Setiap yang bernyawa pasti akan mati.
Mati tidak mengira umur, pangkat, darjat, bangsa.
Dilamar oleh kematian itu pasti. Berjodoh sesama manusia tidak pasti.
Kenapa pulak tetiba je saya nak berkisar tajuk ni kan? Mesti korang pelik kan. Ehh, sekali sekala mengingati mati tu perlu tau.
Ingat mati hilangkan keseronokan pada dunia. Kan?
Cerita saya bermula.
Balik kerja semalam, nampak banyak sangat kereta dekat rumah jiran. Selang beberapa buah rumah je. Paham la kalau balik kerja petang memang la takda kenduri kan. Lagipun kenduri tu sentiasa dirancang dan dicanang pada jiran. Mati itu unplanned okay.
Hati memang dah terdetik. Ada kematian ni. Suasana bila ada kematian pun memang lain sangat kan? Kalau korang perasan la kan. Sebab jenis saya ni kalau ada kematian je mesti rasa lain je. Rasa macam seluruh alam tu sedih dengan kepergian hamba Allah tu. Masa hari jiran meninggal tu hujan lebat sangat. Lagi lah sayu rasa hati ni.
Kematian seseorang tu akan difikirkan berhari hari. Entah kenapa. Tapi benda ni terjadi sejak kali pertama saya mengenal dan melihat sendiri apa itu kubur. Macam mana ditanamkan. Memang sedih la kan? Bayangkan duduk dekat dalam tanah dan ditutup. Ditanam. Memang yang ditanam itu jasad. Jasad yang sudah tidak bernyawa lagi. Tapi macam macam yang saya fikir. Kita keseorangan pulak tu. Emm, sebab tu kena bekalkan amalan baik untuk teman kita bersama kat sana nantikan? Huhukksss.
Bila ada je yang meninggal, akan terdetik di hati. Hari ni dia. Bila ya aku? Mungkin ke malam ni. Mungkin ke esok dah bermalam di alam lain? Selalu mintak dipanjangkan umur. Sebab tiada langsung amalan yang dibuat untuk dibekalkan ke sana. Bukan takda laa. Tapi macam tak cukup. Diterima ke tak amalan yang secuit je tu. Lalai melebihi amalan yang patut dibekalkan untuk ke sana. Bila Allah bagi peluang keesokannya, tak buat sungguh sungguh pun amalan untuk dibekalkan ke sana. Kan?
Manusia itu tidak sempurna.
Yesss, kerana tidak sempurna sentiasa dijadikan alasan untuk tak buat. Dah buat sikit rasa okay dah cukup. Err. 😓
Seriously mati tu Allah mengingati diri ini tentang adanya kematian. Bukan kehidupan dunia semata mata. But, masa ada kematian tu je saya berfikir dengan baik. Jadi waras, insaf. Semua nak buat. Itu orang lain dan Allah give me a chance for change. 😑 i thank to Allah :) tapi macam mana if suatu hari nanti saya lah orang yang dijemput untuk mengingati orang lain about kematian. Saat tu saya is nothing. Tak boleh bayang kan? 😭 Allah Maha Besar. Mudahan Allah sentiasa ampunkan kita yang lalai ni. Seharian begitu banyak dosa yang dikumpul berbanding amalan untuk dibawa kesana. Apa dosa yang dilakukan? Ehh, Please jangan pandang remeh dengan dosa kecil yang kita buat tu okay? Sikit sikit lama lama boleh jadi besar tau. Duit seposen tu kecik je nilai dia. Cuba kumpul hari hari. Tengok camane kan? Haa, itu jugak dosa. Only remember myself.
Pernah sangat sekali tu kan. Ni cerita dulu ok. Masa tu lupa umur berapa but i guess i baru tujuh ke lapan tahun kutt. Masa tu dah tahu dah kubur macam mana dalamnya. Dengan tinggal seorang didalamnya. Saya menangis dan meraung sebab takut mati. Tak nak mati and tak nak mati! Hurmm, memang tak waras en masa tu. Hee~ 😝 but now i still takut. Tapi dah besar kan? Mestilah redha. Sebab saya dan korang semua adalah milik Allah.
Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita dikembalikan.
Asal daripada tanah, dikembalikan semula kepada tanah, tempat asal manusia :)
Okay?
Start from now jom kita kumpul amalan banyak banyak ok. Mati itu pasti. Tidak kira umur. Nak dijemput tanpa kad. 😥 hanya amalan sebagai bekalan akhirat :)