Pages

Sunday, 30 April 2017

Nu Teen

Assalamualaikum...


Tadaaa, aaaaaa..

Korang yang suka window shopping tu mesti akan kenal hampir semua produk yang terjual dekat dalam Watson, Guardian, Farmasi. Kan? Same wif mee. Hehe. Dann mesti jugak semua yang berkaitan dengan perawatan kulit muka rasa nak cuba kan? Nak2 yang ada masalah kulit. Berjerawat, black head, white head, parut. Semua laa. Dah nama punn perempuan. Janji duit setebal niat yang menggunung lol.

So far memang banyak sangat produk yang nak di review kan. Semua nak cuba tapi hangat3 tahi ayam jela. Lastly stop macam tu je sebab dah curanggg dengan produk lain. Pantang pencuci muka habis dulu mula la nak curangg kan? Without think apa perasaan krim, toner and so onn. Haha~ 

Okay, lets start. Two months ago, seorang Anisah jalan3 dekat Guardian then sangkut dengan Nu Teen ni. Macam biasa. Saya akan try dengan pencuci muka ja dulu. Takdela tamak2 nak beli sekaligus terus. Satu lagi bab nak tenyeh krim tu memang pemalas sikit. 😓 memang mengaku. Hiksss. 

Harga satu pencuci muka ni takdala mahai mana pun. Tapi kalau time pokai tu toksah la dok beli. Kesian pulak nanti nak makan kena ikat perut. Dah kena gastrik. Hihi. RM10 ++ cenggitu laa. 



Hasil pencarian uncle google. 
Warna hijau tu menawan, Tenang je kan?
Sebab tu terpikat hati nak beli. Hihi.

First time pakai cleanser Nu Teen ni serious best. Bau dia pulak memang superbb. Selepas guna kulit muka jadi lembut je. Soft gituu. Okay, so saya dalam kategori dah tertambat hati la kan? Bila dah berkenan tu rasa nak kumpul la semua adik beradik dia dekat rumah ni. Hihihhh. 

Saya punn beli la. Takdala semua. My style akan beli satu dua je tiap bulan. Tengok mana lagi penting. Contohnya lepas bersih muka mesti nak kena pakai toner kan? Toner untuk cuci muka kita. Setengah toner merawat dalaman kulit lagi. So saya beli toner dengan krim. Krim nu teen ni dalam botol. Memang takkan berjangkit segala mak nenek kuman la. Dijamin selamat. Hihih~ 😕

Tak pakai lama pun. Namun masa pakai Nu Teen produk ni memang takda masalah pape. Cuma hati terkenan pada NW memandangkan saya ada masalah kulit. So promoter cakap NW dewasa tu okay. Banyak kandungan vitamin and nano. Saya pun memang dah survey lama jugak tapi takut nak try sebab masa guna NWF tu tak ok. Risau jadi the same things je. So biar dulu la kan. Bila dah ada confident, tukar lagi. Lagipun nu teen ni untuk remaja belasan tahun kut. Haha. Produk nu teen ni best okay. 

Krim Nu Teen with SPF25 lagi tuu. Okay la kan?
Bila pakai pun best. Tenyeh ja dekat muka sampai meresap ke dalam.
Memang tak melekit macam krim lain.
Boleh pakai dekat tangan jugak kutt. Sapu jela. Haha. 😓😂😃
*maaf. Gambar toner follow packaging yang saya guna tu
takda dalam google. Toner nu teen sama macam krim di atas ni jugak. 
Warna botol jernih. Dah nama pun toner ok?





Anak beranak Nu Teen. 
If saya guna sampai habis and ambil sikit masa sebelum curang.
Boleh nampak kesan kutt. Hehe.
Pada saya sesuatu produk tu ok bila dap je dekat kulit muka yang sensitif ni,
tak pedih, muka tak jadi merah macam kena bakar, and esok takda jerawat sebesar batu dekat muka.
Boleh teruskan dengan produk tu.. 

Nu teen product very okay.. highly recommend. Especially remaja
di alam persekolahan. Maybe. 


Okay just some review. Share cause pernah guna nu teen product :) 
That's all. 
💝








Tuesday, 25 April 2017

Review: Nano White

Assalamualaikum..
I took a longgg time to post about Nano. Since I use and today its time for me to story about it. 


