Assalamualaikum and hii π
Todays want share how to buy cinemas ticket secara online. Haha, my first time beli ticket online. Jakun je. Orang lain dah lama kutt buat cenggini. Whatever. I punya blog so ups to me la nak share apa pun. Kan kann?
Macam mana boleh terjadi nak beli tiket online ni. Beria pulak tu! Ini semua sebab viral 8 hengget punya tiket tak kira hari apa pun. Time ni pulak semua cerita hadoo.
*Kimchi untuk awak
*Fast & Furious 8
*Beauty & the beast
*Smurf
Hangpa rasa tak tergedik gedik ke hati ni nak pergi tengok kan. Hihi. So untuk yang jenis budgeting macam kami ni memang akan usaha kan la benda tu. Gigih cari nombor telefon GSC. Gigih jugak call and tanya bla and bla.
Ohh, rupanya tiket tu memang wujud la. Tapiii,,, hanya terhad kepada 500 orang ja setiap hari. So first came first serve la kutt kan. Dan hanya boleh dibeli secara online untuk dapatkan tiket termurah tu. Tidak dikaunter! Okay?
Sorry tetiba menyemak picture dekat tengah ni. Without picture rasa macam tengah karang novel pulak!
Okay, so from dari situlah gigih nya seorang perempuan ni cari cari macam mana nak beli tiket online. Sampaikan silap masuk web. Still web gsc tapi entah dah register bagai tak boleh login. Web tipu punya kutt. So, saya pun cari dan cari and finally yeayy jumpa laa. Hehe~
Nak tengok FF8 masa ni. Cerita BTB and KUA dah tengok. Dah review pun KUA dekat blog ni. Muehehee.
Cara nyaa..
Masuk je link yang saya bagi ni ataupun korang taip je GSC. Akan keluar GSC dekat google then klik ja.
Baru je nak buat akaun kan? Sah sah la takda akaun lagi untuk login. Hehe. So nampak sign up dekat atas sekali belah kanan. Tekan je.
Atau tekan jela link kedua ni terus je keluar detail yang korang perlu isikan. Macam biasala nama, IC, nombor telefon. Korang isikan ja apa yang diminta. Then klik submit. Okay then berjaya. Dah berjaya tu boleh la cek cerita apa yang nak ditengok, jam berapa. And the most important seat dah penuh ke belum. Kalau cerita yang best. Macam sekarang FF8 memang tak sempat seat la kalau nak pergi beli dekat kaunter last minute kan.
Beratur pun panjang gila. Last last tiket pun tak dapat :( so sadd.
Okay so after dah berjaya korang jangan lupa bukak email. GSC akan hantar email for verified. Dari situ dia akan bagi link and klik link tu. Kalau tak klik link yang diberi dalam email tu sampai esok lusa pun tak berjaya login ok? So dah klik korang boleh login macam biasa. Guna email and ingat la password anda. Hehe. Saya cadangkan guna password yang sama ja. Mudah nak ingat. Kalau jenis kaki menghafal memang tak lupa sampai ke tua tu okay la kutt. Muehehee.
Nak beli ticket macam mana? Follow ja apa yang GSC tulis tu. Very easy. Dah bukak web pilih tempat dekat mana, date, cerita apa. Tekan check. Akan keluar jam berapa korang nak tengok. Klik pada bulatan jam berapa nak tengok. Proceed ja. Pilih tempat duduk yang kosong then tekan purchase.
Purchase pulak banyak pilihan yang ada. Mudahnya online banking such as maybank2u, bank islam, cimb klik. Banyak la. Asal korang ada okay la. So akan diminta login ke online banking. Follow sampai la step last tu berjaya. Sebenarnya same dengan beli dekat Lazada jugak.
Yang penting nombor ID and QR code tu. So tak perlu korang nak datang cinemas sejam lebih awal ke. No need. Datang je on time. Saya datang sejam lebih awal sebab first time. Ada terbaca dekat blog about ticket online ni. If tak datang sejam lebih awal tiket akan dilelong. Pelik jugak. Tapi sebab first time ikutkan jela. Kalau betul kena lelong melayang jugak duit yang dah dipotong tu. Tiga kepala kutt. Hehe.
Print atau screen shot (SS) bagi ja pada pekerja dia. Pekerja dia akan scan. Ada setengah cinema tak perlu pekerja scan. Kita boleh scan sendiri. Bergantung la cinema yang korang pergi tu camna. Up to date ke tak. Hee.
Okay, so cukuplah setakat ini kutt bebelan yang melalut panjang ni. Sehingga berjumpa lagi. InshaAllah.
Semoga bermanfaat korang!
Baiii
π