Pages

Tuesday, 31 January 2017

Ibu Yang Sabar


Ibu, ibu.. engkaulah ratu hatiku
Bila ku bersedih, engkau hiburkan selalu.

Bismillah.......

Pengakhiran Januari 2017.

Siapa kat sini yang lahir  tanpa ibu? Penipu sangat ehh. Hehe. Dari mana kita semua wujud jika bukan bermula dari rahim seorang ibu. Allahu~

Jangan sesekali derhaka kepada ibu. Siapa yang patut kita hormati. Nabi SAW menjawab tiga kali IBU IBU IBU. Betapa wajib untuk kita taat pada seorang ibu hinggakan redha Allah juga terletak pada redha ibu :( 

Syurga itu cantik, tapi amat payah dimiliki. Kebaikan nampak mudah, namun susah sekali untuk berbuat baik. Pahala itu menawan, tapi susah sungguh untuk mengumpulnya. Kan? Semua orang dambakan syurga, mahu menjadi baik, ingin mengumpul pahala. Disebalik semua itu adanya ujian. Ujian yang harus ditempuhi untuk dapatkan kesemua sekali. Siapa yang gagal akan tersungkur. Yang berjaya akan ke garisan penamat. 







Cerita saya bermula,


Saya tak kenal pun siapa ibu yang bertongkat itu. Umur dalam lingkungan 28 ke atas. Bawa dua orang anak bersama dalam keadaan bertongkat. Anaknya dah pandai berjalan. Keduanya umur mungkin tak jauh beza kut. Dalam 5 tahun dan 8 tahun maybe. Saya mengagak dari ketinggian mereka je. Hihi. Boleh pulak macam tu :((

Suami entah hilang ke mana. Hanya tinggalkan isteri dan anak anak ataupun cari parking kereta. *Husnudzon okay. Berprasangka yang tidak baik pleasee elakkan. 

Yang membuat hati saya tersentuh. Si anak menangis. Anak yang paling tua antara mereka berdua. Saya tak pasti menangis kenapa. Si ibu tidak marah di khalayak ramai. Dalam keadaan bertongkat dia berlalu secara perlahan lahan. Saya pernah jumpa ada ibu yang malukan anak mereka di hadapan umum. Anak buat perangai terus marah marah dan sakitkan mereka. Walaupun masih kecil mereka tetap ada rasa malu. Jangan buat macam tu pleasee para ibu. *Doakan saya tak malukan anak anak dihadapan umum juga.

Saya kagum dengan sikap ibu muda itu yang dalam keadaan sakit, tiada suami disisi. Dia pandai handle kemarahannya. Saya percaya terdetik rasa marah dihati kerana sikap si anak. Tambahan pula dalam keadaan sakit macam tu. Kalau saya di tempat dia entah entah saya dah cubit anak saya. Kan? Nauzubillah. Mintak dijauhkan. Saya nak jadi seorang ibu yang penyayang. *Cewahh. Hehe.

Dalam masa yang sama saya turut kagum dengan sikap si adik yang sangat matang. Si adik ambil selipar abang dia dan pegang dengan sebaiknya. Dibawa ke mana mana. Allah. Baiknya anak anak dia. Si kecil itu tak meragam dan menunjukkan perangai yang begitu matang di saat ibu sedang sakit. Si abang sedang buat perangai. Mungkin inginkan lebih perhatian. 




Allahualam.
Assalamualaikum :)