Pages

Sunday, 28 May 2017

Happy Blessed Ramadhan 2017

Assalamualaikum
Salam Ramadhan uollss!

Dah lama tak mengepostt. So just take a few minutes for a short post. Untuk puaskan hati sendiri ja hehe. Ada yang rindu tak eh? *So perasan!


Selamat menjalani ibadah puasa selama sebulan for all Muslim's 😊



Jom checklist apa yang perlu dibuat sepanjang bulan Ramadhan ni. So sesiapa yang mampu meh buat ibadah sebanyak mungkin okays? Semoga setiap saat dan minit tu bermanfaat untuk kita semua aminnn. Saya baru ja buat halff haha. InshaAllah kita sama2. 

For my selff too. 😉


Niat puasa
After berbuka puasa, solat maghrib. Saya terus ja niat puasa untuk esok. Risau lupa je hihi. Memang jenis pelupa kann. Banyak kali niat tak ngape jangan tak niat langsung tau haha.

Bersahur
Kunci jam dalam 4.30 pagi macam tu. Takda apa sangat menu. Just nasi putih, telur goreng and keropok plus air kopi. Simple. Sejenis keluarga yang tak suka makan sahur makanan yang terlalu complicated like a tumis2 ke, singgang ke. Hehe!

Membaca Quran
Waktu yang sesuai untuk orang yang bekerja, sekolah adalah selepas bersahur sebelum masuk waktu subuh. Istiqomah penting. 

Solat Awal Waktu
Subuh confirm diawal waktu sebab selepas sahur terus ja tunggu subuh hehe. Zohor, asar tak berapa nak awal. InshaAllah diawalkan lagi. 

Solat Tarawih
So stkt ni buat kat rumah ja dulu sebab awal pose ni memang family ramai yang dtg nak berbuka sesama. 

Qiamullail
Before bersahur. Solat tahajjud, taubat, hajat. *Sunat.

Menjaga Pandangan
InshaAllah.

Memelihara Lidah
InshaAllah

Bersedekah
Ibarat tangan kanan sedekah, tangan kiri tak tahu ok? Rahsia kita :)


Tips sahur dari uncle google je. Hehe~


Selamat menjalani ibadah puasa
Semoga puasa kita diterima oleh Allah
Amin!


Sunday, 14 May 2017

Love Weekdayss : Family Outing & My Clases Hmm Oh My Bad Presentation :'(

Hurm.. (Awal2 dah hurmmm. Kes mata ngantokk sangat tapi tetap nak updateee just for make sure bloggg ni tak bersawang habuk semua hadoo)

Assalamualaikum 😇

Alhamdulillah, finally saya berjaya attend kan diri ke kelas yang keempat kutt. Tapi first kelas untuk saya. Kesian. Apa boleh buat busyy kalahkan Datuk N. Hmm. Sem ni memang tak berapa nak manyak assignment segala mak nenek tu tapiii... satu assignment ja bapak punya susah 😕 konon beria dok yeayyy sangatkan sebab tak banyak tugasan kononn! Sekali teliti hambikk la kauu.

Take note especially for student *pleasee:  Im lucky because hari yang Dr nak buat presentation tu memang takda apa2 kerja. So boleh cuti. Tapi last minit sediakan slide. Kononnya hari tu hari tuu. Dah lama sangat dah memang dah review notes yang Dr bekalkan untuk tajuk yang saya kena present. (Banyak gilos "dah" perasan tak haha) abaikan. Tapi sekilas air di lautan ja tengok tu. Okay dalam hati. "senang". Notes pun macam dah lengkap sangat. Over! Time review tu punn dekat ofis sebenarnya. Haha~ 

Esok tu kelas. Balik keje dah petang ok. Macam biasa ofis hour. Sampai rumah mesti lah mandi solat makan ape semua dulu kan. Tapiii. Malam tu mak ajak tido rumah kakak. Okay la. Takkan nak bangkang pulak. Kalau tido rumah kakak perjalanan nak ke kampus tu pun bertambah dekat2. Just follow. Disebabkan notes tu kononn dah lengkap. Memang ngam dengan silibus. Okay i just follow. Slide ok je siapkan dekat rumah kakak! 

Around jam 9.00 malam kutt sampai rumah kakak. Kami bertolak lepas solat maghrib. Sempat beli burger lagi. Hehe. Dah sampai terus je bukak laptop, nota segala bagai. Konon nak buat slide. Iyalah! Semua benda dah ada. Setakat nak buat slide je lagi kacang jela kan? Sombong benar sebab tu la tak tengok notes lagi dah lepas tu pluss busy penat memang malass okay? 

