Pages

Tuesday, 1 January 2019

Welcoming 2019 :)


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...

After a longgggg time without any post on my blog, hari ni rasa nak post something pulak! Dah masuk tahun baru kan? Rasa baru je write down azam 2018. Eh! Tahu2 dah masuk 2019. Oh My God. How time flies. Kan kan... malangnya bila azam 2018 ada yang belum tercapai lagi. Tak sempat pun. Kah kah!

Takpe. Takpe. Sebab azam tu kita akan bawak ke 2019. Selagi hidup, teruskan perjuangan. Gittew! 

Ha ha. K tak nak cerita panjang pun. Merapu je lebih. So.... HAPPY NEW YEAR ALL READERS! 
Hopefully apa yang korang hajati tahun lepas tercapai. Mana tak tercapai, usaha lagi. Apa orang kata, selagi hayat dikandung badan memang kena selalu berusaha. Kan? *Padahal sedapkan hati sendiri. 

Okey! Okey! Dah. Nak taip wish list 2019 ni. 

My wish list:
1- Yang ni nak kena tulis paling atas tau! Sebab ini adalah perkara yang paling penting bakal berlaku dalam hidup untuk tahun 2019 ni. Ouch!! 

Jeng. Jeng. Jeng. Mesti macam berdebar kan? 

Ha ha.

Okeylah...

Tet... tettt... BRIDE TO BE. InsyaAllah. Bulan berapa... bila... di mana... sooooonnnn okey? Jangan risau sebab selagi masih hidup, blog ni akan senantiasa on. Cuma bila update je tak tahu. Maybe early 2020? Ha ha! Memang itu pun seorang Anisah Ali >> Pemalas yak mat! 

Okey done! Second...

2- Tahun lepas sempat hantar satu manuskrip... disiapkan selama 3 bulan. Penilai amik masa 3-6 bulan untuk nilai. Ada something yang dia komen. Biasalah! Dah malas nak baiki. Kite buat je manuskrip baru. Manuskrip baru sepatutnya hantar bulan 11 last year tapi sebab ada kekangan... gittew. Tergendala. Bawak jela manuskrip tu ke tahun 2019 ni haa. Sedih la jugak. Tapiiii writer block terlalu lama sampaikan kena baca balik dari bab awal. Itu yang malas. Maybe... tajuk tu akan dibekukan kut? And find the freshiee idea? Maybe laa. Tengok macam mana. Tapi sebenarnya tu dah episod2 akhir tau. Macam sayang pulak biarkan dia berabuk. Mana nak tahu itu rezeki? Ha ha! Dilemma orang pemalas memang macam ni. Whoa! 

3- Continue my study >> MASTER IN ECONOMICS. InsyaAllah. *Doakan ya? Macam biasa, PART TIME STUDY. 

4- Pesta buku 2019. Start 29 march 2019 sampai bila lupa! Cari gambar yang ada date pesta buku tu tak jumpa. Nanti korang tengok jela kat FB. Selalu memang ada update. Yang pesta buku ni memang takkan ketinggalanlah biasanya. Sebab... promo dia memang luar biasa. And time ni la nak meet and great penulis buku kesayangannnn haha! Better simpan duit banyak2 terus. Serious cakap 200 ringgit memang tak cukup. Kau tengok semua buku, semua pun rasa nak hangkut. Biar pun habis baca tahun 2020. 

5- Pergi Perak. Kedah. Pulau Pinang. Yuhuu! Yeay. Wow! Ha ha. K ni atas sebab apa tak nak cakap lagi. Nanti update lain. Stay tune je tau! 

Okey! Cukuplah setakat ni. Ada banyak lagi plan sampingan yang tak masuk pun kat dalam ni. Sebabnya masih dalam plan. Nanti kalau jadi buat tu, update lain jela kat blog ni. Ha ha! Sebab... ada perkara tetap jadi privacy tau. Yang diberitahu ni perkara umum and rasa nak share dengan orang lain. Ha ha!

By the way... azam paling utama sekali mestilah nak hidup bahagia hingga ke syurga. Hidup dalam lindungan Allah. Dalam redha Allah. Itu baru makna bahagia yang sebenar. Kan?

1st January2019: Duduk rumah je. Lepak2. 

Happy birthday my love mum. Always in my heart :) 

Azam 2018 (Kut la ada yang cari. Kesian skrol banyak2) Haha.

With love,