Openinggg of the storyyy hehe

Okayy, let me explain one by one.

Before saya guna Nano White. Saya dah pernah guna nano white fresh. Dua2 nya adalah berbeza. Ingredient punn berbeza. Ikut lingkungan umur laa. Haha. Kalau umur dah tua memang tak sesuai la pakai yang NWF tu kan. Tapi hari tu terpakai jugak la sekejap. Ingatkan still young. Rupanya tak. Ouchh. So touching ok! Muehehe.


Ini NWF yang remaja. Sesiapa rasa dia remaja boleh guna. 
Tapi sepanjang saya guna hari tu memang tak sesuai dengan kulit saya kutt.
Makin pakai makin naik jerawat. *Ok laa.
Masa pakai mattifying moisturizer dengan miracle mist kulit memang akan rasa pedih sangat.
Kalau korang tengok banyak testimoni lain dekat blog bila pakai akan segar je.
Saya memang akan tanggung rasa pedih mencucuk2. Tapi sekejap je. 
So i guess NWF not suitable for my skin. 
Untuk pencuci muka, so far semua pencuci muka saya boleh guna. 
Pencuci muka NWF memang best. Berangin je. 
Kalau nak segar disyorkan  pakai pencuci muka dia.
If ada remaja yang nak cuba. Boleh beli trial pack dulu. 
Kalau tak sesuai dengan your skin takdala membazir beli tu. 
RM 50 something. Dekat guardian atau watson. Nanti compare harga dulu ya
before beli. Hehe~

And noww. 
Saya guna NW dewasa punya. Haha~ 
ingredient berasaskan nano. Okay nak tahu lebih lanjut better pergi google. Hehe
Setakat ni saya cuba tiga ni dulu. Pencuci muka, refining treatment toner and double action 
whitening gel cream.
For cleansing of course saya lagi suka yang remaja. Lagi best. Yang dewasa ni bau dia best. Tapi 
tak berangin laa.
Tapiii. Selepas cleansing cuba korang pakai toner. Fulamak! Toner dia seriously best tauu.
Sejuk je skin ni. Rasa nak makan2. Memang segar sangat. Perasaan kalau boleh nak je dap dap toner tu dekat my skin bila dah mula kering. Haha.
Tapi kena berjimat hokayy. 
Part pakai cream. Memang akan berlaku drama sakit dekat sini. Kulit saya jadi pedih. 
Tapi dekat tempat tertentu je. Maybe proses pencucian kutt. Haha~ 
Tapi i can accept whitening cream ni lagi daripada moisturizer NWF. Berganda kepedihan yang nak dihadap.
Lagi banyak drama yang wujud. Hehe. 

NW dibeli dekat guardian dengan harga RM58.00 plus2. Macam biasa selalu la compare dengan watson. Kalau malas compare beli jela. Lau berbeza pun seringgit dua je sebenarnya. Hehe. Kalau malas lagi boleh masuk online store watson and guardian. Just klik and klik. Settle. Tunggu je abang pos laju sampai depan rumah ok. Cuma bila dah terlalu mudah haruslah kena korban lebih sikit kan. Hee~

So setakat ni rasa macam still lagi nak setia dengan produk ni. InshaAllah akan buat pertambahan. Sebagai contoh day cream and night cream. Mask NW. And banyak lagi adik beradik dia. 

Promoter NW tu cakap NW sesuai untuk yang ada masalah jerawat, parut jerawat, liang pori terbuka luas. Boleh cuba guna. NW tidak menjanjikan dua atau tiga hari parut, jerawat semua adik beradik tu hilang sekelip mata ok? Perlu guna sekurangnya tiga hingga ke enam bulan. InshaAllah ada la tu perubahan. Banyakkan minum air putih jugak. *Sedang berusaha. Haha.

Lebih baik guna produk yang lambat sembuh tapi elok untuk kesihatan wajah. Daripada yang kesannya dua tiga hari dah gebu gebas. Hakikatnya ingredient produk tu? Fikirkan tau. 

Okay, 
Jumpa lagi!
😓

Sunday, 16 April 2017

Buy Ticket Online

Assalamualaikum and hii 😉

Todays want  share how to buy cinemas ticket secara online. Haha, my first time beli ticket online. Jakun je. Orang lain dah lama kutt buat cenggini. Whatever. I punya blog so ups to me la nak share apa pun. Kan kann? 

