Pages

Wednesday 22 April 2020

Cooking Baking during MCO :)

Assalamualaikum and hai semua :)

Since MCO still on rasa rajin pulak nak menaip plus I have a lot of time nak ber blog. Macam biasa, lately ni posting mesti berkaitan dengan cooks. Sebab tu je aktiviti yang ada selepas layan netflix etc.

Today I will share some recipes yang saya dah try and error. okay?! 😍

Let's go...

1- Choc Moist Cake
(First bake yang saya buat kut) (BABY ABG COMEL) *By Mus tiba2 dia menambah haha!

Untuk moist cake ada beberapa bahan yang diperlukan tapi cukup mudah. Saya memang akan buat kek yang sedap dan guna bahan yang mudah2 aje ok.

Perlu ada:
Bahan 1
-Serbuk koko (1 cawan)
-Susu cair (1 cawan)
-Susu pekat (1/2 cawan) *Kalau nak lagi lagi manis boleh lebihkan. Kalau nak kurang manis boleh kurangkan dari 1/2. Ini pun dah dikira manis.
-Minyak masak (1 cawan)
-Gula halus (Guna gula biasa dan blend je) (1 cawan)
**Campur semua bahan dan masak sehingga larut. 

Bahan 2
-1 cawan tepung gandum
-1 sudu teh soda bikarbonat
-1 sudu teh baking powder
**Satukan semua dan ayak

Bahan 3
-3 biji telur
-1 sudu teh esen vanilla
**Campurkan dan blend sampai putih

-Campurkan semua bahan 1-3 kacaukan atau guna pemukul sehingga tiada ketulan tepung.
-Panaskan periuk kukusan dan masukkan semua campuran tadi dalam loyang.
-Kukus sehingga 15-20 minit. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.

Topping 
-Serbuk koko (1 cawan)
-Susu cair (1/2 cawan)
-Susu pekat (1 cawan)
-Minyak masak (1 cawan)
*Masak sampai larut atau boleh masak guna teknik double boiler. Masak hingga larut dan tidak berketul.

Dah masak bagi suam sikit then boleh tuangkan ke atas kek tadi. Bau pun dah kecur liur. Nak lagi sedap boleh tabur coklat rice atau coklat chips!

Kemudian masukkan dalam peti ais dan boleh makan dengan mango ais.

Yummy!!!

Credit too:
Moist Cake Recipe

Gambar pinjam pak cik google. Tak sempat nak ambil gambar sendiri
sebab masak tengok resepi dekat fon. Masa tu kena fokus kan tengah
belajar mana boleh main2. Haha!

2- Segala jenis MEE
Try hard sediakan breakfast. (Masa kerja memang breakfast kat luar je)
--Mee Hoon Goreng
--Mee goreng (Kuning)
--Kuey Tiaw Goreng
***Ketiga jenis mee ni memang kena ada stok kat rumah. Kalau tak makan breakfast pun akan buat tengah malam waktu layan HBO FOX etc tuu. Harap selepas PKP dah jemu kut dengan ketiga spesis ni ha ha. 

Untuk ketiga ni saya guna cara yang lebih kurang sama je. Janji ada rasa, kan. 
  • Mee Hoon Goreng
Tak tahu orang lain macam mana tapi saya suka makan bihun yang dicencang halus2 lumat macam tu. So perkara pertama yang akan saya buat rendam dulu bihun dalam air panas. Bila dah lembek saya gunting kecil2. Boleh gunting dalam besen tu je. Nanti dalam kuali cincang lagi. 

Kedua, sediakan bahan. 
*Like a sayur (sawi, tauge, lobak merah) isi ayam, daging, telur (berapa biji depends) Tak nak letak pun takpe. Letak je pape yang kita makan dan suka instict of membazir. Kan?!

