Pages

Tuesday, 31 January 2017

Ibu Yang Sabar


Ibu, ibu.. engkaulah ratu hatiku
Bila ku bersedih, engkau hiburkan selalu.

Bismillah.......

Pengakhiran Januari 2017.

Siapa kat sini yang lahir  tanpa ibu? Penipu sangat ehh. Hehe. Dari mana kita semua wujud jika bukan bermula dari rahim seorang ibu. Allahu~

Jangan sesekali derhaka kepada ibu. Siapa yang patut kita hormati. Nabi SAW menjawab tiga kali IBU IBU IBU. Betapa wajib untuk kita taat pada seorang ibu hinggakan redha Allah juga terletak pada redha ibu :( 

Syurga itu cantik, tapi amat payah dimiliki. Kebaikan nampak mudah, namun susah sekali untuk berbuat baik. Pahala itu menawan, tapi susah sungguh untuk mengumpulnya. Kan? Semua orang dambakan syurga, mahu menjadi baik, ingin mengumpul pahala. Disebalik semua itu adanya ujian. Ujian yang harus ditempuhi untuk dapatkan kesemua sekali. Siapa yang gagal akan tersungkur. Yang berjaya akan ke garisan penamat. 







Cerita saya bermula,


Saya tak kenal pun siapa ibu yang bertongkat itu. Umur dalam lingkungan 28 ke atas. Bawa dua orang anak bersama dalam keadaan bertongkat. Anaknya dah pandai berjalan. Keduanya umur mungkin tak jauh beza kut. Dalam 5 tahun dan 8 tahun maybe. Saya mengagak dari ketinggian mereka je. Hihi. Boleh pulak macam tu :((

Suami entah hilang ke mana. Hanya tinggalkan isteri dan anak anak ataupun cari parking kereta. *Husnudzon okay. Berprasangka yang tidak baik pleasee elakkan. 

Yang membuat hati saya tersentuh. Si anak menangis. Anak yang paling tua antara mereka berdua. Saya tak pasti menangis kenapa. Si ibu tidak marah di khalayak ramai. Dalam keadaan bertongkat dia berlalu secara perlahan lahan. Saya pernah jumpa ada ibu yang malukan anak mereka di hadapan umum. Anak buat perangai terus marah marah dan sakitkan mereka. Walaupun masih kecil mereka tetap ada rasa malu. Jangan buat macam tu pleasee para ibu. *Doakan saya tak malukan anak anak dihadapan umum juga.

Saya kagum dengan sikap ibu muda itu yang dalam keadaan sakit, tiada suami disisi. Dia pandai handle kemarahannya. Saya percaya terdetik rasa marah dihati kerana sikap si anak. Tambahan pula dalam keadaan sakit macam tu. Kalau saya di tempat dia entah entah saya dah cubit anak saya. Kan? Nauzubillah. Mintak dijauhkan. Saya nak jadi seorang ibu yang penyayang. *Cewahh. Hehe.

Dalam masa yang sama saya turut kagum dengan sikap si adik yang sangat matang. Si adik ambil selipar abang dia dan pegang dengan sebaiknya. Dibawa ke mana mana. Allah. Baiknya anak anak dia. Si kecil itu tak meragam dan menunjukkan perangai yang begitu matang di saat ibu sedang sakit. Si abang sedang buat perangai. Mungkin inginkan lebih perhatian. 




Allahualam.
Assalamualaikum :) 



Sunday, 29 January 2017

Anak Yatim

Pic from google. Hiasan semata mata. 
*Tiada kena mengena antara yang hidup atau mati.
Tetiba mengarut. Hihi~

Bismillah.
Assalamualaikum...

Bukan saja saja nak cerita pasal anak yatim ni tau. Tapi ini adalah pengalaman hari ni yang membuatkan hati saya terdetik untuk berada di hadapan laptop pada malam ini. *Cewaahh. Hehe. 

Cerita nya bermula begini. Hari ni hari ahad. Saya on duty di sebuah Mall. Baru je lepas siap solat Zohor. Dah balik ke tempat saya duty tu. Saya nampak ramai budak budak beratur. Ada yang pegang lukisan. Yang berada di hadapan sekali dah mula menjawab apa yang disoal oleh seorang budak perempuan tu. Saya hanya memerhati. Terlalu dekat jarak kami. 

