Pages

Saturday 11 April 2020

Restriction of Movement Order

Assalamualaikum dan hai semua!

Musim-musim kena duduk rumah ni macam rajin pulak nak tulis blog. Tapi malam ni baru rajin (PKP Tahap II). Rasa macam nak share apa yang saya buat kat rumah sepanjang tempoh duduk rumah tapi macam takde yang menarik tapi bolehlah.

First thing dah duduk rumah bolehlah merasa jadi fully "housewife" haha! Nak rasa sangatkan. Tak susah sangat tapi kadang2 penat juga tapi seronok. (Banyak tapi!)



Eee pastukan rajin sangat cari resepi2 mudah dan buat. Antara yang dah buat:

1) Kek milo
2) Agar-agar milo
3) Kek kukus koko

*Saya suka buat makanan yang boleh tahan lama. Boleh buat banyak pastu simpan je dalam peti ais. Tengah2 malam boleh makan buat tambah lemak. Konon nak gemukkan suami sekali diri sendiri gain weight. (Padan muka!)

*Semua berasaskan milo dan koko sebab itu je feveret. Yang lain kurang. Satu lagi saya akan buat bila rasa senang dan mudah. Yang jenis cerewet nak macam2 ni macam malas sikit haha!

Second dah improve sikitlah memasak kan. Sebab hari2 masak. Sebelum ni masa agak terhad sikit. Boleh kira dengan jari berapa kali masak. Seminggu sekali kut itu pun kalau hujung minggu tak kerja. Alhamdulillah skill memasak dah boleh kalahkan Chef Wan kali ni 😉 (Everyone can cook).

Bagi saya kerja isteri2 ni sama je yang beza cara bahagikan masa. Bila isteri bekerja masa untuk buat kerja2 rumah agak terhad banding dengan isteri yang duduk rumah. Well, saya respect isteri yang jadi full time wife ni. Saya duduk rumah musim PKP ni dapat rasakan tak menang tangan. Baru masak breakfast dah kena masak lunch. Pastu malam. Then repeat.

Selain belajar masak mestilah habiskan masa tengok netflix. (Sampai dah jemu layan neflix) pastu sambung tengok astro pulak. HBO FOX and etc. Hari2 cerita best!


Then... pastu buat apa lagi eh?! Haa! Just enjoy writing new cerpen. Dah release dekat blog. Thanks pada yang baca dan berikan komen murni. Tak sedap tu biasa sebab dah lama tinggal dunia karang cerpen/novel. 

Itu jelah dari saya. Lastly please stay at home. Selamat Berpuasa. Selamat Berterawih. Selamat Hari Raya. 

Semoga semua baik2 saja :)

Till then. 

Bai 💝

Psst....
Selepas 3 hari baru siap taip. Mula tulis waktu malam 💁 

No comments: