Pages

Thursday, 26 January 2017

Design Village & Pulau Aman

Assalamualaikum,
Haiii! Bersua lagi kita ya? Sebab malam ni rajin nak sambung yang the last post hari tu. Hihi ~

Nak menaip kena ada mood. Tanpa mood apa pun tak jalan ok!

Okay, hari ni nak story pasai kami jalan jalan melawat Penang. Antara banyak tahun, tahun 2017 tahun paling tak best ke Penang. Why?

Sebab....................................................................................................

Tunggu....... Hehe. Suspen sangat kan~ 😂😍

DESIGN VILLAGE

Kami tak teruja pun nak pergi sini. Sebelum datang design village ni dia janji nak bawak kami pergi Komtar Sky Walk. So, dalam otak dah imaging betapa best nya pergi dekat situ. Dapat naik tingkat 68 and tengok bawah dalam keadaan lantai kaca. Oh my! Boleh bayang tak korang? Kalau tak boleh bayang sila ask uncle google about Sky Walk Komtar ya? Hehe~ Memang rasa teruja.

Namun, keterujaan kami tu habis dekat situ je setelah dia putuskan untuk bawa kami ke Design Village. Okay. Teruja la jugak tapi jadi kurang la sebab dah berimpian nak pergi tempat lain kan. Untuk Design Village ni kami tak google la. Just tanya je si dia apa yang ada. Sebab tak pernah sampai kan. 

So dia cakap tempat tu agak "branded". Tapi..... ada jugak yang murah! Okay yes. Dalam fikiran kami murah harga RM10 kott. Haha. Murah dia RM80 henggett. Nak pengsan den tengok harga. 

Sesiapa yang tak pernah pergi Design Village. Actually design village sesuai untuk anak Dato', Tan Sri kut. Orang macam saya memang tak mampu. Tengok pun tak tertelan ayaq liuq aih. Hehe. Dekat situ memang brand punya barang. Kalau 3 tahun sekali spend untuk barang brand okay la. Tapi kena planning habisan dulu kutt. For me. Hehe. Nak keluarkan sesuatu yang tinggi nilai nya. Of course la nak kena pastikan betul betul kualiti kan. Bukan semua yang brand tu sesuai dengan diri kita. Iya dok? 😇 

* Hush puppies
* Aldo
* Al Ehsan (ada promosi, not bad la harga nya. Sesuai dengan kualiti)

Di atas adalah antara outlet yang ada dekat situ. Banyak lagi sebenarnya tapi macam tak amik kisah sangat sebab memang tak suka pergi dekat tempat yang terlalu tinggi demand curve nya. (Tetiba). Maybe sebab i know i tak mampu kut kan. Hehe~

Tempat dia memang tak berapa best. Sebab korang, kami sendiri memang kena bersejuk, berpanas. Sebab apa? Sebab setiap kedai ada air cond. Bila keluar je dari dalam kedai tu terus je nampak wajah sang matahari. Terpancar terus sinar pada wajah. Haa, gitu kan. Keadaan tu membuatkan kami sakit kepala. Not like a mall. Pavilion ke. Bukan macam tu okay? Jadi jangan imaging lebih lebih. Design village sesuai pergi pada waktu malam. Bukan pada waktu tengahari ke petang. 


Dijual ditengah tengah Design Village. 
So binaan Design Village secara bulatan. 
Tengah tu memang ada tempat untuk ambil gambar, jual air. 
Macam tu la~


First time rasa and beli chatime ni. 
Sebab dekat Kuantan takda. 
Rasa lebih kurang je macam coolblog.
Maybe nama je kutt lain kan. 


Kiri dan kanan adalah outlet.


Haa, cantikkan hiasan dia?
Sempena CNY.
Saya tahun ayam. This year, tahun ayam jugak! Same. Hehe~

Ini antara hiasan untuk beri ketenangan pada pengunjung. Kutt. Hehe.

Comel kan? Ehh dah kenapa tetiba letak gambar ni pulak? 
Haha
Actually, Design Village sediakan keretapi thomas *entah hape hape je kan. 
untuk pusing pusing satu bangunan tu. Memang besar and memenatkan. 
Kalau budak dah nangis tak sempat satu round, 
Kalau warga emas pulak boleh sakit lutut and kesian dorang. Memang tak larat nak jalan.
So bayaran untuk naik ini habiskan satu pusingan adalah RM5. 
Jangan naik tengahari tau. Panas.. Huhu~



Jam 5.30 petang kami dah bertolak dari Design Village ke tempat mana entah untuk naik bot and makan di pulau. Kengkonon. 

Tetapi............... hati penuh dengan agenda. Hatimu, hanya kamu yang tahu. Right?

Sampai tempat Pulau tu. Pulau Aman kut. Kalau tak silap. Bot dah tak jalan dah. So kami tak boleh la menuju ke Pulau tu and menikmati makanan yang enak. *cewahhhh. Hehe.

Kitaorang just ambil gambar je sementara tunggu nak gerak pergi RNR Sungai Dua untuk mandi, solat.

Haa, nilah dia. Nampak tak jambatan Pulau Pinang yang panjang tu?

Depan tu jeti. Ikutkan kami naik bot dekat situ untuk pergi ke Pulau Aman.

Team marketing. 
Yang baju petak dekat sebelah tu termasuk tanpa sengaja. Hehe~

On the way dari tempat jeti nak pergi ke tempat parking.
MasyaAllah bukitnya terasa lelah pulak.
Ada monyet pulak tu.
Ingatkan dekat TC je banyak monyet terbiar 😂😓


Pulau Aman dekat belakang tu. Tempat tu la yang kami nak pergi.
Tapi tak kesampaian :(
Aksi ni inspirasi dalam facebook THR Gegar. Haha~

Biasa biasa je okay!

On the way pergi Design Village.
Seronok sangat orang tu tiduq. 


Tak perasan gambar diambil. Hee~
Haa, dekat Pulau Aman tu siap boleh bermalam lagi dekat sana tau.
RM40 satu malam. Not bad. Will try!

Okay! Ini je kisah kami. Lepas tu kami pergi ke RNR Sungai Dua untuk mandi and solat. Siap siap then pergi makan malam. Kemudian berhenti dekat petrol station untuk beli makanan, air. Untuk naik bas balik Kuantan. Yeayyy~

Baiii
Till meet again yoyyy

*i'm sorry if ada yang tidak suka dengan penulisan saya. 
Saya menulis sekadar memenuhi keperluan hobi yang suka menulis :)

Assalamualaikum :)😉