Dah tersedia semua, boleh sediakan bahan untuk menumis.
-Bawang dan cili yang dikisar (Setiap rumah selalunya dah buat siap2) Kalau nak masak baru kisar pun its okay. Cuma ambil masa sikit je. Tumis sampai naik bau. Agak dah masak,
-Masukkan isi ayam daging sotong etc yang korang nak masukkan dan susah nak masak. 
-Masukkan lobak juga dan goreng sampai lobak lembut. Kalau tak maybe ada yang tercabut gigi nanti. 
-Dah masak semua bahan tu pecahkan telur. Oh sambil tu dah boleh masukkan sos tomato sos cili kicap(manis, masin atau lemak manis tak kesah). Kalau guna kicap masin boleh masukkan banyak gula sikit nanti sebab maybe kicap manis dah habis tak sempat keluar beli ke. Kan?
-Saya suka manis sikit tapi tak manis sangat so untuk sebungkus bihun saya akan masukkan dua sudu gula. 
-Garam sikit. Secukup rasa.
-Dah masukkan kesemua tu dah boleh masukkan bihun. Goreng sampai sebati dengan tumisan tadi. *Betulkan, tumisan? Haha!
-Dah agak2 nak masak boleh masukkan tauge. Tauge ni masuk last ok sebab cepat masak. 

Ok done sedia untuk dinikmati :)

  • Untuk mee goreng dan kuey tiaw pun gunakan bahan yang sama atau kalau tak cukup bahan boleh try and error ok janji menjadi dan sedap untuk dimakan. Ha ha! Macam mee goreng saya tak masukkan telur sebab suka makan basah2. Kuey tiaw saya letak telur. Bahan lain semua sama. Kalau ada daun kucai boleh tambah dalam mee. 
Note: Kepada yang suka manis atau masin atau tawar
  • Bihun boleh letak garam dan gula lebih
  • Mee kuning boleh kurangkan garam sebab mee kuning tu dah masin. Boleh letak gula lebih sebab memang sedap makan manis2 panas dan basah. Addinitional notes: Saya guna sos tiram juga goreng mee kuning.
  • Kuey teaw boleh lebihkan garam dan gula. Kuey tiaw ni tawar tau! So boleh lebihkan keduanya.
Sorry pinjam gambar google je. Tak terfikir dan terasa nak update blog. Tetiba je ni. Seronok share pengalaman PKP. Rasa macam obses masak2 ni. Thanks Mus sebab always support 👍 I am glad sebab Mus reti masak so kalau macam confius sikit pernah jugak tanya dia nak letak apa nak buat macam mana ha ha! 

***Fasa belajar

Mee goreng basah. Kalau nak buat mee goreng mamak boleh keringkan lagi 
dan masukkan telur.

Bihun saya, akan cincang lebih halus lagi. Maybe next time
kena snap picture.

Kuey tiaw saya lebih kering dan agak pedas dan takde udang

See... dah pro kan memasak. (Poyo's)

3) Sotong masak merah

Pinjam pak cik google lagi...

-Macam biasa, tumiskan dulu bawang dan cili kering yang dah dikisar. Saya suka pedas jadi saya akan letak banyak2. Then boleh tumis sampai naik bau. Oh lupa nak cakap. Sotong tu saya suka potong lagi kecil ha ha! Sekecil yang boleh. 

-Masukkan sos tomato dan sos cili

-Masukkan kicap juga nak bagi nampak merah pekat sikit. Letak sikit je.

-Masukkan gula garam. Garam tu sikit pun takpe sebab nanti masin sangat. 

-Masukkan sotong then tunggu sampai masak. Kalau nak kuah lebih boleh letak air sikit. Saya suka buat kering dan pekat :)

4) Sambal udang 
(Mus mengidam nak makan sambal udang. BTW seorang Anisah dah lama pencen makan udang. Ada history 😇)

Untuk sambal udang saya guna resepi Azie Kitchen. Kejap lagi saya share link ok. 

  • Kena ada udang. Ha ha
  • Air asam jawa (Secukupnya aje) 
  • Garam gula
  • Bawang2 yang dah dikisar dan cili kering pedas yang dikisar
*Ada bahan yang azie gunakan tapi saya tak guna. Saya ada buat tambahan lain. 
  • Lada besar
  • Tomato (sebiji)
  • Lada jarum (Boleh letak banyak kalau nak lagi pedas) Lebih 10 lada jarum ok. 
***Kisar semua bahan di atas.

-Tumis macam biasa (Bawang dan cili kering) sampai naik bau
-Saya masukkan bahan tambahan tadi sebab nak bagi pedas lagi (Memang sedap haha)
-Dah naik bau masukkan udang
-Boleh masukkan sedikit garam aji no moto dan gula.
***Untuk gula saya pakai gula perang. Nak bagi warna sambal udang tu nampak lagi cantik. 

