Assalamualaikum, Hai...
Finally, I am done with my thesis *Syukur gilaaa~
Proposal
Thesis
Sepatutnya, semester lepas kena siapkan proposal kan, tapi kami tak ada pulekk di brief kan pasal tu... so jadinya, tak sampai pun enam bulan (satu semester) kami kena siapkan proposal sekali dengan full report. Mana nak siapkan esaimengg lain lagi. *Gelabah jugak la. Kerja lagi non stop. Uhh.
Biasa la, sindrom pelajar2, awal2 tak nak buat. Alasan, alah lambat lagi kutt. And itu la terjadi pada saya haha. Orang lain dah siap baca jurnal, kumpul artikel. Siapkan apa tu Independent Variable, Dependent Variable blaa blaa. I like "apa tuu?" Pastu gelabah. Suka kan macam tu. Sape sama? Yeah! Kita gengg. Macam mana entah nak sambung master kalau macam ni gayaa.
Tinggal lagi sebulan kutt, sebelum VIVA (Presentation), apa pun tak siap. Baru siapkan chapter 1 *Introduction and chapter 3 *Methodology. Chapter 2 bab Literature Review satu apa pun tak tulis. Alasan lagi tak reti. Sepatutnya dah kena hantar hari kelas tu. Semua orang hantar and I give a many reason to lecturer. Kau ghase? Rasa macam tak berguna gilaa... orang lain boleh siapkan. Kenapa kita tak boleh haha.
Maka bermula lah drama karton dengan Dr.
"Dr, saya dah siapkan chapter 1 dengan 3. Chapter 2 je belum. Boleh tak saya email je kat Dr?" Yalah. Gila kauu. Takkan nak hantar kat Dr, proposal yang tak lengkap. Dah la tak print.
Kita pun mintak Dr cek dalam laptop ja. Dr cek! Tiba-tiba Dr cakap.
"You tukar tajuk la.."
Kita pun tercenganggg dengan makanyaa *teruk gilaa ayat. Kalau cikgu BM baca ni dia menangis bertahun2 haha.
"Tukar tajuk apaa..."
Dr pun bla bla bagi tajukk. Ah!
Tukar tajuk maknanya kena cari jurnal baru ya sayang2.. dah la tinggal tak sampai pun sebulan lagi. Proposal yang kita dah tulis tu, sila la buang dalam tong sampah k bai. Masa tu apa perasaan? No feelingss. Nak marah kat Dr? Haha, ada la rasa. Tapi untuk apa. Padan muka!
Pening! Memang pusing sangat2.
So dalam masa yang tinggal beberapa hari je lagi tu. Dalam belasan hari je. Time tu jugak kerja tak ada cuti langsung. Maka bermulalah episod kita bawak laptop ke hulu hilir. Pantang ada peluang, kita buat je. Tidur? Tak payah cakap la. Memang tak cukup tidur. Dekat sebulan berjaya. Esok pagi2 dah bangun haha. Nak muntah pun ada jugak la siapkan semua tu. Al hasil maka siaplah. Alhamdulillah.
Esok VIVA, malam ni tengah siapkan lagi.
Malam VIVA tu, al kisah entah macam mana lah. Kertas A4 tak ada. Okay fine. Kau tahu. Rasa nak menangis tahu takkk. Mak dengan kak ipar *thanks sayangku... pergi rumah sesapa je pergi mintak ehsan kertas A4. Sebelum ni memang selalu beli satu bundle bila nak print. Entah la... tak tahu kenapa lupa. Allah nak uji haha.
Dah nama pun mintak ehsan. Memang tak cukup la. Nak print slide *almost 40 lebih2 slide camtu. Thesis setebal 80 lebih muka surat. Nak kena print dua copy kutt. Esok pagi pergi print dekat kedai printer. Nasib baik bukak awal. Yela. VIVA start pukul 8.30 pagi. Saya giliran nombor 4. Berdebar? Sangat lahhh. Masa tu la diorang akan reject dekat situ jugak in case your tesis tu entah apa2.
Sampai dalam bilik conference baru nak kompile kan semua nya sekali. Nasib malang lagi. Benda alah pengepit tu tak muat untuk tesis kita yang bapak gilerr tebal dia. Stress lagi. Berdebar tahap nak ma... *sambung sendiri. Kawan sekelas biasala suka tolong. Baru nak tolong benda tu dah patah k bai. Nak tak nak memang kena keluar jugak pergi binding. Lagi sekali. Masa tu lagi seorang kut lepas tu giliran saya. Kawan cakap sempat je. Yela takkan nak bagi report tak binding. Just guna klip. Gila betul! Haha.
Sekali lagi Allah tolong. Pelajar ketiga. Then rehat kejap. Lepas tu saya. Saya dah siap binding tu diorang tengah rehat. Yeayy. Syukur tak terhingga. Thanks God!
Semasa VIVA
Macam biasa student buat. Intro before presentation. Sama la saya pun. Slide 40 lebih. Dr2 sekalian macam naik jemu pulekk. Ada certain part yang tak penting so I skip je. Lagipun apa yang diorang nak tengok actually result yang korang dapat.
Part result. Mestilah kena soal. Dah ada jawapan? Ada yang ada. Ada yang takde. Most important kena lah tahu kenapa guna kajian macam ni macam ni. Bukan hentam kromo sesuka hati awak je. Hehe.
"Okay. Thank You." Selepas kena hentam sikit-sikit. At last my supervisor cakap ni. Faham kan betapa lega nya? Macam orang baru lepas IV and dia dapat kerja tu. Bersyukur gila. In case report korang salah. Dia tak puas hati. Time tu jugak depa reject. So step tengah saya tak kena reject. Memang la bersyukur tahap tak ingat dunia. Kalau kena reject tak tahu la. Koma kut setahun. Hanya Allah yang tahu macam mana tak cukupnya masa nak disiapkan report tu :(
After VIVA
Selepas VIVA. Kami ada perjumpaan. Sorang-sorang akan diberitahu apa yang patut baiki dalam report as a report yang final. Sebelum submit nanti. So disebabkan result saya cam terlalu over pulak respondent yang setuju. Saya kena tambah something dalam result. Nanti la kalau ada masa saya buat tutorial guna SPSS pulak okay. Tak janji bila but InshaAllah. Yang dah pro guna SPSS okay la. Saya tak pro. Banyak yang saya belajar. Guna google. Dan ada kawan saya ajar. Thanks laling. Kredit to Nor Aziah. Btw dia takde blog so tak boleh nak tag. Hehe.
Balik rumah. Baiki apa yang patut dibaiki. Ikut cara yang supervisor nak. Kalau tak ikut korang memang akan fail. Kecuali supervisor korang jenis tak kisah. Tapi bukan supervisor kita. Dia tak macam tu. Buat apa nak guide kalau tak nak ikut.
Dah siap baiki. Ada lagi tau. Kena cek turnitin. Turnitin UITM 30%. Kalau Uni lain saya difahamkan 20% je. Nak dijadikan cerita kan, akaun turnitin yang supervisor saya bagi tu tak elok. Overall pelajar dapat 0%. Huwarghh. Nak menangis tahu tak? Tanya supervisor kedua. Dia cakap nak dapat result turnitiin biar logik sikit la. Sebab kalau 0% tu macam menipu. Okay... Supervisor kedua ni pun memang pelik. Supervisor pertama pun pelik. Tak tahu nak cakap apa and nak cek akaun tu kenapa... Then, esok pagi-pagi lagi Supervisor pertama bagi akaun kawan dia. Case dia lupa akaun dia sebab dah lama tak guna. So kami pun guna lah. Biasalah, nak cek turnitin tu makan masa sikit. Saya pun dah nak gerak ke Uitm. Tapi saya cek jugak then saya tawakkal jela hopefully result saya under 30%. Dah on the way pergi Uitm, Supervisor kedua cakap result turnitin saya 16% je. Alhamdulillah. Rasa nak melompat dalam kereta. Tapi tak boleh la sebab saya tengah drive kutt. Haha~
Tapi, report turnitin tu kena print. Masa dah on the way tu saya guna yang report turnitin kosong je. Attached sekali. Sebelum attach dah tanya Doktor and doktor cakap okay je. Nanti dia akan cek semula memandangkan dapat result kosong. Bukan apa... tak nak lah ada argue nanti masa meeting pensyarah. Cenggitu la kan. Bila dah dapat result under 30% tu macam best laa. Lagi bersemangat kita nak hantar sebab tak nak fikir dahh. Sumpah! Hehe.
Dah sampai Uitm, call doktor kat mana. Jumpa dia dekat makmal komputer and then saya bagitahu dia dah dapat result turnitin lepas guna akaun Supervisor kedua. Doktor cakap good. Nanti saya boleh email je. Syukur. Kalau nak hantar lagi sekali jauhhh kutt... Syukur! Dah lepas beban demi beban yang ditanggung selama ni. *Buat saya timbang darab berkali nak ke tak sambung master. Macam tulah gamaknya. Haha. Teruk gilaa.
Balik rumah, saya download report turnitin sekali dengan report FYP saya hantar pada doktor. Alhamdulillah. Segalanya berjalan dengan lancar. Most important is boleh tidur dengan aman damai tanpa gangguan, mimpi FYP lagi. K bai. Hehe~
Tips siapkan FYP *Terutama bagi yang bekerja. PJJ
- Selalu tanya supervisor. Biar supervisor nampak sikit yang korang ni utamakan dia. Sebab ada setengah supervisor nak student dia tanya dia dalam apa hal. Walaupun boleh buat keputusan sendiri. Bila buat keputusan sendiri tanpa tanya dia. Dia akan komen banyak gilaaa walaupun apa yang korang buat tu sebenarnya betul! Sama macam supervisor saya! Haha.
- Ikut je whatever arahan dia. Bukan apa... kalau korang tak ikut. Ingat satu je. Dia berkuasa bagi kita markah and nak failkan kita atau halau kita dari kelas dia. Bukan saje cakap tapi memang pernah terjadi depends pada supervisor korang. Kalau dapat yang baik tu maka bersyukur. Dapat yang cerewet belajar dan terima dengan hati terbuka. Follow je tanpa perasaan haha. Niat dia nak mengajar je. Nak bagi ilmu. Kan kan...
*Rasanya dua ni je tips kutt. Takde apa dah... kalau ada nanti kita tambah. But, whatever is this, Allah is always number one. InshaAllah. Apa-apa pun jadi mudah. Pastu untuk yang jenis siang kerja malam belajar ni memang kena bertabah gila gilaaa masa nak siapkan FYP. Okay? Just believe your self. You can do it! Yeahhh.
Nota kaki:
*Alhamdulillah result FYP dan keluar and alhamdulillah it's good. 😉
Finally, thanks for reading...
Satu post ni pon amik masa berbulan. Finally, siap jugak...
Bai korang...
See you in the next posting...
Short trip Genting Highlands & Janda Baik
💝