Pages

Wednesday, 17 July 2019

My Sleepmate :)


Assalamualaikum semuaaa.

Memandangkan ada dua tiga orang kawan yang tanya macam mana kami jumpa and getting married, ya ya... let's story about it!

Walaupun sebenarnya, segalanya adalah kehendak Allah jua. But how we meet and decide to be together. (InsyaAllah).

Kami jumpa tak lama pun. Sekejap je. Yang paling best bila kedua keluarga merestui. Apa pun nak buat mestilah kena dapatkan restu ibu ayah kan. Kalau takde macam tak seronok nak buat apa2. So, memang jenis saya, dari awal kawan dengan lelaki semua pun nak cerita kat mak and kakak2. Sebab bila diorang tahu ni macam best sikit kan? Kalau nak buat apa2 pun sekurangnya mereka tahu. (I mean macam keluar makan ke. Studi sama2 ke? eh?!) 😉

Hujung tahun 2018, saya and now my husband (people call, Mus) jumpa dalam satu event. *No need to details ya? Haha! Oh! Masa jumpa tu takde sesiapa yang ngorat siapa pun. Dah nama pun event. Of course jumpa ramai orang. And he do their job. And i do my job. Keh. Keh. We call professional. 

Masa ternampak Mus kat event ni, saya macam...

"Hensemnya!" Tapi tak terlintas pun nak apatah lagi nak ngorat. Well, kita masih sedar diri hookay. Haha! (Masa tu, berseluar jeans, cap, berjaket) Ya ya. stok2 lelaki smart la jugak. (Okeykan yang dipuji dah jadi suami sekarang ni. Moga bertambah pahala isterimu ini ya?) 

Pastu. Pastu, kan. Kami selfie sesama. Dan masa tu dalam hati memasing takde terlintas yang lebih2 pun. Gambar tadi Mus upload kat story IG. And then, malam tuu...

Saya PM dia nak gambar tu. Dia kasi jelah! By the way, masa tu Mus bermalam kat Kuantan, malam besok baru balik rumah dia. Oh, sesiapa yang tahu gambar yang DM kat IG tak boleh nak save direct to phone kan? (Atau kita je yang noob sekarang ni?) Erkk! Alaa.. dah nama pun slave kan. Apalah kami manusia ni boleh buat?! Hebat merancang, Allah lagi hebat. *Ayat membela diri hihi!

Mus bagi gambar thru Whatsapp. Then kami wasap2 sebagai kenalan je. Ala soalan biasa macam korang bila memula kenal tuu. Tapi tak klise sangat la macam... 

Makan apa
Buat apa
Sihat ke tak (Baru jumpa nak tanya sihat ke tak, gila ke apa? 😐)

Dipendekkan cerita, before dia dan kawan dia balik, saya bawak dia jalan2 Kuantan. Memandangkan itu 1st time dia sampai. Saya pun keluar dengan kawan jugalah ya?! Kena ada rasa insecure dengan orang yang kita baru kenal sehari. Even kenal lama pun masih kena ada rasa INSECURE. Sebab do not trust people. Trust yourself more. Okay? Eh! Sekarang dah jadi hubs baby mestilah percaya hehehe! 

Orang pertama saya beritahu before setuju nak keluar mestilah mak. Bila mak bagi lampu hijau barulah keluar. Nampak kan anak yang baik disitu? *Perasan! 

Just one thing nak cakap, orang jenis positif bila dekat dengan Mus memang akan rasa seronok dan selesa berkawan ngan dia. Kecuali yang jenis tak suka happy2 tak dapat la den nak nolong. So... honestly saya cepat selesa dengan perangai gila dia. (Sorry suamiku) Maybe jugak sebab kuasa jodoh. Kuasa Allah. Kan? Kan? 

Bila masing2 dah jauh, still lagi contact untuk pesan benda simple. Macam...

Thank you belanja
Nanti datangla Kuantan lagi. Boleh bagi service grab car yang terbaik lagi disamping jadi tour guide Mus and  fren. Haha! (Oh teringat blue butterfly tetiba) 
Pastu takde dah kut! 

Beberapa hari berikutnya kut? Kami wasap2 then Mus confess something yang sesiapa pun takkan percaya. Oh kita sendiri pun tak percaya, apatah lagi orang lain. Haha! Balik je kerja terus cerita kat mak. (Of course my mum the first person akan kita cari) 

Mak gelak dulu. Then, mak cakap. 
"Cubalah layan. Tengok sampai mana Mus nak confess benda tu." Still tak percayala kan. Maksud mak, silalah follow the flow. Kalau Mus nak main-main, sejauh mana permainan tu. Kalau serius, sejauh mana usaha dia. Paham? Hehe! Tak paham DM tepi. Keh keh. 

Disamping follow the flow tu tengok jugalah kau selesa ke tak dengan orang tu. Ya dak? Buatnya dia serius tak ke niaya. So, kalau nak follow this part, please ask your heart first. Kalau rasa suka boleh teruskan dulu (Minta pendapat orang lain juga. Kalau perlu, Istikharah). Yang penting masa nak ikut rentak bakal tu pastikan tak terlalu mengharap sampailah dia berani buat sesuatu yang serius. 

Macam Mus, dia direct call mak. Beritahu mak yang dia nak kawin dengan saya. Haha! Masa tu rasa seronok sebab 1st time ada lelaki yang direct macam ni. Before this, ada yang berani menggatal dengan anak je. Bila part parents semua jadi singa atau harimau. Heh heh! 

Mak cakap, kalau dah sampai tahap minta izin dengan mak, takkanlah menipu lagi kut! Kan kan? Tapi tengok next step dulu mak cakap. Relaks relaks. 

Next step datang bawa famili. Oh yeay yeay. Masa tu mestilah memang bebetul kan? Tak nak percaya apa lagi? Bincang and bincang maka tetaplah tarikh nikah and kenduri and bla bla. (Kalau rajin, next blog tau?) Sebab ada juga yang tanya pasal kenduri tu berapa habis bla bla. Oh nanti kita share ya? *Bajet ramai je tanya hahahahaha! 

So... kami jumpa balik masa nak nikah n kenduri. Tunggu and masing2 buat persiapan sendiri. Dari jauh. Berlainan negeri. Lain cara. (Nanti cerita ya?) 

Just nak share, urusan nikah-kahwin kami sangat smooth and dipermudahkan Allah dari awal sampai akhir. Alhamdulillah. So i guess dia memang jodoh dari Allah yang Allah hadirkan disaat yang tepat. 

Semoga hubungan kami kekal hingga ke Syurga Allah. InsyaAllah. 
Sesuatu yang kami tak sangka, apatah lagi kami harapkan. Tetiba dapat. Thanks Allah. The best gift from you.

So, nasihat saya pada yang belum kahwin and makcik bawangian sibuk tanya eh?!

*Dont worry. Jodoh dah disediakan oleh Allah sejak dari awal kehadiran kita. Relaks2 je. Bila ada nanti terima dengan hati terbuka. Masa sebelum nikah ada ujiannya, dah nikah pun tak lepas dari ujian. Enjoy2 dulu tau!

*Kalau ada pasangan yang tunjukkan kebahagiaan mereka, relaks2 je. Takde bahagia yang tak disalut duka. Jadi jangan rasa tergugat. Jangan rasa macam tak sabar nak ada suami/isteri. (Bukan nak bagitahu dah kahwin tak bahagia. Cuma nak bagitahu, bahagia tak selamanya bahagia. Ada jugak masa sedih. Faham? Dah nama pun manusia) 

*Kalau rasa ada minat kat sesiapa, pergi je confess. Kalau dia tolak tak perlu malu. Buat relaks je sudah. Itu lebih baik dari pendam. Buatnya crush pun suka kat korang tapi malu nak confess? Kan melepas! Haha! 

Okaylah! Setakat ni je perkongsian pada yang nak tahu. Haha! 
Sorry kalau ada salah mana2 part tau. 
Pada korang2, kami doakan kebahagiaan dan kesejahteraan semua. 

There are so many beautiful reasons to be happy =) 

Papai 💓

No comments: