untuk kita berusaha untuk sembuhkan. Yang menyembuhkan tu mestila Allah SWT kan? 

So sama dengan post sebelum ni yang berkisar tentang what i take untuk perlahankan masalah column ni. Banyak supplement yang saya cuba. Apa yang penting ubat hospital jangan tinggal. Ubat hospital lebih mujarab cuma lambat atau cepat je kan. 

Dalam entry Ustaz Kazim Ilias ada post tentang yakult and nata de coco. That time saya duduk dekat Kertih. Bermalam di sana. Kebetulan tak bawak ubat and supplement. So, i must do something untuk diri sendiri. Kalau tak buat sesuatu, yang tanggung sakit tu mestilah saya. So saya pun beli lah yakult. Sebelum beli saya google dulu apa kebaikan, kesan. Tapi sebelum tu memang dah baca entry Ustaz Kazim about yakult yang boleh detox kan usus. 

Saya cuma nak info yang more detail lagi. Kita nak guna, mestilah kena tahu dulu kebaikan nya. Mana boleh hentam je kan. Hihi~

Kalau nak tahu apa kebaikan yakult, boleh ask uncle google ok. Macam biasa. hihi



Since saya amalkan minum yakult, alhamdulillah memang memberikan impak yang positif :) semua datangnya dari Allah. I thank to Allah 😊 sekarang ni pagi dan malam saya minum air ni je. Dah memang jadi feveret ok. Tapi air putih jangan dilupakan. Sangat penting untuk badan :)

Yakult di hati.

Actually yakult ada dua pilihan. Merah dan biru. Biru lagi berkesan dari merah. Tapi siapa yang tak tahan dengan rasa masam. Minum yang merah je ok?




Thanks for reading korang...
The end.

Bai~
With Love 💗


Thursday, 2 March 2017

Dilamar kematian



Setiap yang bernyawa pasti akan mati.

Mati tidak mengira umur, pangkat, darjat, bangsa. 

Dilamar oleh kematian itu pasti. Berjodoh sesama manusia tidak pasti. 


Kenapa pulak tetiba je saya nak berkisar tajuk ni kan? Mesti korang pelik kan. Ehh, sekali sekala mengingati mati tu perlu tau. 

Ingat mati hilangkan keseronokan pada dunia. Kan?

Cerita saya bermula. 

Balik kerja semalam, nampak banyak sangat kereta dekat rumah jiran. Selang beberapa buah rumah je. Paham la kalau balik kerja petang memang la takda kenduri kan. Lagipun kenduri tu sentiasa dirancang dan dicanang pada jiran. Mati itu unplanned okay. 

Hati memang dah terdetik. Ada kematian ni. Suasana bila ada kematian pun memang lain sangat kan? Kalau korang perasan la kan. Sebab jenis saya ni kalau ada kematian je mesti rasa lain je. Rasa macam seluruh alam tu sedih dengan kepergian hamba Allah tu. Masa hari jiran meninggal tu hujan lebat sangat. Lagi lah sayu rasa hati ni.

Kematian seseorang tu akan difikirkan berhari hari. Entah kenapa. Tapi benda ni terjadi sejak kali pertama saya mengenal dan melihat sendiri apa itu kubur. Macam mana ditanamkan. Memang sedih la kan? Bayangkan duduk dekat dalam tanah dan ditutup. Ditanam. Memang yang ditanam itu jasad. Jasad yang sudah tidak bernyawa lagi. Tapi macam macam yang saya fikir. Kita keseorangan pulak tu. Emm, sebab tu kena bekalkan amalan baik untuk teman kita bersama kat sana nantikan? Huhukksss.

Bila ada je yang meninggal, akan terdetik di hati. Hari ni dia. Bila ya aku? Mungkin ke malam ni. Mungkin ke esok dah bermalam di alam lain? Selalu mintak dipanjangkan umur. Sebab tiada langsung amalan yang dibuat untuk dibekalkan ke sana. Bukan takda laa. Tapi macam tak cukup. Diterima ke tak amalan yang secuit je tu. Lalai melebihi amalan yang patut dibekalkan untuk ke sana. Bila Allah bagi peluang keesokannya, tak buat sungguh sungguh pun amalan untuk dibekalkan ke sana. Kan? 

Manusia itu tidak sempurna.

Yesss, kerana tidak sempurna sentiasa dijadikan alasan untuk tak buat. Dah buat sikit rasa okay dah cukup. Err. 😓

Seriously mati tu Allah mengingati diri ini tentang adanya kematian. Bukan kehidupan dunia semata mata. But, masa ada kematian tu je saya berfikir dengan baik. Jadi waras, insaf. Semua nak buat. Itu orang lain dan Allah give me a chance for change. 😑 i thank to Allah :) tapi macam mana if suatu hari nanti saya lah orang yang dijemput untuk mengingati orang lain about kematian. Saat tu saya is nothing. Tak boleh bayang kan? 😭 Allah Maha Besar. Mudahan Allah sentiasa ampunkan kita yang lalai ni. Seharian begitu banyak dosa yang dikumpul berbanding amalan untuk dibawa kesana. Apa dosa yang dilakukan? Ehh, Please jangan pandang remeh dengan dosa kecil yang kita buat tu okay? Sikit sikit lama lama boleh jadi besar tau. Duit seposen tu kecik je nilai dia. Cuba kumpul hari hari. Tengok camane kan? Haa, itu jugak dosa. Only remember myself. 

Pernah sangat sekali tu kan. Ni cerita dulu ok. Masa tu lupa umur berapa but i guess i baru tujuh ke lapan tahun kutt. Masa tu dah tahu dah kubur macam mana dalamnya. Dengan tinggal seorang didalamnya. Saya menangis dan meraung sebab takut mati. Tak nak mati and tak nak mati! Hurmm, memang tak waras en masa tu. Hee~ 😝 but now i still takut. Tapi dah besar kan? Mestilah redha. Sebab saya dan korang semua adalah milik Allah.

Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita dikembalikan.

Asal daripada tanah, dikembalikan semula kepada tanah, tempat asal manusia :)

Okay? 

Start from now jom kita kumpul amalan banyak banyak ok. Mati itu pasti. Tidak kira umur. Nak dijemput tanpa kad. 😥 hanya amalan sebagai bekalan akhirat :) 

Assalamualaikum 😊😍💓


Hai March :)


Hye Assalamulaikum..


Image result for march

Happily with month of march :) Peace yoww. ✌

Uhukss. Macam dah lama je tak meng update blogss kan. Lately ni busy sangat kut pluss dengan malas pun ye jugak. Hiks~

Kalau nak ikut idea memang banyak sangat. But, my hands tak jumpa keyboard dia pulak. Tercari cari jugak kan!

Well, hopefully march will make me happy alwayss.

Not stress anymore. 😇

And say hai to Semester 8. 😉 erkkk~