Mulanya saya memang  tak perasan yang diorang tu anak yatim. Maklumlah rabun. Memang tak nampak tulisan dekat baju dorang tu. Anak yatim Nur Iman. Saya bajet diorang ni daripada sekolah mana mana and datang Mall untuk buat persembahan ke. Sebab dekat Mall tu memang selalu ada pelajar yang datang untuk pertandingan dan sebagainya. So bukan sesuatu yang pelik ok?

Bila dah tahu yang dorang tu adalah anak yatim hati saya mula terusik. Saya hidup dengan ada adik beradik, yang penting ada ibu bapa. Boleh bermanja. Dan mereka? Hanya sebatang kara. Allahu. Terasa sebak di dada. Betapa tabahnya mereka. Saya cuba letakkan diri saya dekat tempat mereka. Seriously air mata mengalir. Sebab saya tak mampu. Allah jangan uji saya sedemikian rupa. Dengan sebuah kehilangan. Saya takut! 😥

Tabah nya mereka. Boleh bergelak ketawa. Gembira tak terkata bila dapat KFC sorang satu. Baik nya group yang memberi hadiah dan sengaja membuat pertandingan semata untuk hiburkan mereka. *Anak yatim tersebut. :(( Syurga tempat orang yang berbuat baik dengan anak yatim. Sayu melihat mereka. Boleh bayangkan umur lingkungan 7 tahun ke atas telah kehilangan mereka yang amat diperlukan. Tabah dan untungnya kerana Allah memilih mereka diatas ujian yang amat besar ni. 

Sungguh saya tak mampu untuk hidup dengan sebuah kehilangan. Belum hilang, cuma bayangkan saya dah pun menitiskan air mata.

Sebab itu kita disuruh untuk berbuat baik dengan anak yatim. Mereka juga penyumbang kita untuk masuk syurga atau neraka. Mereka yang betul mendidik anak yatim takkan arahkan anak yatim untuk minta derma dan sebagainya. Mereka akan biarkan anak yatim hidup normal seperti kanak kanak yang lain. Hari cuti bawa bercuti. 

Semoga rezeki melimpah untuk rumah anak yatim Nur Iman, Rompin dan rumah anak yatim yang lain. Yang ikhlas menjaga dan mendidik mereka. 

Sayangi mereka :)

Thank You~

Thursday, 26 January 2017

Design Village & Pulau Aman

Assalamualaikum,
Haiii! Bersua lagi kita ya? Sebab malam ni rajin nak sambung yang the last post hari tu. Hihi ~

Nak menaip kena ada mood. Tanpa mood apa pun tak jalan ok!

Okay, hari ni nak story pasai kami jalan jalan melawat Penang. Antara banyak tahun, tahun 2017 tahun paling tak best ke Penang. Why?

Sebab....................................................................................................

Tunggu....... Hehe. Suspen sangat kan~ 😂😍

DESIGN VILLAGE

Kami tak teruja pun nak pergi sini. Sebelum datang design village ni dia janji nak bawak kami pergi Komtar Sky Walk. So, dalam otak dah imaging betapa best nya pergi dekat situ. Dapat naik tingkat 68 and tengok bawah dalam keadaan lantai kaca. Oh my! Boleh bayang tak korang? Kalau tak boleh bayang sila ask uncle google about Sky Walk Komtar ya? Hehe~ Memang rasa teruja.

Namun, keterujaan kami tu habis dekat situ je setelah dia putuskan untuk bawa kami ke Design Village. Okay. Teruja la jugak tapi jadi kurang la sebab dah berimpian nak pergi tempat lain kan. Untuk Design Village ni kami tak google la. Just tanya je si dia apa yang ada. Sebab tak pernah sampai kan. 

So dia cakap tempat tu agak "branded". Tapi..... ada jugak yang murah! Okay yes. Dalam fikiran kami murah harga RM10 kott. Haha. Murah dia RM80 henggett. Nak pengsan den tengok harga. 

