Pic from google. Hiasan semata mata.
*Tiada kena mengena antara yang hidup atau mati.
Tetiba mengarut. Hihi~
Bismillah.
Assalamualaikum...
Bukan saja saja nak cerita pasal anak yatim ni tau. Tapi ini adalah pengalaman hari ni yang membuatkan hati saya terdetik untuk berada di hadapan laptop pada malam ini. *Cewaahh. Hehe.
Cerita nya bermula begini. Hari ni hari ahad. Saya on duty di sebuah Mall. Baru je lepas siap solat Zohor. Dah balik ke tempat saya duty tu. Saya nampak ramai budak budak beratur. Ada yang pegang lukisan. Yang berada di hadapan sekali dah mula menjawab apa yang disoal oleh seorang budak perempuan tu. Saya hanya memerhati. Terlalu dekat jarak kami.
Mulanya saya memang tak perasan yang diorang tu anak yatim. Maklumlah rabun. Memang tak nampak tulisan dekat baju dorang tu. Anak yatim Nur Iman. Saya bajet diorang ni daripada sekolah mana mana and datang Mall untuk buat persembahan ke. Sebab dekat Mall tu memang selalu ada pelajar yang datang untuk pertandingan dan sebagainya. So bukan sesuatu yang pelik ok?
Bila dah tahu yang dorang tu adalah anak yatim hati saya mula terusik. Saya hidup dengan ada adik beradik, yang penting ada ibu bapa. Boleh bermanja. Dan mereka? Hanya sebatang kara. Allahu. Terasa sebak di dada. Betapa tabahnya mereka. Saya cuba letakkan diri saya dekat tempat mereka. Seriously air mata mengalir. Sebab saya tak mampu. Allah jangan uji saya sedemikian rupa. Dengan sebuah kehilangan. Saya takut! 😥
Tabah nya mereka. Boleh bergelak ketawa. Gembira tak terkata bila dapat KFC sorang satu. Baik nya group yang memberi hadiah dan sengaja membuat pertandingan semata untuk hiburkan mereka. *Anak yatim tersebut. :(( Syurga tempat orang yang berbuat baik dengan anak yatim. Sayu melihat mereka. Boleh bayangkan umur lingkungan 7 tahun ke atas telah kehilangan mereka yang amat diperlukan. Tabah dan untungnya kerana Allah memilih mereka diatas ujian yang amat besar ni.
Sungguh saya tak mampu untuk hidup dengan sebuah kehilangan. Belum hilang, cuma bayangkan saya dah pun menitiskan air mata.
Sebab itu kita disuruh untuk berbuat baik dengan anak yatim. Mereka juga penyumbang kita untuk masuk syurga atau neraka. Mereka yang betul mendidik anak yatim takkan arahkan anak yatim untuk minta derma dan sebagainya. Mereka akan biarkan anak yatim hidup normal seperti kanak kanak yang lain. Hari cuti bawa bercuti.
Semoga rezeki melimpah untuk rumah anak yatim Nur Iman, Rompin dan rumah anak yatim yang lain. Yang ikhlas menjaga dan mendidik mereka.
Sayangi mereka :)
Thank You~