Pages

Monday 9 September 2019

MusAnis Wedding Preparation

Assalamualaikum...

So... dah lama rasanya nak share about my wedding. Alhamdulillah officially a wife. Hampir 5 months. So yihaa happy monthsary husband! Disebabkan kekangan yang ada and plus malas, blog hampir bersawang jugalah. Haha! Maafkan daku.

Lately ni, ada beberapa orang kawan yang tanya bajet kahwin apa semua. InsyaAllah saya akan share kejap lagi tau. Kalau pasal macam mana kami jumpa and kahwin tu dah ada kat dalam previous post sebelum ni. (Takpe, nanti saya share link ya)

First, masa kami decide nak kahwin, pertama saya buat kursus kahwin dulu. Sebab saya busyyy kerja, mak tolong ambilkan borang kursus. Kursus kahwin ni wajib! Selama dua hari. Kalau tak buat jangan mimpi pelamin semua tau. Haa macam tu haha. Boleh juga cek dekat web dan kalau tak silap boleh booking thru web juga kut. Lupa dah. Tapi pernah cek date yang ada dekat web. Taip je untuk kawasan mana2. And cuba alert Facebook atau apa2 je. Kadang2 kawasan kampung, Bandar or Majlis ke Uni ke ada buat kursus kahwin ni and terhad kepada beberapa orang je. Bayaran pun murah sikit kut. Baru ni saya buat RM80.

Untuk dapatkan sijil kursus kahwin:

1) Tak boleh lambat masuk kelas. (Kalau lambat, sama ada tak bagi masuk terus
ataupun boleh masuk tapi sijil kena sekat). Depends la pada tukang urus tu.

2) Kena masuk kelas full. Bukan sekerat2. I mean hari ni separuh hari
esok pulak separuh hari. Ok silalah daftar dan bayar semula. Haha!

Settle je kursus kahwin, part borang pula. Borang nikah kena hantar kat pejabat agama belah perempuan ok (Ni in case spouse berlainan negeri). Borang nikah kena hantar sebulan before tarikh nikah yang ditetapkan. So sebelum tu kenalah settlekan:

1- Borang nikah lelaki. (Macam Mus *now my husband) siapkan cepat2 part dia, oh! Ada sesetengah negeri online je borang nikah tu. Then print borang sekali dengan semua dokumen yang dia nak and hantar ke pejabat agama belah lelaki dulu. Dalam seminggu macam tu dah lulus belah lelaki. Dokumen kebenaran kahwin bagi lelaki kena hantar/post pada perempuan pula (Ni saya share yang berlainan negeri tau! Kalau sama negeri tak tahu macam mana. Maybe lagi mudah kut.) 

2- Bila part suami dah settlekan borang, turn saya pula settlekan borang. Buat HIV test. Dah complete semuanya, gabungkan dengan dokumen suami and hantar pejabat agama. Lepas tu tunggu jelah pejabat agama call beritahu lulus. Dokumen kebenaran nikah collect semula kat pejabat agama dan hantar ke rumah tok kadi. Pastu settle. Tunggu hari nak nikah ajelah. Hehe! 

Pastu kan... (PENTING)
Nak pesan, yang borang nikah jenis bertulis, belum online lagi tu pleaselah isi borang baik2. Saya beritahu ni sebab ada terjadi kat pejabat agama baru ni masa saya nak hantar borang. Bakal pengantin tu pun nak hantar borang sama. Copy IC pasangan takde. Alamat tempat nak akad nikah (tulislah penuh2. Sekali daerah, negeri its okay.) Itu lagi baik daripada tulis tempat je. Contohnya "Kuantan". Itu bukan alamat (Menangis!) Bila alamat kena ada nombor rumah, nama tempat, daerah dan negeri. Malaysia pun letak jelah! Janji complete. Itu lagi baik daripada ambil cuti kerja untuk settle semua borang tapi tak settle hari tu. Kan kesian. So jangan malas masa isi borang dan teliti betul2. Jangan main bedal je.

Okay! Settle part borang. Nak beritahu pasal benda lain pula ni. Kalau boleh masa wedding ni tak perlulah nak membazir sangat. Selagi boleh jimat, jimat. Lepas kahwin lagi nak pakai duit. Bukan nak habiskan masa kenduri tu aje. Cukuplah jadikan sebagai keperluan dan bukannya pembaziran. Itu pendapat saya. Masing2 ada pendapat masing2. Macam kami, kami memang dah decide tak nak habiskan duit dalam jumlah yang terlalu besar. Majlis tu sehari je. (Eh! Kami dua hari haha!) 

