Pages

Tuesday, 30 January 2024

Ooppss! 2024~

 


Hai assalamualaikum semua. 

Sangatttt lama tak menulis. Hampir tiga tahun. Rasa tak tahu nak taip apa dah ni hihi! 

By the way semoga yang terbaik untuk semua yang baca *jika ada* di tahun 2024 semoga kita menjadi lebih baik daripada yang sebelumnya. 

Banyakkk sangat suka duka happy sedih yang jadi dalam hidup sepanjang tiga tahun tanpa update apa-apa ni. 

1-My father pass away (Al-Fatihah)

2-Dikurniakan seorang baby lelaki (Now dah nak masuk 6 bulan dan sangat sihat, Alhamdulillah)

InsyaAllah semoga ada kerajinan untuk diri ini update macam-macam kat sini ok. hihi. 

Papai~

Thursday, 15 April 2021

Salam Ramadhan 2021

 


Assalamualaikum dan salam sayang!

Even lambat post but it's okay. Salam Ramadhan buat semua yang singgah di blog ini. Puasa penuh-penuh tauu! Nanti tak dapat duit raya kita tatauu.

Walaupun ramadhan kita dah tak sama macam dulu2, hopes korang banyakkan bersabar dan berdoa supaya Allah hilangkan terus virus Covid-19 di bumi ini, insyaAllah. 

Enjoy the journey of Ramadhan. Banyakkan beramal ok? (Pesan kat diri sendiri ni hihi)

Terawih & Qiamullail
➤ Mengaji Al-Quran
➤ Bersedekah semampunya
➤ Lewatkan bersahur, awalkan berbuka puasa
➤ Memelihara lidah & menjaga pandangan
➤ Solat awal waktu

Berbuka seadanya dan elakkan pembaziran! 

Thank you for reading~
Anisah Ali 💙

Friday, 1 January 2021

2021 was coming, Alhamdulillah :)

 Hai assalamualaikum semua! 

Wishing you a happy new year. May all azam tercapai. Kalau tak tercapai just bring it this year, right?

Tahun 2020 adalah tahun yang sangat mencabar. Kan? Tak banyak aktiviti. Duduk rumah je. Keluar pergi kerja. Kita sedang berperang dengan virus yang kita sendiri tak nampak. Semoga Allah angkat semua virus ni dan kita kembali bebas macam biasa... dan semoga Allah ampuni semua doosaa kita :)

So... macam biasalah... nak state 2021 punya azam. Umur pun makin meningkat. Waaa~

Alhamdulillah, daripada nak masak seminggu sekali only untuk Mus and kita punya achievement boleh masak hari hari k. A big achievement i guess. Hehe!

2021 goal, insyaAllah:

1- Nak tajamkan lagi skill memasak dan baking. 

2- Try to baking one week only. Sebenarnya rasa macam nak ambil order rambang kuih bakar, kuih tradisional. Tetiba rasa seronok baking. Ada yang nak order tak haha?!

3- Rasa macam tahun ni pesta buku belum ada kan? Kalau ada of course nak pergi.

4- Back to Perak, my husband hometown. (Dah lama tak balik due to pandemic Cov-19)

5- Nak kurangkan masa dengan social media and rajinkan diri baca buku semula. Hopefully.

6- Nak jadi seorang yang more taat kepada Allah dan suami. (Jadi hamba yang baik dan isteri yang solehah?)

7- Menjadi seorang yang lebih lebih lebih tenang.

8- Selalu update blog tu memang tak boleh janji sebab tak rajin.

9- Create a lot of memories with my loves.

10- Ok done! 

Thanks for reading hehe! 

May all your goal success ok?


Tuesday, 10 November 2020

Se-saja :)

 


Hai & Assalamualaikum,
I am here dan alhamdulillah more healthy :) hiks!

Agak lama tidak membebel dan post whatever kat blog ni kan, 
Yeayyhh i have so many draf in blog. Apakan dayaku, tak sempat habis menulis pun.

Okeylah korang! Stay tune and semoga sihat semua.

See you next year? 2021?

Kita jaga kita okey :)

Saturday, 11 July 2020

Bawal Hitam Masak Kari Ala Mamak

Assalamualaikum & Hai semua.

Alhamdulillah saya dah pun start working at office. 

*No more drama korea 24 hours
*No more trying new recipe everyday (Terhad sikit since kerja)

Seminggu yang lepas saya ada cuba buat ikan bawal hitam masak kari. Terasa nak makan sebab dulu masa kat Kedah 1st time saya makan kari bawal hitam dan sedappp sangat. So teringin nak mencuba and its work. 

Pinjam pak cik google kejap

So, resepi seperti di bawah:

  1. Seekor ikan bawal (potong 3)
  2. 1 paket serbuk kari ikan
  3. Air asam jawa
  4. Bawang merah & bawang putih dimayang halus halus
  5. Daun kari
  6. Halba campur (sikit)
  7. Bendi
  8. Tomato
  9. Cili padi hijau dan merah belah dua bahagian hujung
  10. Minyak masak
***Kalau tomato bendi takde its okay. Kadang kadang tak terniat nak masak kari dan tiba tiba je nak buat then ada bahan yang tak cukup macam bendi dan tomato. Tak letak pun takpe.

Caranya:
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah, halba campur serta daun kari hingga naik bau.
  2. Masukkan serbuk kari. Nak jadikan pes terlebih dahulu pun boleh. Macam saya masukkan macam tu je kemudian tambah sikit air then kacau kacau dalam kuali bagi sebati dengan bahan tumis tadi sekaligus tak berketul.
  3. Kemudian, masukkan air asam jawa. Saya masukkan sekali dengan biji asam jawa :)
  4. Masukkan garam, ajinomoto dan gula kalau suka manis.
  5. Masukkan cili padi dan bendi.
  6. Tomato masukkan last sekali agak agak dah nak angkat dari dapur
Dan rasanya... best sangattt! 

Resepi from https://saji.my/resepi-ikan-bawal/ (Thank You for the best and easy recipe)

Thanks for reading dan selamat mencuba!

Daaa