Macam mana boleh terjadi nak beli tiket online ni. Beria pulak tu! Ini semua sebab viral 8 hengget punya tiket tak kira hari apa pun. Time ni pulak semua cerita hadoo. 

*Kimchi untuk awak
*Fast & Furious 8
*Beauty & the beast
*Smurf

Hangpa rasa tak tergedik gedik ke hati ni nak pergi tengok kan. Hihi. So untuk yang jenis budgeting macam kami ni memang akan usaha kan la benda tu. Gigih cari nombor telefon GSC. Gigih jugak call and tanya bla and bla. 

Ohh, rupanya tiket tu memang wujud la. Tapiii,,, hanya terhad kepada 500 orang ja setiap hari. So first came first serve la kutt kan. Dan hanya boleh dibeli secara online untuk dapatkan tiket termurah tu. Tidak dikaunter! Okay?

Sorry tetiba menyemak picture dekat tengah ni. Without picture rasa macam tengah karang novel pulak! 

Okay, so from dari situlah gigih nya seorang perempuan ni cari cari macam mana nak beli tiket online. Sampaikan silap masuk web. Still web gsc tapi entah dah register bagai tak boleh login. Web tipu punya kutt. So, saya pun cari dan cari and finally yeayy jumpa laa. Hehe~

Nak tengok FF8 masa ni. Cerita BTB and KUA dah tengok. Dah review pun KUA dekat blog ni. Muehehee.

Cara nyaa.. 


Masuk je link yang saya bagi ni ataupun korang taip je GSC. Akan keluar GSC dekat google then klik ja. 

Baru je nak buat akaun kan? Sah sah la takda akaun lagi untuk login. Hehe. So nampak sign up dekat atas sekali belah kanan. Tekan je. 




Atau tekan jela link kedua ni terus je keluar detail yang korang perlu isikan. Macam biasala nama, IC, nombor telefon. Korang isikan ja apa yang diminta. Then klik submit. Okay then berjaya. Dah berjaya tu boleh la cek cerita apa yang nak ditengok, jam berapa. And the most important seat dah penuh ke belum. Kalau cerita yang best. Macam sekarang FF8 memang tak sempat seat la kalau nak pergi beli dekat kaunter last minute kan. 



Beratur pun panjang gila. Last last tiket pun tak dapat :( so sadd. 

Okay so after dah berjaya korang jangan lupa bukak email. GSC akan hantar email for verified. Dari situ dia akan bagi link and klik link tu. Kalau tak klik link yang diberi dalam email tu sampai esok lusa pun tak berjaya login ok? So dah klik korang boleh login macam biasa. Guna email and ingat la password anda. Hehe. Saya cadangkan guna password yang sama ja. Mudah nak ingat. Kalau jenis kaki menghafal memang tak lupa sampai ke tua tu okay la kutt. Muehehee. 

Nak beli ticket macam mana? Follow ja apa yang GSC tulis tu. Very easy. Dah bukak web pilih tempat dekat mana, date, cerita apa. Tekan check. Akan keluar jam berapa korang nak tengok. Klik pada bulatan jam berapa nak tengok. Proceed ja. Pilih tempat duduk yang kosong then tekan purchase. 

Purchase pulak banyak pilihan yang ada. Mudahnya online banking such as maybank2u, bank islam, cimb klik. Banyak la. Asal korang ada okay la. So akan diminta login ke online banking. Follow sampai la step last tu berjaya. Sebenarnya same dengan beli dekat Lazada jugak. 

Yang penting nombor ID and QR code tu. So tak perlu korang nak datang cinemas sejam lebih awal ke. No need. Datang je on time. Saya datang sejam lebih awal sebab first time. Ada terbaca dekat blog about ticket online ni. If tak datang sejam lebih awal tiket akan dilelong. Pelik jugak. Tapi sebab first time ikutkan jela. Kalau betul kena lelong melayang jugak duit yang dah dipotong tu. Tiga kepala kutt. Hehe. 

Print atau screen shot (SS) bagi ja pada pekerja dia. Pekerja dia akan scan. Ada setengah cinema tak perlu pekerja scan. Kita boleh scan sendiri. Bergantung la cinema yang korang pergi tu camna. Up to date ke tak. Hee. 