1-KAD
Kad kahwin wajiblah kena ada. Kalau tak ada macam mana nak jemput orang. Selain kad kahwin macam nak buat banting ke banner ke backdrop apa ke. Tak kesahlah. Boleh je buat tapi cari yang berpatutan. Sebab kan, lepas ni dah tak pakai lagi dah hihi. So, saya buat dengan Kad Express, Kuantan. Harga memang berpatutan boleh dapat 500 keping kad sekali sampul (Sorry glu tak tersedia), banting dan banner and apa benda tah lupa pulak nama dia. (Yang ada "Dah Halal") apa semua tu. Hahahaha! Ok dah ingat. Props!


Boleh pilih design. (Cantik2)
Good service. (Oh! Serius puas hati) 
Facebook: Kad Express
Murah. Berpatutan. Satisfied.


Ini design kami. 😍
Untuk kad ni saya bayar deposit RM100
Balance bila kad dah siap. 
Alhamdulillah, guna duit sendiri. 
5 bulan before nikah (average), saya dah survey semuanya. 
(Selepas tarikh nikah ditetapkan) 

2- PELAMIN
Pelamin plus baju nikah baju sanding. Takde baju outdoor (kami suami isteri sama2 decide tak nak tukar baju dah. Memang nak pakai baju tu je. Kalau ikutkan outdoor pun macam tak lalu dah. Mengenangkan hari bahagia, and sekali aje. Layankan jelah.) Untuk tatapan anak cucu haha. Kebetulan masa tu husband saya selsema, sakit kepala pulak sebelah petang. (Terima kasih H, sebab layan juga) Haha! 

Untuk pelamin dan baju sanding etc pun kami puas hati juga. Sebenarnya, style saya malas nak survey banyak benda. Bila nampak berkenan dan harga pun mampu milik (sapu jelah) haha. Masa tu ada kawan satu ofis beritahu dan kebetulan kawan2 saya yang dah kahwin pun memang guna khidmat akak abang ni. (Kejap lagi saya share tau). Marketing mulut ke mulut ni build trust to other customer tau. (Terima kasih kawan2 yang recommend) dan... sebab bridal ni sendiri layanan diorang baik gila! 
**Jenis keluarga saya, suami saya (masa tu belum jadi husband lagi kan) tak suka nak kerjasama dengan orang yang layan tak layan. Rasanya totally customer pun suka dapat layanan yang baik. Yang tak jadi beli pun terus beli. Kalau muka macam cuka, orang yang nak beli even tempat tu murah pun lebih rela beli kat tempat mahal tapi layanan puas hati. Kan?

Budget untuk pelamin, half... sponsor by my lovely abang. (Hehe) 💓
Alhamdulillah. Separuh lagi saya bayar pakai duit sendiri. Kan dah beritahu 5 bulan sebelum macam tu, so sempat la bayar. (Tak usik duit mak ayah and bakal suami). Memang sengaja nak berdikari masa tu. 😛



Baju sanding sekali dengan outdoor. 

Ni pelamin kami. 
Abg Uzaier beritahu ada sentengah customer nak 
warna sendiri untuk pelamin. Macam saya pula 100% serah kat Abg Uzaier dan Kak Sham.
Bukan apa... sebab tak kreatif. So kami serah la pada yang pakar. 
Untuk kaler baju sesuai dengan pelamin kaler apa. Macam tuu... cuma kami nak
pelamin macam ni. Memang 1st tengok terus berkenan. Hehe!
Terima kasih abg dan akak. Memang baik gilaaa! Tak kesah macam2 mana. 
Masa kami pergi fitting baju layanan dorang ni memang tip top sangat. 
Eh! Tak tahulah nak describe layanan tu macam mana. Terlalu baik. 
Ok! Gunalah dulu khidmat Qaseh Bridal, baru tahu macam mana tau. 
100% tak menyesal.
Yang penting harga mampu milik :) 


Selepas akad nikah~
Baju nikah from Qaseh Bridal
FACEBOOK: QASEH BRIDAL

3-PHOTOGRAPHER
Jurugambar ni macam last minute jugalah. Nasib baik dia available lagi masa tu. Saya tanya dua tiga orang sebelum dia, dah tak available. (K, masa ni mengaku macam gelabah biawak jugalah). Haha! Nasib baik available. Alhamdulillah. Yang ni saya buat tempahan 4 bulan sebelum kut? So saya buat tiga kali bayaran tak silap. Yang ni saya ambil pakej murah2 je. Mampu milik. Pun pakai duit sendiri juga. (Alhamdulillah).

FACEBOOK: IZZUE ASYRAFF
Harga berpatutan
Layanan baik

*** Sebenarnya, bila layanan kurang baik jadi takde mood nak bekerjasama, kan? Alhamdulillah. Allah temukan kami dengan orang yang baik2 semuanya. Takde nak stress walaupun penat. Yang penting tetap layan karenah saya yang entah apa2. Haha!