Sesiapa yang tak pernah pergi Design Village. Actually design village sesuai untuk anak Dato', Tan Sri kut. Orang macam saya memang tak mampu. Tengok pun tak tertelan ayaq liuq aih. Hehe. Dekat situ memang brand punya barang. Kalau 3 tahun sekali spend untuk barang brand okay la. Tapi kena planning habisan dulu kutt. For me. Hehe. Nak keluarkan sesuatu yang tinggi nilai nya. Of course la nak kena pastikan betul betul kualiti kan. Bukan semua yang brand tu sesuai dengan diri kita. Iya dok? 😇 

* Hush puppies
* Aldo
* Al Ehsan (ada promosi, not bad la harga nya. Sesuai dengan kualiti)

Di atas adalah antara outlet yang ada dekat situ. Banyak lagi sebenarnya tapi macam tak amik kisah sangat sebab memang tak suka pergi dekat tempat yang terlalu tinggi demand curve nya. (Tetiba). Maybe sebab i know i tak mampu kut kan. Hehe~

Tempat dia memang tak berapa best. Sebab korang, kami sendiri memang kena bersejuk, berpanas. Sebab apa? Sebab setiap kedai ada air cond. Bila keluar je dari dalam kedai tu terus je nampak wajah sang matahari. Terpancar terus sinar pada wajah. Haa, gitu kan. Keadaan tu membuatkan kami sakit kepala. Not like a mall. Pavilion ke. Bukan macam tu okay? Jadi jangan imaging lebih lebih. Design village sesuai pergi pada waktu malam. Bukan pada waktu tengahari ke petang. 


Dijual ditengah tengah Design Village. 
So binaan Design Village secara bulatan. 
Tengah tu memang ada tempat untuk ambil gambar, jual air. 
Macam tu la~


First time rasa and beli chatime ni. 
Sebab dekat Kuantan takda. 
Rasa lebih kurang je macam coolblog.
Maybe nama je kutt lain kan. 


Kiri dan kanan adalah outlet.


Haa, cantikkan hiasan dia?
Sempena CNY.
Saya tahun ayam. This year, tahun ayam jugak! Same. Hehe~

Ini antara hiasan untuk beri ketenangan pada pengunjung. Kutt. Hehe.

Comel kan? Ehh dah kenapa tetiba letak gambar ni pulak? 
Haha
Actually, Design Village sediakan keretapi thomas *entah hape hape je kan. 
untuk pusing pusing satu bangunan tu. Memang besar and memenatkan. 
Kalau budak dah nangis tak sempat satu round, 
Kalau warga emas pulak boleh sakit lutut and kesian dorang. Memang tak larat nak jalan.
So bayaran untuk naik ini habiskan satu pusingan adalah RM5. 
Jangan naik tengahari tau. Panas.. Huhu~



Jam 5.30 petang kami dah bertolak dari Design Village ke tempat mana entah untuk naik bot and makan di pulau. Kengkonon. 

Tetapi............... hati penuh dengan agenda. Hatimu, hanya kamu yang tahu. Right?

Sampai tempat Pulau tu. Pulau Aman kut. Kalau tak silap. Bot dah tak jalan dah. So kami tak boleh la menuju ke Pulau tu and menikmati makanan yang enak. *cewahhhh. Hehe.

Kitaorang just ambil gambar je sementara tunggu nak gerak pergi RNR Sungai Dua untuk mandi, solat.

Haa, nilah dia. Nampak tak jambatan Pulau Pinang yang panjang tu?

Depan tu jeti. Ikutkan kami naik bot dekat situ untuk pergi ke Pulau Aman.

Team marketing. 
Yang baju petak dekat sebelah tu termasuk tanpa sengaja. Hehe~

On the way dari tempat jeti nak pergi ke tempat parking.
MasyaAllah bukitnya terasa lelah pulak.
Ada monyet pulak tu.
Ingatkan dekat TC je banyak monyet terbiar 😂😓


Pulau Aman dekat belakang tu. Tempat tu la yang kami nak pergi.
Tapi tak kesampaian :(
Aksi ni inspirasi dalam facebook THR Gegar. Haha~

Biasa biasa je okay!

On the way pergi Design Village.
Seronok sangat orang tu tiduq. 


