Pages

Wednesday, 15 August 2018

Gathering Genting Highlands and Janda Baik

Assalamualaikum, and hai hai hai. *He he!

Firstly, sorry bebanyak sebab macam dah lama gilaa tak ambil tahu pasal belog yang satu ni. Alhamdulillah, tadi baru aje emailkan manuskrip saya ke SUARA HATI PUBLICATION. Doakan ya, di bulan yang mulia ini, Allah permudahkan semuanya. Amin!

Lately ni, memang tak sempat nak kutip tahu hal blog ni. Busy yang amat. *Kelas, kerja.  Macam biasa, kita punya rutin harian. Sampaikan dah nak habis tahun, short trip yang awal tahun pun belum post lagi haha! Lagi malang bila edit video sampai kesudah pun belum siap edit. So... kita masuk aje la mana yang ada, ya? Sorry about that! Sorry! Sorry!

As usual, tak nak bebel banyak2 nanti korang boring baca blog ni.

So, kami satu famili bertolak dari rumah ke Genting dalam pukul 8.00 pagi macam tu. Jalan tak berapa jem pun. Sebab kami pergi pun hari cuti umum je. Bukan time raya ke apa... tarikh memang dah lupa. As you know, berkurun peram draf dan hari ni baru nak sambung balik.

Firstly, kami naik cable car nak ke shopping mall Genting. Saya baru tahu rupanya ada dua cable car ek. Satu yang lama. And satu lagi yang baru. Ada yang cakap, untuk cable car semua kaca tu belum siap lagi kan. Apa pun kalau dah siap tak berani pun nak naik. Ngeri seh!

Dukacitanya kami naik yang lama. Dah sampai pergi toilet dulu, then baru beratur beli tiket. Masa beli tiket memang ramai gilaa orang beratur nak naik cable car.

Gambar masa beli tiket hilang, tak tahu mungkin terpadam kut.
Nah tunjuk gambar tiket je kat korang. 
RM8 je dewasa. 
Kanak-kanak pun kena bayar. 
Lupa ketinggian berapa tapi anak buah saya yang umur
5 tahun dah kena bayar. 

Saya beli tiket pergi dan balik terus. Langkah bijak
sebab nanti nak balik tak perlu beratur semula. Beratur benda paling malas nak buat.
Then, dah beli ikut la nak balik semula ke tempat asal tu jam berapa. 

Ini cable car  lama. Warna warni. 
Kalau baru lebih kecik dan satu kaler aje. Merah.
Yang lama ni genting skyway tau. 
Yang baru awana skyway.

Hasil carian google. 
Kalau naik yang ni lebih cepat sampai nak
banding yang kami naik tu.

Waktu nak naik cable car. 
Psst: Bagi yang kali pertama naik jangan tunggu cable car berhenti k. 
Memang takkan stop. Masa ni kena cepat2 naik.
So, macam orang tua memang tak disarankan sangat. Risau tersadung.




Soooo inilah cable car yang kami naik. Perjalanan. Perasaan. 
Betapa takutnya sebab first time naik. Bila tengok bawah rasa ngeri.
Tengok depan lagi ngeri. Macam... 
Lepas ke cable car tu nak naik lagi tinggi.
Kalau sangkut macam mana? 
Dan berbanyak kalau lagi yang main kat fikiran.
Ayat2 Quran jangan cakap. Mana yang ingat tu bantai aje. 
Ha ha!
Penakut tapi nak naik. Pelik sangat. 
Satu cable car ni memang kami satu famili je. Tak ada orang luar.

Kabus. Abaikan muka macam tu. 
Berpeluh sebab takut sikit. 


Bukan the whole Mall, but untuk certain Mall saya
sempat rakam. 
Sorry bila dengar suara sumbang. Abaikan je.
Actually memang tak sempat nak edit. 
Kalau nak tunggu edit tak tahu bila boleh transfer dalam lappy. 
Next posting InsyaAllah ada video yang edit. *Kalau sempat dan rajin hiks!

Dalam ni banyak aktiviti. Semua pun tema binatang.
Harga tiket boleh tahan untuk seorang masuk.
Ada cecah RM50 seorang.
Banyak aktiviti dan boleh pilih nak join yang mana.

Abang long kena paksa. Actually benda gajah tu bergerak kiri kanan.
So dia takut la.

Nak lari.....

Nangis dah... ha ha. 


Ohh jangan nampak muka selamba macam tak takut k.
Hakikat nya penakut jugak!

Hakikat abang dan adik pun penakut dedua. 

On the way nak balik ke tempat cable car. Dari shopping mall.
Memang sesat. Berkali tanya orang. 
Malu bertanya sesat jalan. 

Yeayy dah sampai kat stesen cable car.

Dari stesen ni, boleh nampak cable car from
awana skyway.
Orang cakap kalau naik yang itu dalam masa
10 min dah sampai. 
Shortcut banyak.

Banjir dengan mamak bangla. 
Nasib baik tak naik sekali ngan kami. 
Memang beratur panjang yang amat sampai tiga line.

Bagi chance tau!
Nak naik cable car, nak balik.

Pun sama. 

Dah habis round shopping mall, dah agak petang kami bertolak balik. Memang pergi satu hari je. Short trip, kan. Kalau tak silap esok tu memasing kerja. 

Before balik, alang dah sampai genting, kami pun melencong masuk Janda Baik. Okey yang ni best! Kat JB ni, cempedak goreng punyalah murah. Beli lima ringgit tak habis makan. Buah besar pulak tu. Memang puas hati. Lupa pulak nak snap gambar cempedak goreng. He he. 

Sesat sikit, dan tanya orang kat situ. Kawasan kampung yang paling best saya rasa. Cuma, jalan pusing2 jadi pening sikit. Tambah sebab dah petang kut. Dah penat bersesat dan pusing satu Mall sebelum tu.

JANDA BAIK

Tenang dan cantik. Bunyi air ciptaan Allah ni memang bunyi
paling menenangkan. Saya rasa mesti ramai bersetuju dengan saya kan? 
Ke... saya sorang je macam tu... he he. 

Budak cinonet ni mandi.
Air kat sini memang bersih dan tenang dan...
WOW!

Ala-ala candid. Konon!

Ha ha! Tak tahu fokus apa.
Nom telefon kut? (Jari pada dagu)

Sooo, kat Janda Baik ni kami lepak sekejap je. Sempat makan, ambil gambar then mandi *budak2. Lepas tu bertolak balik. Dah nak senja pun masa tu. Tak elok kan waktu macam tu still kat luar. 

Kalau nak release stres, lepas tension. K sama! Saya suggest sangat tempat ni. Memang confirm boleh lapangkan otak yang berselirat tak jumpa punca tu. 

And the last, enjoy my post. Lepas ni tak janji lagi bila pulak boleh menaip. Idea memang banyak. Kekangan masa dan malas tu yang penting sekali. He he. 

Salah dan silap harap dimaafkan. 

Belum terlambat kut nak ucap SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN. 
Maaf salah dan silap. Dan nak ucap terus la...

SELAMAT HARI MERDEKA.
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.
Apa lagi ek? Tak ada dah kut. Kalau ada saya wish untuk next post k. 

Last...
Happy reading.
Enjoy your life...
And... Bye!
💝💝

No comments: