Pages

Thursday, 2 February 2017

Teen Story

"awak tak macam remaja lain."

"umur macam ni pleasee enjoy."

"kehidupan remaja awak sangat membosankan!"

Assalamualaikum. 

Hihi. Terlupa pulak nak bagi salam kan sebab dah ter excited sangat nak menulis. 

Yang dekat atas tu adalah antara soalan soalan yang sering ditanya oleh remaja kepada remaja. 

Apa makna remaja tu ya? Adakah remaja tu maksudnya waktu yang sesuai untuk seseorang tu melakukan banyak dosa, mempersiakan masa yang ada? Huhu. Kengkadang tak faham dengan si yang bertanya. Okay lah awak anak orang kaya. Okay what nak enjoy kan?



Kitaran hidup seorang manusia. Sama seperti saya.
Nombor empat dan lima tu dikategorikan sebagai remaja. 

1- Ada remaja yang diberi peluang untuk sambung belajar. Daripada umur 18 tahun hingga 27 tahun. *Ini kalau sampai PHD. Hehe~

2- Ada juga remaja yang tidak berpeluang untuk belajar dan terus kerja. Start umur 18 tahun dah pun kerja. Berdikari sendiri.

3- Ada remaja yang tidak belajar dan tidak juga bekerja. Iaitu anak orang kaya yang hanya tahu mintak duit dan enjoy habiskan masa bersama kawan kawan. Ini adalah antara contoh mereka yang tidak matang. 

Untuk yang nombor satu tu ada yang mengharungi kehidupan as a remaja dengan menjadi seorang yang bergelar pelajar. Guna duit pinjaman untuk enjoy, tengok wayang, karoeke, ber boling, bercuti dan sebagainya. Tapi..... ada je pelajar aka remaja yang matang, tidak menggunakan duit dengan sia sia. *Tapi itu tidak dipanggil menggunakan kehidupan remaja dengan sebaiknya pulak 😓 Saya pun tak tahu nak maknakan "remaja" tu macam mana lagi :(

Untuk yang nombor dua tu pulak kan. Korang bayangkan kalau dah start kerja umur 18 tahun. Ada tak masa untuk enjoy agak agak? Waktu cuti adalah waktu untuk keluarga. Cuti hanya satu atau dua hari seminggu. If ada OT lagi lah tak ada masa. Betul tak? Okay. Bayangkan kalau dah cecah umur 20 an. Dah berapa tahun kerja? Maybe seorang remaja tu dah ada kehidupan yang lebih stabil more than waktu sekolah dulu. Apa lagi yang nak dicari selain daripada nak ada pasangan. Tambahan lagi jika remaja itu seorang perempuan. Cinta itu anugerah dari Allah. Kalau nak kahwin dalam lingkungan umur 23 ke atas tu dah okay kot. Dah tak dikira tidak pandai memaknakan "kehidupan remaja" kan? Ada kerja, ada pasangan. Lebih baik halalkan. Daripada terus menjalinkan hubungan yang tidak halal. Adakah hingga hilang status remaja? 

Yang halal itu indah, 
Kerana disitu letaknya redha Allah.
*Kehidupan remaja tidak akan hilang walaupun sudah halal,

Saat yang ditunggu tunggu oleh semua perempuan. 
*cewahhh haha~

Andainya secara tidak halal, alangkah kasihannya 
waktu remaja mereka. 
Akhirnya dihiasi penyesalan dengan kehidupan remaja nya. 
Remaja hanya sekali~

Diri sendiri yang mencorakkan, memilih untuk bahagia
atau pun derita :)

Kematangan disebabkan oleh hadirnya
rasa tanggungjawab pada 
pasangan :)

The best planner is Allah :)

Tidak digalakkan juga kahwin awal untuk remaja. Tapi... andai kata masing masing sudah punya pasangan berkahwin adalah yang terbaik. Zaman remaja zaman penuh dengan cabaran. Ambil contoh pasangan yang baik baik hidup mereka yang dah pun selamat menikah awal. Salah satu nya Ruqayyah Farhani Abdullah Mubarak, ibu arwah Maryam - anak syurga :) kalau tak silap saya Ruqayyah kahwin dalam lingkungan umur 20 tahun or 21 tahun. Sedang menuntut ilmu di Mesir. 

Sesiapa yang belum baca lagi? Pergi beli cepat ok!
*hah, tetiba promote. Hihi~


Untuk yang nombor tiga, ada remaja yang dikurniakan oleh Allah lahir dalam keluarga yang kaya. *Namun bukan semua anak orang kaya dilimpahkan dengan duit :) Hanya segelintir. Remaja yang tidak matang kerana sering dimanjakan hingga tidak mahu belajar, bekerja. Yang tahu hanyalah enjoy semata mata. Enjoy dengan berjumpa kawan kawan, lepak lepak dalam masa 24 jam. Habiskan duit seharian. Mungkin itu enjoy yang segelintir remaja fikirkan. Jika tidak, tidak akan wujud soalan soalan di atas. 





Masing masing ada cara "enjoy" yang tersendiri. Saya bukan seperti katak dibawah tempurung. Saya juga ada kehidupan remaja saya. Ada masa saya enjoy. Tapi tolong hormati jika ada remaja yang tidak suka ke pusat karoeke. Enjoy bukan bermaksud memekak di pusat karoeke konon hilangkan stress. If itu cara awak, dan awak suka tiada siapa menghalang. Tapi jangan juga persoalkan "kehidupan remaja" orang lain. Respect each other :)

Manfaatkan zaman remaja korang semua. Apa yang penting:
# jangan tinggal solat.
# jangan tinggal Quran
# pastikan khatam Quran sebelum melangkah ke fasa selepas remaja.
# sentiasa istiqamah
# berubah diri menjadi lebih baik

Banyak lagi! Dalam pada korang dan saya enjoy jangan lupa yang tersenarai di atas dan juga yang tidak tersenarai. 

Without Allah, we are nothing :) right?

Enjoy bermaksud happy dengan apa yang kita buat dalam hidup. Apa yang penting untuk fasa tua nanti korang dan saya tidak menyesal atas segala perbuatan. 

Waktu remaja adalah satu waktu yang baik untuk dekatkan diri pada Allah, untuk kenal Dia. Takkan dah tunggu tua baru nak mengenal huruf alif :) 

Remaja hanya sekali, jangan cemarkan dengan persoalan "remaja kamu macam ni je? Tak ada life langsung." 

Okayy.

Saya seorang remaja :))

Andai ada kesalahan saya dari segi penulisan, saya mohon maaf. Bukan mudah menyentuh isu remaja kerana saya juga remaja. Kita sama sama remaja. Berbeza cara dan sikap "enjoy" nya tu. Pasti ada yang tidak bersetuju. It's okay. Ini cara saya. Kalian ada cara kalian~

Salam sayang
Till meet again dalam blog penulisan saya.
Baii~