Tak perasan gambar diambil. Hee~
Haa, dekat Pulau Aman tu siap boleh bermalam lagi dekat sana tau.
RM40 satu malam. Not bad. Will try!

Okay! Ini je kisah kami. Lepas tu kami pergi ke RNR Sungai Dua untuk mandi and solat. Siap siap then pergi makan malam. Kemudian berhenti dekat petrol station untuk beli makanan, air. Untuk naik bas balik Kuantan. Yeayyy~

Baiii
Till meet again yoyyy

*i'm sorry if ada yang tidak suka dengan penulisan saya. 
Saya menulis sekadar memenuhi keperluan hobi yang suka menulis :)

Assalamualaikum :)😉






Tuesday, 24 January 2017

Annual Dinner Day 3

As a promised... 

Day 3 annual dinner. On 21 January 2017.

Sebenarnya annual dinner berlangsung pada malam 20.1.2017 je. Cuma saya lebih suka buat day one until day three. Sekurangnya untuk akan datang saya ingat apa yang berlaku. Hehe~

Untuk day 3 kami masuk ofis jam 10.00 pagi. Sekaligus check in hotel. Sebab malam tu kami akan bertolak balik ke kuantan dah. 

Kenapa 10 pagi.? Sebab malam tadi kami dinner sampai jam 12.00 am. Hehe!

Okay lah. Boleh bangun lewat sikit kan. Itu pun kalau kira tak cukup rehat. Muehehee. 


Dalam bilik hotel. Before check out.


Haa, telur separuh masak yang tak boleh dilupakan okay'ss!
5 bijikk pagi tu saja. Tapi memang tak ambil sarapan lain dah ya.
Saya memang hantu teluqq. 😋


Bukti!

Geng sarapan pagi. 
Actually gambar gurls hilang! Oh my!

Haa, ini diaa. Terliuq punya pasai saya makan telur banyak bijik sangat.
Dia pun angkut jugak. Hihi~ 
5 bijik jugak kutt. Tapi dah amik sarapan lain tau sebelum tuu.

Cari luggage tak jumpa.
Rupanya pekerja hotel tu letak atas ni.
Saya pun tolak keluar jelah. 
Sempat la posing. 😆

Ni salah sorang pekerja Ixora Hotel. 😋
Haippp. Tipu je. Haha~

Van kami dekat depan ni je. Dah nak gerak pergi ofis. 
Sempat lagi posing. 
Saya kamera womenn okay?

Sebelum balik wajib untuk makan char kuew teaw dekat sungai dua. Tapi lately ni macam dah tak sesedap dulu. Tapi boleh la recommend kan lagi. Hehe~ 

Kali ni dua bijik telur lagi. Satu yang ofismate  (Haffiz) bagi. Change dengan prawn. Hehe~


Suasana kedai

Meriah sangat!

Abang Hamdan yang pro bawak kami ke sana ke mari.
Thanks to youu!

Haa nilah wajah dia.
Char kuew teaw Sungai Duoss

Site manager? Oh noo~
Hehe


Jam 9.45 kami naik bas consertium untuk balik ke Kuantan. Yeayy. Ready untuk balik. Tak sabar nak tengok wajah kuantan, family, rumah, bilik and semua lah! Hehe

Tapi.. tapi...

Perancangan Allah Maha Hebat.

Tiga jam kami dekat Bukit Merah gara gara ada accident dekat dalam terowong. Nauzubillah. Syukur jugak Allah lindungi perjalanan kami dalam hujan lebat.

Consertium pulak bawak bas memang laju. Tambahan diorang dah membazir masa dalam tiga jam. Terkandas dekat Bukit Merah tu. Tidur dalam bas memang tak nyenyak. Saya memang tak syorkan bas consertium. Boss kecik je yang suka sangat bas ni :( 


The end.
Day 1 until Day 3.

Apa yang kami buat pada day 3 sementara tunggu bas malam. Ada dekat dalam travelogue okay? will be continue. 

Till meet again,
Assalamualaikum 💝

Monday, 23 January 2017

Annual Dinner Day 2

20 January 2017 (Friday)

Bangun pagi
Gosok gigi
Cuci muka terus mandi..