Jam 10 malam siap satu slide and yeayyy. Sukooo. Time tu tengah ws dengan Aten. Shes my geng yang jenis buat kerja last minute hokay? Haha. Entah macam mana borak2 dengan dia and bagitahu la dia dengan bangga. "Aten, saya dah siap satu slide." Ohh yeke woww. Teruja. At last bila tengok balik notes. Kes tengok balik notes tu sebab Aten cakap dia punya tajuk yang kena present tak relate dengan nota, Saya macam hah yeke? Kalau satu tak relate semua tajuk akan tak relate. Based on record before this. 

So so tengok semula notes tu. Oh my!! Memang salah ok? Rasa macam nak nangis. Masa terus berlalu sampai 10.30. Huwarghh. Stress bangat rasa tauu. Banyak kutt slide yang dibuat. Gigih kutt menaip :-( tak tahu la macam mana nak cakap perasaan tu. Then dapat tahu dua2 slide tak relate dengan notes. Oh Ya Allah padah nya buat kerja last minit macam ni. Tajuk notes lagi mudah dari dalam silibus 2017. Okay rasa macam boleh tak, tak nak attend class lagi? The answer is mestila no kan. Hmm. 😑

*Boleh tak nak continue esok maybe. Mata mengantuk tak menahan. Seriouss syok menaip hehe sebab dah lama tak bukak blog huhu. 

Baii~
💝

Hai!

Nampaknya untuk posted kali ni tak amik masa yang lama untuk sambung meng updatedd. Hihi, malam ni awai sikit dari biasa so InshaAllah boleh habiskan terus malam ni. Kita kasi lang-sum okay. 😑

Akibat buat kerja last minit saya tanggung akibat untuk buat balik slide without notes yang dibekalkan? Saya ni jenis tak berapa nak confident tauu kalau takda bukti depan mata. Haha. Okay sedarlah wahai diri ni bukan zaman budak sekolah kebangsaan yang cikgu tunjuk satu2 hokay! Hampir semua classmate dan saya rasa memang semua kutt guna pak cik google untuk buat slide.

Dengan rasa lemah semangat kes dah takda mood time tuu. Rasanya korang pun kalau salah macam tu penat kutt buat hehe akan rasa malas dah kan nak buat untuk kali kedua benda yang sama? Kan3. So same wiff me! Hari dah lewat malam baki slide yang tinggal masih lagi 2?? Hurmmm..

Orang lain hanya tunggu saya siapkan kerja untuk tido. Wuhaa lagi la gelabah nya kan. Bukan tak provide bilik tapi lebih selesa dekat ruang tamu. Kalau rumah sendiri mestila selesa dalam bilik. So tak kisah nak tutup lampu jam berapa pun. Sebenarnya need to more and more rest malam tu sebab esok nya tuu nak drive jauhh. Tapi takpe sebab memang jenis last minit punya kerja kan hehe~

Saya pun ask uncle google apa yang kaitan dengan tajuk. Tapi perasaan was2 tu still ada. Gigih baca sampai tak masuk kepala. Okay kena paham dah tengah malam kutt. Hihi. At lastt siap jugak dua slide dengan bantuan pak cik google. Thanks tauu pak cik! So appreciate your helpedd. *okay english kelaut. Whatever haha.

Jam 1.30 pagi okay siap segala benda tu dari jam 9.00 malam plus kecuaiannn. 😀😓 perasaan masa tu? Nak nangis, jerit semua hadoo laa. Hehe~

Pagi esok nya awal tak awal dah get ready bangun untuk pergi kelas. Sem 1 dulu jam 6 pagi dah gerak tau. Paling awa 5.30 pagi. Hihi. Dah pertengahan nak ke akhir ni takda makna la kutt kan. So jam 7 dah gerak. Sarapan dalam kereta je. Beli kueh tepi jalan hehe.

Alhamdulillah jugak bila dr wasap dia lambat sikit. Legaa. Sampai kelas sempat la bersua dengan kawan yang dah lama sngt tak jumpa.

Bukak laptop, nak amik slide tauu ready for present. Isk isk. Laptop takdak bateri pulak! Sakit nya tuh disini 😓 cas la kejap. Nasib baek chapter 8. So lambat lagi. Smpt la laptop penuh sambil nanti nak amik masa 5 min nak revieww. Dr tny soalan pulak okay lepas present. Hah ni yang tak sanggup tauu. Dupp dapp dupp dapp kita. Hello ada marks okay? Marks... erkkk.

Untuk satu subjek ni okay saya boleh paham lagi sikit2, dah nama pun kerja last minit jadi korang jangan la tanya kenapa. Sah2 tak prepare 100% hampeh tauu.

Untuk slide yang kedua, subjek lain2 hokah! Jangan pening2 baca je hihi. *Konon ramai sngt intai blogg hang kann

Untuk slide yang kedua, okay dah repeat dua kali. Atas bawah hehe memang suka kutt. Tula jenis mengarut lagi tak habis2. Okay, betul2 ni kali ni. Slide yang kedua ni memang tak paham. Dapat tajuk quality, gap hmm whatever. Sebenarnya bukan tak paham mana cuma tak yakin kefahaman tu betul ke idok dengan dr punya paham haa. Hehe.

So slide sikit sngt haha banyak gambar je. Tapi bukan gambar kosong ya. Gambar pemprosesan. Paham jela kalau google gila banyak sngt sumber. Yang betul nya 20% ja punn. Tu yang kureng confident dia tu. Hehe.

Yang slide dua ni tak kena soal dengan dr tau. Sebab ada pemainan licik dekat sni. Aten cakap haha. Macam ni. Dah siap present I just give an explaination dekat dr.

"Dr, act saya tak paham tau tajuk ni."
"tak paham macam mana tu?"

Gigih bukak slide balik then tunjuk tajuk depan tu. Saya punya tajuk dah sambung point2. Chapter asal Aus punyaa.

"apa ya u punya tajuk?"
"saya sambung tajuk Aus. Ni tajuk saya."
"ohh ni.. so dr pun bla bla bla terangkan." 

Lama ok dr terang so takkan la nak jadi model tak bergaji dekat depan tukan. So saya exit pendrive and sit down. Memang betul tak berapa confident and i need a detail explaination. So now dah paham tajuk sendiri. Teruk kan betapa tak prepare nyaa isk iskk. Jangan tiru macam saya ok duhai pelajar semua. Sejak dulu saya jenis last minit yang takda keinsafan huhu. 😓

Okay settle part class : presentation.

P/s:
# dah tahu nak present awal2 lagi patut dah prepare mental and fizikal. Yang penting ilmu. Especially dr tanya takda la kau gagap. Dah bagi impression yang buruk kan.. 😢
# cabaran buat PJJ. Nasib baek dr Wan seorang dr yang baek3. *hopefully tak potong mark ok? Hehe ingt dr ada masa baca blog ang? Angan!

Betol sampai dah nak grad pun perangai still 
lagi sama. Alasan busy haha~


Setiap sem cakap dekat diri sendiri.
Insafnya kejap je k. 😋

Say No tau haha.

Bai presentation. 
Masih berbaki #Test #assignment group #individu assignment
Wuhuuu banyak makk aiii~
😓

Sundayyss with free domm. 

Untuk seorang yang bekerja tak kira hari, masa waktu ehh sama je kan maksudnya? Apa2 jelah. Bila ada je waktu cuti nak2 hari ahad yang tak perlu kerja yeayyy seronoknya. Dapat duduk rumah, basuh baju, lipat kaen jemur kain. Fuhh banyak sngt nak kena buat belah pagi tu kan macam nak patah pinggang.

So disebelah tengahari dapat panggilan. Sepupu ayah warded. Okay kami sekeluarga siap2 nak p tengok la kan. Alhamdulillah rumah semua dah beres. Kalau tak keluar mesti confirm wajib tidur hehe. 


Doakan kesembuhan dia okay? 


HTAA boleh melawat jam 4.00 hingga 7.00 petang ja skrg. Baru je diubah. So waktu tengahari dah tak boleh melawat dah. Kanak2 kurang 12 tahun tak dibenarkan masuk walaupun dekat lif bawah tu je. Sedih kan? Dulu takda la seteruk ni. Hmm. Maybe untuk kebaikan. Maybee. Fikir baik2 yang datang pun baek2. Amin cewaahh sngt. Huhuuu. 

So lepas melawat kami p makan nasi kukus dapur mama depan ECM ja. Ayam dia best giloss. Air pun banyak pilihan kalau nak banding dengan nasi kukus mama. Normally air cola2 je kan. Very highlyy recommend!

Selepas itu. *hmm so skema punya ayattt. 
Kami pergi borong durian crepe ss nyum2 setakat ni dekat Kuantan memang durian crepe SS ja yang terbaik. Durian banyak takda la rasa cream. Kali ni kami borong 7 pack. Erkk. Satu pack sorang punya la tak nak kongsi kedekut sngt! Haha. 

Haa nampak tak?
Menggoda kan?
Tapi jangan risau luaran memang sama dengan rasa.
Lebih lagi rasa dia. Sekali makan mesti nak2 lagi.
Nyum3. Hehe.
Facebook: Durian Crepe SS
Recommend sebab sedap. Dorang tak tauu pun saya update dekat blog. 
*Not a sponsor post hokay!

