“ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ”
(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)Assalamualaikum,
Nampak tak potongan hadis kat atas tu? Ok! Sajalah nak menulis hari ni based on my pengalaman menjadi seorang isteri selama 7 bulan dan berdasarkan pemerhatian. (Macam sains lah pulak pemerhatian bagai!)
Happy seven month Mus!
Dulu, sebelum akad nikah, saya selalu google dan siap catit dalam diari lagi apa tanggungjawab isteri kepada suami. Nampak tak betapa excitednya nak jadi suri di hati lelaki? Haha! Dan... ingatkan semua tu mudah nak dilaksanakan (Lasagna. Nyum nyum). Erkkk... tapi sebenarnya susah. Eh! Tak tahulah kut saya je yang rupa macam tu. Ngeh!
Antaranya:
1- Hormat kepada suami dengan sebenar-benar hormat. (Maksud jangan sesekali tinggi suara, melawan cakap and yada yada lagi)
2-Tidak keluar rumah tanpa izin suami (Kalau nak pergi pasar malam depan rumah pun kena beritahu suami ok!)
3-Beri layanan yang paling baik pada suami.
4-Menyenangkan hati suami
5-Urus rumah tangga
6-Menjaga maruah diri sendiri, keluarga dan suami (Ini penting. Jangan sesekali cerita keburukan suami dan keluarga)
**Dan banyak lagi tanggungjawab seorang isteri kepada suami. Boleh google ya kalau tak tahu. But mostly mestilah semua isteri tahu. Nak buat je susah. Setuju tak?
Dulu, dulu tu maksudnya masa zaman single selalu fikir kenapa Allah cakap ramai perempuan masuk neraka sedangkan asbab perempuan nak masuk syurga ni banyak dari lelaki. Yalah! Dosa-dosa kita pun mak ayah suami yang tanggung. Buat baik dengan mak ayah, suami, jadi hamba yang taat pada Allah dah boleh masuk syurga. Apa yang susahnya kan?!
Nampak senang dan memang senang pun (konon). Kejap sebab belum habis tulis lagi! Haha.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang berlaku kepada orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka ditimpa kepapaan dan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang beriman yang ada bersertanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah SWT?”
(Surah al-Baqarah, ayat 214)
Mujahadah itu susah kerana Syurga itu manis.
Dunia memang ujian untuk tentukan sabar atau tak kita sebagai hamba Allah. Kalau sabar Syurga balasannya. InsyaAllah.
Ada suami best!
Tapi nak raih Syurga tu rasa macam susahnya! Syurga kan bawah tapak kaki suami. Tapi janganlah hormat membabi buta. Maksudnya, kalau dapat suami yang kaki pukul, lacur isteri sendiri bla bla jangan diamkan kerana inginkan Syurga. Allah dah beri hak pada wanita meskipun Syurga pada suami.
Macam orang yang belajar untuk capai kejayaan. Step by step dia tu mesti penuh dengan keringat dan tangisan. Kan?!
Hormat suami
Hormat suami dengan sebenar-benar hormat, maksudnya tak boleh melawan langsung. In case suami salah dan isteri betul, isteri yang kena cakap baik-baik dengan suami. Boleh ke agak-agak? Lepas dah kena marah tiba-tiba nak kena cakap baik-baik dengan suami.
Boleh! Dengan syarat isteri kena redakan hati sendiri dulu. Bila suami marah mestilah ada rasa sedih. Tambah pulak perempuan. Kan. Kan. Lepas dah redakan hati sendiri pergilah bincang dengan suami. Ha! Kena pastikan suami dah reda dari kemarahan jugak eh?! Kalau tak nanti double kena marah tak tahu ye.
Ada je setengah perempuan yang tak boleh nak hormatkan suami lagi dah. Antara sebabnya:
1-Suami pemalas
2-Suami makan duit isteri
3-Suami kaki pukul
4-Suami yang cari isteri bila diperlukan je
5-Isteri tak boleh terima pendapatan suami lagi rendah dari dia (Ada je perempuan macam ni). Senang cerita hidup sebab nak compare dengan jiran atau adik-beradik yang lebih berada. Lebih kurang macam isteri yang kurang bersyukur dengan apa yang dia ada. Semoga isteri macam ni cepat-cepat berubah.
Apa pun, inilah yang saya kira sebagai ujian menentukan Syurga seorang isteri. Cuba bayang kalau kita kat tempat macam ni. Macam mana nak bersabar lagi? Tapi nak syurga.
Inilah yang saya fikir Syurga tu bukan mudah nak grab. Tapi, at least usaha. Kalau tak mampu hormatkan suami lagi cuba bawa berbincang ke apa ke kan. Maybe jumpa kaunseling?
Minta izin suami
Rasanya minta izin suami ni benda mudah je. Boleh call. SMS. Whatsapp. Video call pun boleh. Tapi ada juga setengah isteri rasa susah nak buat. Antara sebabnya suami jenis mengongkong kut? Mengongkong ni mungkin juga sebab hilang kepercayaan pada isteri. Kut?!
Atau... isteri suka karoeke contohnya. Suami tak suka isteri masuk pusat karoeke even semua perempuan.