Ada orang sanggup bayar mahal semata2 nakkan layanan yang elok tu. Saya bayar murah je dapat layanan high class. Keh keh!

4- DOOR GIFT
Door gift ni penting untuk tetamu yang datang. Tak kesah la nak bagi apa janji sesuai dengan bajet. Janganlah bajet kereta myvi pergi beli kereta BMW. Memang tak tertanggunglah maintenance nanti. Haha! And... alhamdulillah door gift saya fully sponsor by my sistahsss (ss banyak sebab ramai) Haha. Termasuk paper bag dan isi2 dalam. (Thanks sponsoriance!) Contoh isi dalam kek roti dengan air. So air kakak pertama sponsor. Kek roti pulak kakak kedua. Haa! Cenggitulah. 

5-HANTARAN
*Coklat
*Al-Quran + Sejadah
*Tuala
*Set Perfume Lelaki
*Buah

Tapi... sempat ambil gambar sendiri tiga ni je. Kenapa eh dua lagi lupa snap? Entah! Haha. Hantaran deco by kakak pada kakak ipar saya. Thanks akakku sayang! Hantaran dibeli dengan duit sendiri. No claims! Macam tuala, Quran and sets lelaki tu saya beli awal2 sikit. So, buah masa lepas akad nikah (kakak's family tolong keluar shopping) and coklat seminggu sebelum majlis kut. (Kalau tak silap).

Hantaran deco lepas akad nikah sebelah petang. Memang lepas akad nikah kami kena kuarantin terus. K, bosan gila duduk rumah sehari tak keluar ke mana2. At least suami and familys ada jugalah jalan2 kuantan before majlis esok. 




Alang2 dah nampak sikit2 tukan, cadar pun saya beli pakai duit sendiri. Cadar ni paling penat nak pilih. Bukan apa, kalau boleh nak beli yang terus boleh pakai. Bukan beli pastu pakai buat hiasan je. Oh no! Tak suka membazir ok haha! Pastu last minute dah dua tiga hari sebelum majlis decide beli cadar macam ni je. Nampak ok dan nice. Cadar by OLI. Cadar pun beli duit sendiri. No claims! Heheh~

6-CATERING
Majlis akad nikah dan majlis sanding catering sendirian berhad. Kakak ipar punya adik beradik memang masak kenduri kalau tak silap so mak upah diorang je buat. Pastu ada jugak orang kampung dua ke tiga orang datang tolong. Untuk bahagian masakan, kanopi... dari awal sampai akhir memang family yang uruskan. Dari segi bajet sampailah ke discussion jadi ke tak ke apa ke semua diorang. Alhamdulillah berjalan lancar. 

AKAD NIKAH 

Sah bergelar seorang isteri, dengan sekali lafaz :) Alhamdulillah. 
22 March 2019
Untuk make up, time akad nikah ni saya make up simple je. Make up pun by Qaseh Bridal jugak. (Orang lain yang make up)

FACEBOOK: KAK OGY
Make up cantik
Suka borak (Tak sombong) Ni sangat penting untuk tujuan tak annoying masa make up. 
Make up lama kut dan kita bukan pernah make up pun sebelum ni. 
Nanti kalau sombong nak kerjasama tu susah. Tapi Kak Ogy ni baik sangat.
Layan je pertanyaan kita haha! 

Family in law

My family

My parents
Husband in law 😉

My officemate. 😅

My anak buah cikeboom 💝

SANDING

Untuk make up sanding still lagi daripada Qaseh Bridal. 
Still juga dapat service yang terbaik. Memang saya dikelilingi orang yang baik je sepanjang prepare majlis sampailah majlis tamat. 

FACEBOOK: KAK SYIKIN
Kak Syikin talkative juga. Suka bercakap macam saya. So, tak jemulah masa proses make up tu. Asyik borak je. Kalau time tak leh borak tu diam jelah. Tapi, tak lama pun. 

Make up Kak Syikin memang the best and terbaik. 💝

Family in law

PARENTS-IN LAW

LOVE

LOVE 2 💝

ANAK2 BUAH HAMBA

OUTDOOR
Masa outdoor ni memang kami dah penat sangat. Pergi yang dekat2 dengan rumah je. Dalam pukul 4 lebih macam tu kami gerak sampai pukul 6 petang. Dah tak lalu. Memang sehari suntuk jadi pengantin ni penat eh?! 


Malu2 nak pandang masa ni 😜







THE END
Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Dah 5 bulan pun. Baru sekarang nak update. Apa pun terima kasih pada semua yang terlibat (Apasal macam bagi speech ni? Haha!) 