Google by Azie Kitchen

Resepi by Azie

This is the link:

By the way additional bahan yang saya gunakan tu sebenarnya saya buat untuk cicah dengan ayam goreng salut tepung. Ada lebih dan tak nak membazir since memang nak sambal udang tu lagi pedas so cubalah tambahkan. And Mus komen "super sedap". Lepas ni boleh buat lagilah. 

Siapa yang belum cuba boleh try. Kalau nak buat nanti tambahkan gula sikit. Saya suka manis jadi saya letak gula banyak sikit. Kalau tak suka pedas boleh kurangkan lada jarum ok. 

Ayam cemni. Kredit to google
Sedap kalau cicah dengan pencicah yang saya buat tu ok (perasan kejap)
Duduk depan tv atau laptop pulak.
Ummmppppphhhh!

5- Daging masak black pepper

Daging masak black pepper

Yang ni saya mengidam nak makan. So belilah daging.
1- Potong kecik2. Memang suka potong segala bahan kecil2 sebab nampak comel je. 😋
2- Rebus dulu daging. Kalau tak nak rebus pun takpe cuma masa masak nanti kena lagi lamalah. Kalau tak mungkin dengan gusi sekali hilang. Ha! Tak tahulah. Don't blame me ok. 
3- Bila daging dah lembut (rasalah atau agak2 buat pandai macam saya) haha. Jenis tak suka nak rasa2 atau Mus lah yang jadi mangsa rasa masakan saya sebelum jamu. 
4- Settle daging dah lembut, jangan buang air rebusan daging tadi. Nanti nak guna. So biarkan aje kat sebelah tu. 
5- Sediakan:
  • Kentang (Potong halus2. Nak potong besar pun takde masalah. Ikut kreativiti sendiri)
  • Bahan nak blend:
  1. 1 biji bawang besar. 
  2. 4 ulas bawang putih. 
  3. 1 inci halia *ambil sikit je ikut hati. 
  4. 2 sudu makan lada hitam (Blend semua ni sampai hancur) ***Baru ni saya buat takde halia tak jumpa cari haha.
  • Dah siap blend 1-4 gaulkan dengan daging bagi rata semua. 
  • Panaskan sedikit minyak pastu masukkan daging yang dah digaul dengan bahan2 tadi.
  • Masukkan cili sos, sos tiram dan kicap dalam kuali. 
  • Masukkan kentang yang dah dipotong tadi
  • Then boleh masukkan aji no mo to, garam, gula ikut rasa sendiri. 
  • Kacau2 sampailah kentang agak masak. Daging memang dah sedia lembut sebab dah rebus. Kalau tak rebus boleh tunggu sampai daging dan kentang lembut. 
  • Air daging yang belum buang tadi boleh tuang sikit dalam daging yang tengah dalam kuali tu. Bagi rasa daging dan kalau nak kuah boleh letak lebih. Saya suka buat pekat dan kurang kuah. Terpulang kat diri masing2 nak macam mana. 
Untuk daging masak black pepper saya guna resepi dari SAJI.MY. Link kat bawah.