Okay, so cukuplah setakat ini kutt bebelan yang melalut panjang ni. Sehingga berjumpa lagi. InshaAllah. 

Semoga bermanfaat korang! 

Baiii
💖

Friday, 14 April 2017

Praktikal Before Study

Assalamualaikum...


Tengok tajuk punn dah pelik semacam ja. Haha. 

Today'ss just want share about my experience in marketing. *Masa training. Semua orang ada first time punya kisah kan? Nak boleh pandai, ada confident to self bukan sesuatu yang mudah. Right? Hihi.

Ini cuma kebetulan punya kisah. Not my planning but Allah planning's. Alhamdulillah. Kerja dulu sebelum sambung belajar ni sikit sebanyak membantu untuk jawab exam. Kebetulan lagi saya amik bidang marketing. Kerja dalam bidang marketing. So, yeayyy. Seorang budak mentah yang nothing dalam marketing tu.

Start kerja bulan enam, start belajar pulak bulan september. Mindset before continue studies.

"takpa. Mudah je ni. Business je punn." 

Now,, tercekik dek kata2 sendiri. Padan muka! Maybe sebab dapat lecturer pun yang straight sangat2. Very complicated. Erghh, kadang tu rasa jugak la stress nya tu kan. Selagi mampu sabar, sabar. Tengok kawan2 dah lama pun grad rasa nak menangis sekarang jugak tauu. 😂



Back to tajuk. Beruntungnya saya sebab sebelum start pjj tu dah ada training dalam bidang yang sama. Nak compare dengan orang lain yang dah bertahun kerja dalam bidang tu memang tak leh compared la. Kalau compare automatik I akan down. So better jangan compare. Tengok umur punn dah cukup kutt. Hihi. Orang yang baru nak merangkak. 

Masa kena training tu pun gigih nya bawak balik semua document berkenaan. SNP la, 16A, 14A, loan document bank pun saya rembat je bawak balik rumah. Kes nak studi je. Training kan? Dah nama pun training buat apa2 mesti takut. Tambah bila kena tanya soalan dengan trainer. Err, dia punya gementar boleh menangis beb! Kalau tak kuat dah chaw kutt. Haha. Cengeng sangat kan kalau ingat balik waktu tu. 

Yuhuu. Nak sambung balik blogged ni. Nak cerita benda cenggini je ponn. Dia punya amik masa makk aii. Kalau menulis novel entah berapa kurun baru boleh siap! Rasanya macam satu perenggan satu hari. Haha. Very badd. 

Okay! Continue. Time training tu pernah jugak keluarkan air mata untuk beberapa kali. Pelbagai sebab. Orang yang ada pengalaman je mesti tahu. Tak kira apa bidang pun. Berbeza sangat masa belajar dekat sekolah dengan belajar untuk kerja. Senang cite training. Si trainer tak kuat semangat nak ngajar banyak2 kali. Dia rasa cam eh dah bagitahu. Si saya pulak hurmm tak tahu pape. 

Nak jawab fon pun kena training jugak. Dah dua minggu tak reti and tak pernah jawab phone lagi. Hah rasakan kau kena marah. Dan2 je pandai jawab tak semena2. Haha~ lawak kan? Lucu tau kalau ingat kenangan jadi tak berapa pandai dulu. 

Next, kawan kutt. Bila kita adalah orang yang baru masuk. Memang kawan pun susah jugak la nak dapat. Perlu ambil masa. Masa tu semua orang menilai kita. Buat kerja bengap ke, senang ingat ke. Boleh follow atau tak. Kalau tak boleh follow nanti la kau memang kena bambooo sokmo. 😋 so nak tak nak need to inisiatif untuk jadi pandai! Cik serba tahu. Semua benda boleh buat. So wauu. Masa tu tak perlukan trainee lagi. Dah pandai handle semuanya sendiri kan? Saat yang paling bahagia beb. 

Buat kerja kena guide ni memang sedih. Sebab tu la nak tahu and nak pandai semua perkara dengan cepat. Supaya diberi kepercayaan. Cewahh. Kan? At the same time dapat ilmu, pengalaman. Yeaaaa. 