Bismillah, Assalamualaikum :)

Yang di atas adalah rutin harian okay'ss. Hehe. 

Okay, pada 20.1.2017 kami berada di Ixora Hotel. Pagi ni kami kena masuk ofis. Wajib! Bukan harus dah. Pagi tu kami semua turun sarapan dulu. Sarapan dekat Ixora Hotel. Makanan ya ampun memang fail la dengan tekak saya yang tulen malay ni. Haisshhh. Kerana usus kutelankan jua lah ya!

Nasib baik ada telur rebus separuh masak yang gebas gebus tu. Sedap banget. *dah memang feveret sebenarnya. Hihi's


Sempat bergambar dengan akak gojes dekat depan HQ. 
Hehe~
Thanks too camerawomen si shomel Puteri :)

Kami masuk ofis jam 8.50 am. 8.30 am macam dah terpacak dekat depan ofis. Biasa lah teruja lebih. *Padahal boss kecik yang bagi arahan suruh sampai awal. Huh.

Jam 9.00 kot kami masuk meeting. Memang every morning dekat HQ or branch ada briefing. Untuk share pape report je. Report semalam. Apa yang terjadi. Document apa in out. Macam tu la. 

Lepas habis meeting kami tak ada buat apa dah sampai lah jam 12.00 pm meeting balik. Committee meeting dengan bos kedua besar. Hehe~ 

Jam 12 lebih lebih kami dah gerak balik hotel. Belum balik hotel la. Pergi food court dulu untuk lunchion. Then baru balik hotel.

Perkara tak boleh lupa ialah balik hotel naik Mercedez benz okay? My first time. Jakon jap. Muehehee.


20 January 2017

Dah naik mercedez benz tu rasa macam aikk dah sampai hotel ke? Sekejap nyaa. Hehe.
Naik hotel of course laa sambung tidur sebab penat plus mengantok tu macam masih terasa lagi. 

Jam 3.30 petang dah bangun and siap siap untuk attend dinner. 

Dinner start jam 6.30. Tapi 4.30 dah kena masuk dewan untuk register lucky draw and so on. Saya pulak as a committee kena la turun awal. Huhui. Bertugas untuk clap the hand je pun. Poyo's sangat. Hehe.

Okay. Dah siap!. Terpaksaa selfie dalam bilik air. 
Sebab picture ni nak bagi pada kakak.
Sempena dia dan mak jahit baju special ni untuk dinner.
Beria google konon fesyen sangat kan. 😉




Take turn snap picture. Huhuiss. 
Time ni beratur nak ambil tag nama :)

Ini je yang ada untuk Branch Kuantan. Hehe
Racun dan penawar okay's



Branch Puchong. Ini je yang tinggal.
Lagi sorang maternity leave.

Sekitar majlis




Haa, ini lah tugas saya.
Pastikan semua orang tepuk tangan :)


Sekitar majlis. 
Time ni tengah persembahan kutt..




Actually meja saya 40. Tapi saya move ke 38.
Takda geng. Hehe~

Macam biasa. Apa yang berasal dari coklat tu memang makanan saya la kan.
Hehe. Kek coklat tu sedap sangat. Kaya dengan coklat. Basah basah je coklat dia.
Yummy yummy!

Mushroom soup! Alaa ala soup pizza.
Tapi rupanya ini best lagi.
Mangkuk yang ketiga.
Oppsss 😜

Aiskrim vanila.
Macam malu malu sangat nak amik. Budak budak yang yang ramai amik.
Tapi sebab perut meminta. Terpaksa la turutkan kemahuan dia. Haha~

One for Epic Valley :)
Haa ni lah owner Epic Vallley.
Tan Sri Fng Ah Seng. Banyak sangat pangkat dia. Lupa. :(


Puan Sri yang ada shawl pink tu melingkar tu. Isteri kepada Owner Epic Valley.
Ms Cheah Managing of director department Marketing. :)

Penutup Annual Dinner

Pengutip belon yang tegar.
Ballon dia oh my buat saya jadi more crazyyy :((

Okay'ss. Ini aje ya?
Ada lagi untuk next day.

To be continuee : Day 3.

Daaa, Assalamualaikum 😐😘😍