6- Kebab makan sambil tengok TV

Baru ada kesedaran dan kerajinan nak abadikan dalam blog kut!
Picture by self

Nak makan lepas anak tekak tu kira sedap jelah 😁 

1- Wajib ada roti. Roti pita dah cari merata pasaraya tapi tak ada. Nak pergi kedai roti tak lepas. So pakai roti keping je. **Nasib baik banyak stok kat pasaraya TMG.
2- Daging burger RAMLEE. *Betulkan eja macam ni? Beli satu je dah cukup. Kalau famili lebih 15 orang atau jenis makan 6 keping sorang kena beli lebih satu ok! 
3- Timun batang. **Kalau suka nak letak tomato lobak boleh beli. Saya pakai timun batang je. **Ikut kreativiti masing2 ok?
4- Mayonis
5- Sos cili
6- Caranya:
  • Mula2 blend daging burger. Kalau tak nak blend boleh je penyet masa dalam kuali tu. Saya blend.
  • Potong timun dan segala yang nak letak dalam daging tu, potong kecik2 atau ikut macam mana. Sebelum nak panaskan kuali pastikan bahan2 ni semua dah ready ok. 
  • Panaskan kuali. Letak majerin. Sikit je. Sikit yang sangat2 sikit sebab daging ni dia ada air dia sendiri. Secubit pun ok lah kut. 
  • Dah panas kuali masukkan daging burger. Goreng2. Kalau bahan tadi ada lobak boleh masukkan sekali. Lobak lambat lembut. Daging burger yang belum di blend boleh penyet2kan. Yang dah sedia blend boleh goreng2 dalam kuali tu. 
  • Masukkan sos cili dan mayonis. Banyak mana ikut suka hati. 
  • Last sekali bila dah nak masak tu boleh masukkan timun batang dan tomato atau bahan yang mudah masak. Goreng2 sikit masak dah boleh angkat. 
  • Pastu dah boleh makan dengan roti keping tadi. 
  • Roti keping tu saya sapu marjerin dan bakar dulu tau. Makan panas2 sedap.
  • Boleh tambah mayonis dan sos lagi dalam roti tu.
Yummy! Janji rasa kebab ok lah kan?! Haha~

Pinjam google je. 
Yang kita punya atas roti keping dan kita tak lipat dan tak tindan dengan roti kedua.
Letak atas roti letak sikit mayonis dan sos pastu makan. 
Sedapppp~

7- Puding Milo Oreo 

(Gambar sendiri pastu tak reti ambil gambar lah pulak)

Dulu2 dah pernah cuba kali ni buat lain sikit. 

- Blend biskut oreo atau pun boleh tumbuk2 bagi hancur. **Blend cepat sikit la hehe.
- Masak agar2 satu bungkus. Saya guna agar2 tali so agak2 je air banyak mana. 
- Bila agar2 dah hancus masukkan gula. Pun agak2 jugak ikut keadaan air korang banyak mana. Hihi. Tak sampai secawan saya letak sebab milo dah manis.
- Gula dah larut masukkan satu tin susu cair.
- Masukkan milo. Tak sampai secawan. Nak pekat boleh letak banyak lagi. Secawan ok kut.
- Masukkan oreo yang dah blend tadi.
- Kacau2 sikit pastu masukkan dalam bekas. Sejukkan boleh masuk peti. 
- Sedia untuk makan yeayy
**Untuk malam ni dah habis separuh. (20/04/2020)

8- Kek Batik

Kek batik ni paling feveret sejak dulu
Tapi dulu2 **masa muda belia pernah la try buat haha pastu tak jadi
Dulu mungkin aura masak takde kut.

  1. Satu paket milo paket paling kecil. Kalau dah sedia ada milo kat rumah guna 3 cawan milo. Macam saya pun memang stok milo paket besar.
  2. Satu paket biskut marie. ***Yang ni paling sedih. Hampir semua pasaraya kat Kuantan out of stock biskut marie. Last2 beli kat kedai runcit. Tu pun dah hampir putus asa nak pergi cari kat kedai haha. Nasib baik ada rezeki.
  3. Satu ketul butter saiz 250 gram. Kalau boleh beli pure butter rasa dia akan lagi sedap. Tapi kalau nak guna yang biasa2 pun ok je.
  4. Satu sudu besar esen vanilla
  5. Serbuk koko suku cawan
  6. Susu pekat manis suku daripada tin (Kalau nak manis lagi boleh letak lebih. Tapi better tak yah sebab milo tu nanti dah manis)
  7. Secubit garam
Caranya:
  • Cairkan butter terlebih dahulu ke dalam periuk dengan api yang perlahan
  • Bila butter dah cair sepenuhnya boleh masukkan milo, serbuk koko, esen vanila dan susu pekat kacau bagi sebati semua. *satukan rasa.
  • Dah sebati semua boleh masukkan secubit garam. Sikit je. Kalau tak nak isi pun takpe.
  • Next masukkan biskut marie yang dah dipatah riukkan tadi
  • Kacau2 sampai sebati semua. 
  • Kalau perlu boleh simpan sikit adunan tadi untuk sapukan bahagian paling atas. Kalau rasa tak perlu pun takpe. Macam saya tak buat pun. Rasa macam adunan tadi dah terlalu lebih dari biskut. Baru ummmppphhh :)
  • Padat2 kan di dalam bekas. Bagi dia ketat.
  • Sebelum masukkan dalam peti saya letak kat atas meja dulu *bawah saji. Lepas setengah ke satu jam baru masukkan bekas dalam peti. 
  • Sejukkan semalaman oklah pastu potong. 
  • Ready untuk makan (Yummy!)
Note:
1-Kepada sesiapa yang baru nak cuba jangan gelabah bila adunan tu pekat likat sangat. Nak kacau biskut pun agak berat. It's okay. Teruskan usaha. Jangan pepandai nak tambah air ke apa ke... Kalau nak tambah sikit takpe. Tapi kalau nak tambah air sebab dia pekat tak perlu ok.