Kalau tak silap. Durian crepe SS ni memang ramai agent. Seluruh negeri memang ada kutt. So tak susah sangat la korang yang mengidam nak makan tu atau memang penggemar macam saya hehe. 

Highly recommend because:
*Durian banyak giloss. Tak macam setengah peniaga yang banyak letak cream dari durian. Still gemuk tapi gemuk cream. *tak sedap!
*Gebu. Memang sedap mata memandang.
*Fresh,
*Kali pertama ngap memang rasa durian. Bukan cream semata.
*Kulit kuning dia tu nipis je hokay?
*Sedapp. Hampir every week kami beli :) 
*💝💝💝

Hehe, yeayyy posting yang panjang. Fuhh mood nak menaip memang ada tapi dalam hati ehh bila nak habis ni cerita ni. Panjang pelik ja kan. 

@ Sorry untuk semua kesalahan ejaan, english BM campurr entah hape3. 
@ Bahasa yang kurang difahami maybe. 
@ Menaip perkataan yang berulang kali. 
@ Menaip mana titik? Pandai korang la letak titik sendiri k jangan baca tanpa noktah dalam satu nafas pulak! Nanti asma jangan salahkan saya haha. 

Hehe, doakan saya berjaya untuk Semester 8 ni okay? 
Bai and Waalaikummussalam wbt *kes dekat atas dah bagi salam takut korang lupa jawab so dah habis baca automatically jawab tanpa sedar or maybe separa sedar haha... jangan mareee aaa.

😆



Saturday, 6 May 2017

Sekadar Suka Suka Haha~

Assalamualaikum..

Hai!, Sekadar suka2 haha.
Hurmmmm, apa nak cakap eh!.

Maybe... maybe la in the next2 blog will story about:
1- Husband & Wife lumpuh, ada seorang anak. I guess 3 years an above kott. How they survived? 😇 what important is syukur and redha :)

2- Now, tengah usahakan satu video untuk di smory kan dekat sini. Hopefully berjaya. Really hoppee!

3- Continuess skincare produt NW. Nanti tauu.

4- Bio oil product. Just some review about it. Hehe. Dah guna lama tapi selalu ja takda kesempatan nak blogged.

5- Dianz vitamin. Ni nanti dulu laa. Baru je start balik sebenarnya :)

6- Review, penulisan Syed Alwi Al Attas, Sophie Kinsella, wedding night. (Belum habis baca lagi. Kekangan masa yang melampau :'(

Cukup la dulu. Yang kat atas ni pun entah bila akan post. Lately ni sifat malas tu macam menebal sangat dalam diri. Haha. 

Thank you for reading~
💝

Thursday, 4 May 2017

Huhu :)

Assalamualaikum

Urmm, I dont knoww i wanna to be sad or what.. 😑

Haha! Sorry tak tahu nak merepek apa sebenarnya. Ada banyak benda nak share tapiii malas. Yuhaa. Bila ada penyakit malas tu sorryy memang tak boleh dipaksa lagi pluss not very well. 😥 doakan saya cepat sembuh okay? Tq. (Poyo macam ramai sangat yang intai blog engkau kan. Erkk) 

Lately ni manyak sangat problem. The part of prob yang killing me mestila my future. Haha. Heh! Tetiba my future dah kenapa kan? Tolong doakan jugak pleaseee. Usaha tangga kejayaan. Yeayhh. Veryy sure!.

Nak story part terkena sakit boleh tak? Dalam pada tak tahu apa nak merepek boleh la tiga empat perenggan jugak ni. Haha. (Berat nanang gini). 😝

Labour day punya cuti gatai sangat buat outdoor dekat Sungai Lembing (Pasir Kubur). Jam 12 tengahari sampai kat sana. Bertolak dari jam 10.00 pagi? Haa, jauh sangat rumah dengan Sg Lembing tukan! 

Sooo, Balik tu kena laa sakit kepala pluss cukup pakej semua. Haha. Seriously dah lama sangat tak berjemur tengah panas macam tu lama2 sampai jam 3 lebih petang gituu. Sekarang pulak panas terik. Panas berpenyakit gituuu. Padan muka ekauuu la kutt 😕

Perlu ke blogged about Sg Lembing? Tapi takda amik gambar punn. So maybee tak kutt. Anytime pergi lagi boleh laa difikirkan 😅 tapi tak berapa suka ke situ sebab tandas, bilik persalinan takda. Uiss susah nak melepaskan pape hajat. Dah tu lepas mandi manda nak tukar baju lagi la haru biru. 😯

Wuhaaaa. Banyak nya story morry. Okay stop sampai sini. 

Please waiting my next blog okay? (Haha~)

Thanks for reading. Till then. 
💝