Terima kasih tetamu yang hadir. Rasa terharu gila bila kawan2 yang jauh dekat sudi datang. Paling jauh dari Kelantan, sudi datang kerana majlis semata2. Aduh! Rasa nak nangis tau. Maaf sangat kalau layanan tak seberapa buat semua 😥

Oh! Sebelum terlupa nak beritahu:

1- Memang takde ukiran inai kat tangan ke kaki ke sebab suami tak kasi pakai. Dia request pakai yang biasa je. Saya pakai inai Damia. Beli kat Lazada. Murah2 je. Tiga hari tiga malam kut pakai direct. Sekejap2 je pakai tapi merahlah. Puas hati.

2- Rabun tapi tak pakai contact lens. Kalau tak rabun pun tak pakai juga. Still sama. Request by my husband. Kalau nak pakai, sila pakai spek mata. Bila fikir tak pakai pun still nampak muka suami sendiri. Eh?! 

3- Mula2 beli shawl sebab dah tahu muka sesuai shawl. Bila bawal ni risau tudung tak menjadilah apalah. Bawal lovers mesti tahu kan! Pastu... shawl warna putih ada dalam 3 helai. Satin pulak selai. Malam dapat baju nikah tu tengok kaler satin je sesuai dengan baju nikah tu. Pakai jelah satin (bawal). Pasrah. Alhamdulillah nasib baik menjadi haha. 

Untuk sanding pulak ingatkan bolehlah pakai shawl kan. Bila tanya Kak Sham. Kak Sham cakap satin macam naik sikit. So, redha sekali lagi pakai bawal. Sesungguhnya perancangan Allah Maha Baik. Beria nak pakai shawl last minute pilih bawal hehe.

Bawal from LARNIE. Bawal Larnie ni memang best gilaa. Start pakai bawal semula sebab Larnie nilah. Tiba je jatuh hati. 😇

Pssttt:
Kepada kawan2 dan tetamu yang hadir (kutlah kawan mak ayah atau kakak3 abang3) yang bergambar dengan saya boleh PM je mintak gambar tau. Nak masuk kat sini banyak sangat 😞

Ok tu je, 
Terima kasih semua yang baca. Hehe!
Terima kasih pada semua yang hadir ataupun tak.
Dan...
Maaf beribu maaf pada yang tak dijemput. Ada yang terlupa.

Kalau rajin nanti saya tulis pengalaman raya tanpa family kandung pula eh?!
Kalau rajinlah. Sebab malas tu lagi tinggi dari rajin 😑

Papai
💦

Monday 2 September 2019

Bahagia~



Bahagia milik individu
Berbahagialah tanpa syarat 
Seperti pokok yang sentiasa keguguran dedaunan namun masih tetap utuh berdiri. 
Yang gugur biarkan ia pergi 
Setiapnya pasti akan diberikan nafas yang baru

Kesedihan hanyalah sesuatu yang sementara 
Bila manusia tak mengerti semua perasaanmu
Ingatlah Allah masih mengerti setiap kesedihan yang kau rasa
Dia yang akan mengerti segala duka yang kau rasa
Peritnya menanggung
Kau masih bukan keseorangan
Kau sentiasa punya DIA yang menemani

Ketika gelora hati merasakan kau tak punya sesiapa
Allah sedang memanggilmu 
Kembali pulang kepangkuanNya

Saat Dia menyentuh hatimu
Itu kerana Dia masih menyayangimu
Ingin kau bersamaNya
Ketika sedih dan bahagia
Akan didakap erat waktu dukamu
Sehingga hatimu kembali tenang seperti sediakala
Saat orang lain meninggalkanmu
Allah masih setia bersamamu.

Kecewamu tidak keseorangan
Kecewamu berteman
DIA-lah teman yang sering kau abaikan
DIA-lah yang sentiasa memahamimu ketika orang lain salah erti tentangmu
DIA-lah yang ada ketika orang lain meminggirkanmu
DIA-lah Ilahi yang sentiasa menyayangi hambaNya
DIA-lah pemilik hatimu
Dimana semua rasa terlahirnya disitu.

There is no path to happiness
Happiness is the path.


Emotionally: I'm done
Mentally: I'm drained
Spiritually: I'm dead
Physically: I'm smile

It's okay to be sad. 
Hidup ini Allah tak ciptakan untuk berduka tapi tak salah untuk bersedih.

It's okay to be happy. 
Hidup ini layak untuk cipta bahagia. Bahagia yang abadi di Syurga Allah yang kekal selamanya.

Semoga hidupku dikelilingi oleh orang yang sentiasa sayangkan aku. Because i'm try to love all people without terms!
💝