Kat situlah sebab kenapa suami macam susah nak lepas isteri keluar lepak dengan kawan2. Sebabkan, kalau sekadar lepak tu lain cerita. Ni bab buat something yang suami tak suka.
So jadilah isteri yang, suami keluar pintu depan, isteri keluar pintu belakang. Semoga kita semua dijauhkan macam ni.
Cuba fikir, tengah berjalan tiba-tiba Allah tarik nyawa macam mana? Doa jelah semoga suami cepat redha dengan perangai isteri ☺
Tapi untung isteri yang jenis tak suka jalan2. Macam saya suka jalan2. Hehe...
Layanan baik
Layanan baik seperti jaga makan minum pakai dan sebagainya. More to kerja rumah dan cukupkan kelengkapan suami. Macam tula lebih kurang.
Sebagai isteri, kadang2 ada hari rasa malas. Eh! Tak tahulah orang lain tapi saya ada jugak la rasa macam tu. *Mengaku ok!
Kadang2 dah lewat malam Mus minta kopi, tapi tak tahu rasa malas gila nak tinggal bantal katil selimut.
"Malas ek?" Mus
"Haah."
"Ok takpe." Mus.
Oh! Baiknya suamiku. Berbaldi rasa bersalah lepas tu. Atau tu memang trick my husband sebab nak kopi.
Sorry my husband!
Lepas tu terfikir, suami minta kopi je pun. Susah nak buat. Lepas tu TER-dengar pulak ceramah Ustaz Kazim Elias atau Ustaz Shamsul Debat
"Nak dapat syurga ni mudah je. Kalau suami minta kopi pergi buatkan."
"Nah abang, kopi." (Versi mereka)
Hello! Macam setepek kena perli kat atas dahi.
Cerita kopi habis!
Cerita baju pulak eh!
Basuh, kadang2 kat dobi kadang2 basuh sendiri je. (Tengok masa.) Thanks to husband sebab selalu juga tolong basuh baju kat dobi. Hehe! Itu kebaikan dan satu kepuasan isteri saya kira.
Tapi... dalam suami buat baik pun still lagi ada yang tak puas hati. Memang syaitan ni tugas dia nak heret manusia ke neraka kan?! (Tiba salahkan syaitan)
Lipat, siap.
Masuk almari susun elok2 ya. Ni isteri buat sebab tu touching lain macam.
Suami naik mandi ambil baju dalam almari...
Weh! Berselerak sikit yang disusun tadi.
Touching: Tiba-tiba rasa suami tak hargai kerja si isteri. Mulalah nak tarik muka (Dah berdosa). Sikap perempuan suka tarik muka. Suami pulak tak tahu apa salah dia tiba-tiba nak tarik muka.
Sebab baju je pun.
Kau dah kenapaaa
Done bab baju. Hehe!
Menyenangkan hati suami
Macam tak serabutkan suami dengan perkara yang remeh-temeh. Kalau suami sibuk jangan kita sibuk nak dia berikan perhatian kat kita. Yang penting faham antara satu sama lain so akan kuranglah pergaduhan. InsyaAllah! Selebihnya serahkan pada Allah SWT. InsyaAllah kita ni isteri yang sentiasa menyenangkan hati suami. Kan kan.
Urus rumah tangga
Urus rumah tangga merangkumi semuanyalah. Masak. Jaga pakaian suami. Tempat tidur kena selalu wangi and kerap tukar cadar. Tuala mandi pastikan bersih and yada yada...
Yang ni ada bab2 saya masih fail dan nasib baik Mus jenis tak kesah.
Ha ha!
"Abang sedih tak dapat isteri macam ni?"
"Tak adalah sayang. Abang bersyukur." Mus.
Nasib baik jawab macam ni.
Hehe!
Menjaga maruah diri
Maruah diri sendiri. Suami dan keluarga.
Kalau ada masalah dengan suami jangan cerita kat kawan-kawan ke, keluarga sendiri ke. Tak perlu pun. Dengan siapa kita bermasalah, carilah orang tu. Bukan orang lain. Faham?
Kadang2 cerita kat kawan masalah suami ni buatkan kawan tu ketawakan kita dalam diam. Maybe,
"Padan muka. Kawen lagi dengan dia."
"Aku dah cakap. Kau tak bahagia punyalah."
"Yalah! Gaji 3k nak makan apa."
Macam2 lagi. Jaranglah tukang dengar masalah nak positif. Orang lebih suka fikir negatif nak2 hal keluarga. So diam-diam je. Do not trust everyone.
Merendah2kan suami pada orang lain berdosa.
Cerita keburukan suami, berdosa.
Banyak dosa tanpa sedar. Hati2 ye. (Diri sendiri jugak)
Ok! Done membebel.
Saja je nak beritahu yang Mujahadah itu susah kerana Syurga itu manis.
Semoga kita semua mampu menjadi isteri yang solehah hingga ke Syurga.
Bukan ustazah. Jadi, kalau ada salah dan silap mohon tegur dan mohon ampun.
Just write something yang saya rasa dan fikir.
Ameen!
Husbands and wives are equal partners.
They have different but complementary responsibilities.
(Quotes)