Alhamdulillah saya dah pun start working at office.
*No more drama korea 24 hours
*No more trying new recipe everyday (Terhad sikit since kerja)
Seminggu yang lepas saya ada cuba buat ikan bawal hitam masak kari. Terasa nak makan sebab dulu masa kat Kedah 1st time saya makan kari bawal hitam dan sedappp sangat. So teringin nak mencuba and its work.
Pinjam pak cik google kejap
So, resepi seperti di bawah:
- Seekor ikan bawal (potong 3)
- 1 paket serbuk kari ikan
- Air asam jawa
- Bawang merah & bawang putih dimayang halus halus
- Daun kari
- Halba campur (sikit)
- Bendi
- Tomato
- Cili padi hijau dan merah belah dua bahagian hujung
- Minyak masak
***Kalau tomato bendi takde its okay. Kadang kadang tak terniat nak masak kari dan tiba tiba je nak buat then ada bahan yang tak cukup macam bendi dan tomato. Tak letak pun takpe.
Caranya:
- Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah, halba campur serta daun kari hingga naik bau.
- Masukkan serbuk kari. Nak jadikan pes terlebih dahulu pun boleh. Macam saya masukkan macam tu je kemudian tambah sikit air then kacau kacau dalam kuali bagi sebati dengan bahan tumis tadi sekaligus tak berketul.
- Kemudian, masukkan air asam jawa. Saya masukkan sekali dengan biji asam jawa :)
- Masukkan garam, ajinomoto dan gula kalau suka manis.
- Masukkan cili padi dan bendi.
- Tomato masukkan last sekali agak agak dah nak angkat dari dapur
Dan rasanya... best sangattt!
Resepi from https://saji.my/resepi-ikan-bawal/ (Thank You for the best and easy recipe)
Thanks for reading dan selamat mencuba!
Daaa
❤
No comments:
Post a Comment