But knowledge belum cukup! Belajar dengan praktikal seriously tak sama. Tapi untuk goreng sikit2 dalam exam boleh la. Silap goreng dengan lecturer memang fail la jawabnya. Hati2. Haha~

So sekarang memang sangat appreciate kerja tu. Nak resign punn memang akan fikir banyak kali. My boss banyak sangat bantu and consider walaupun sometimess ada perselisihan faham. It's normal. Just prepared mental lebih sikit and fizikal kena kuat. Hihi. Kalau tak kuat boleh jatuh sakit tauu.

Okay guys, cukup la dulu untuk setakat ni. 

InshaAllah. If ada idea, ada masa will update lagi!
Bai~
💝 

Friday, 7 April 2017

Review : Kimchi Untuk Awak

Assalamualaikum, hii.

Hai april. But not april fool ok. *Tak baik tauu sambut april fool. 

After sekian lama tenggelamkan diri ke dalam semak samun. Saje semakkan otak. Takda idea nak update blog. Campur dengan kelas yang dah mula tapi perasaan malas tuu still lagi subur dalam diri. Entah bila entah nak terkubur. 

Tonightttss, nak share about this novel and cerita yang baru aje ditayangkan 30 march bulan lepas. Actually saya memang peminat tegar novel Suri Ryana. So novel ni pun dari first diterbitkan memang dah beli. Jalan cerita soi soi la. Dah lupa hehe. Sebab dah lama pun khatam~

So, so beberapa hari lepas saya pegi la tengok cerita ni kat panggung. Okay, memang not bad. Tapi takda la feeling sangat tapi boleh laa. Ada part sedih yang buat kita nangis. Ada part ketawa yang memang bila ketawa like aaa nak pecah panggung. Maybe. Hihi. 

Antara cerita yang yang difilemkan dan dibukukan, saya lebih memilih untuk baca. Because of what? Mungkin sebab saya suka baca dan baca. Penulisan pun agak lain daripada yang ditayangkan. Filem KUA pun takda lah sebijik tiru novel. Masa terhad so nampak kelam kabut sikit laa. 

Bagi yang belum baca novel ni akan nampak cerita tu menarik. Yeahh. Tak nafi cerita memang menarik but novel is better than filem.. Hihi. Tapi.... filem KUA tak mengecewakan. Maybe kena anjak sampai 3 jam kutt. Haha~



Yang best nya about Kak Suri ni. Dia stay sana so ceritera KUA nampak hidup la dekat Korea kan. Sebagai contoh tempat, sebab Kak Suri sendiri jalani kehidupan dekat sana. So mudah untuk dia bercerita keadaan dekat sana. 

Filem yang dilakonkan oleh Aiman Hakim Redza and Emma Maembong memang best. Kena dengan watak Bella dan Daniel Lee tu. Tetiba je AHR sesuai sangat jadi orang Korea. Lengguk BI dia memang menjadi habis. Dapat lima HA dari saya. Haha~ 

Kalau korang nak tengok teaser dulu before pergi tengok dekat panggung pun boleh. Cari je dekat you tube okay. Atau boleh je klik dekat bawah ni. Link from you tube jugak. Hehe. 

Tayangan perdana : Kimchi Untuk Awak

Video terlalu besar untuk di upload ke sini. Lebih kurang dalam 20 minit cenggitu. Mula2 cerita. Syiokk o. 

Okay, jangan lupa tengok okay. 

Haa, satu lagi. Bagi yang still was was dengan karya Suri Ryana. Best ke tak ke best ke tak ke. Macam tu je bermain dekat fikiran kan. Nak beli novel kalau tak best memang membazir kan. So korang boleh baca novel Kak Suri ni dekat blog dia. Bila dah baca, dah tahu camna cara penulisan. Boleh decide kan nak beli ke tak. Hihi. 

Blog Kak Suri Ryana : http://queenlpermaisuri.blogspot.my/
Klik je dekat link di atas. *Tetiba promote. Marketing strategy. Haha~ 

Okay, rasa nya cukup lah kutt setakat ni. Apa yang baik boleh dijadikan pedoman nanti. Mana yang kurang baik tu tak yah la ikut. Jadikan teladan aje. Okay? 

Support jugak filem lokal tauu. 

Till then, Daa~ 
💓