2-Kalau nak bagi biskut tu lembut dan tak rangup cuba peram kek batik tu lebih dua hari. Makan hari ketiga dan seterusnya. Memang makin sedap. (Rasanyalah based on eksperimen kek batik sendiri haha!)

Link untuk dirujuk:

Alhamdulillah for 8 recipes yang gigih saya share semula dan beri link untuk setiap resepi yang saya guna. 

Setiap resepi ada yang saya ubah dan ada tambah ikut citarasa sendiri. *And Alhamdulillah its work. Try and error. 

Good luck to those yang nak cuba.

Kepada yang baru nak berjinak2 dalam masakan semoga korang dapat support *baru seronok. Pastu cuba yang mudah2 je dulu ok. 

Semoga kita jumpa lagi for next entry. InsyaAllah.

Selamat Berpuasa
Selamat Bersahur
Selamat Bertarawih :)





















Saturday 11 April 2020

Restriction of Movement Order

Assalamualaikum dan hai semua!

Musim-musim kena duduk rumah ni macam rajin pulak nak tulis blog. Tapi malam ni baru rajin (PKP Tahap II). Rasa macam nak share apa yang saya buat kat rumah sepanjang tempoh duduk rumah tapi macam takde yang menarik tapi bolehlah.

First thing dah duduk rumah bolehlah merasa jadi fully "housewife" haha! Nak rasa sangatkan. Tak susah sangat tapi kadang2 penat juga tapi seronok. (Banyak tapi!)



Eee pastukan rajin sangat cari resepi2 mudah dan buat. Antara yang dah buat:

1) Kek milo
2) Agar-agar milo
3) Kek kukus koko

*Saya suka buat makanan yang boleh tahan lama. Boleh buat banyak pastu simpan je dalam peti ais. Tengah2 malam boleh makan buat tambah lemak. Konon nak gemukkan suami sekali diri sendiri gain weight. (Padan muka!)

*Semua berasaskan milo dan koko sebab itu je feveret. Yang lain kurang. Satu lagi saya akan buat bila rasa senang dan mudah. Yang jenis cerewet nak macam2 ni macam malas sikit haha!

Second dah improve sikitlah memasak kan. Sebab hari2 masak. Sebelum ni masa agak terhad sikit. Boleh kira dengan jari berapa kali masak. Seminggu sekali kut itu pun kalau hujung minggu tak kerja. Alhamdulillah skill memasak dah boleh kalahkan Chef Wan kali ni 😉 (Everyone can cook).

Bagi saya kerja isteri2 ni sama je yang beza cara bahagikan masa. Bila isteri bekerja masa untuk buat kerja2 rumah agak terhad banding dengan isteri yang duduk rumah. Well, saya respect isteri yang jadi full time wife ni. Saya duduk rumah musim PKP ni dapat rasakan tak menang tangan. Baru masak breakfast dah kena masak lunch. Pastu malam. Then repeat.

Selain belajar masak mestilah habiskan masa tengok netflix. (Sampai dah jemu layan neflix) pastu sambung tengok astro pulak. HBO FOX and etc. Hari2 cerita best!


Then... pastu buat apa lagi eh?! Haa! Just enjoy writing new cerpen. Dah release dekat blog. Thanks pada yang baca dan berikan komen murni. Tak sedap tu biasa sebab dah lama tinggal dunia karang cerpen/novel. 

Itu jelah dari saya. Lastly please stay at home. Selamat Berpuasa. Selamat Berterawih. Selamat Hari Raya. 

Semoga semua baik2 saja :)

Till then. 

Bai 💝

Psst....
Selepas 3 hari baru siap taip. Mula tulis waktu malam 💁