Assalamualaikum,,
Family trip ke Cameron Highlands. Wah seronoknyaaa.. sebut je berjalan memang seronok tidak terkata. Hehe. Memang tak plan langsung untuk ke sana.
Masa ni raya cina 2014. Semua family berkumpul dekat rumah. Cuti lama. Chinese new year kan. So jenis abang ipar saya sorang ni suka sangat jenjalan. Haha. Saya pulak suka iyakan. Jom la jom la. Cenggitu. Excited nya terlebih je bab berjalan kan.. ikut sapa? Of course la ikut attitude parents. Haha.
So bermula lah perjalanan kami. Saya ni seriously ingat Cameron Highlands betul betul dalam kawasan Pahang :(( Memang nak pergi satu hari jela. Sebab lusa tu ofismate kahwin. Memang dah janji pun nak pergi kenduri sesama.
Beria sangat tanya abang. Betul ke sempat balik lusa. Dia dengan bangganya cakap sempat. Eee, geram kita tauu.
Bermula perjalanan kami. Pergi hari jumaat selepas solat jumaat. Susah payah kemas kemas je barang. Apa yang ingat bawak je. Memang tak ada checklist sebab ni last minute punya plan. Macam gini la jadi nya kan.
Kami pergi dua buah kereta. Naik highway pantai timur. Abang ipar tu dah jadi macam pemandu pelancong. Kami semua ikut dia je. Actually dia tinggal dekat Johor. So laluan nak ke Cameron Highlands dari Johor tu memang berbeza from Kuantan ke Cameron Highland. Kan?
From google :)
Hampir sepuluh jam perjalanan baru sampai Cameron Highland. Sebab apa? Rupanya abang ipar tak tahu jalan from Kuantan ni nak masuk mana untuk pergi ke Cameron Highland. So kami masuk KL dulu. Wah, rasa nak tercabut urat saraf.
Inilah akibat bila terjah je without planning :(
Syukur si kecik ni tak nangis pun.
Seronok sangat dapat jalan jalan.
Hehe ~
Sampai Cameron Highland jam 10 malam. Nak check in hotel semua full. :( Sedih betul. Kami pun pusing pusing cari masjid berdekatan. Dah sampai masjid rupanya ramai sangat yang tidur dekat situ sebab hotel penuh. Siap bawak toto bagai.
Kami pun decide untuk tidur dekat masjid jugak.
Masjid yang kami tidur, solat subuh sekali.
Sarapan pagi dekat kedai luar pagar masjid je :)
Sambil tunggu yang lain bersiap, ambil gambar dulu :)
Saya snap. Nampak la ala ala luar negara kan. Haha perasan sangat :(
Huh sangat baik diwaktu baby nyaaa :) Rinduuu..
Seriously tak nangis~
After semua dah siap, sarapan pun dah. Sarapan dekat kedai luar pagar Masjid je. Kami pun bergerak perlahan lahan. Cari ladang teh tapi tak jumpa. Kami pergi taman lavender tu. Beli strawberry. Manyak manyak. :P
Lepas tu pergi jalan jalan dekat tempat orang jual orkid, baju, bantal strawberry *murah sangat. Satu RM10. Beli banyak banyak. Siap tumpang kereta sebelah lagi hokay :)) Taksub sangat dengan bantal peluk. 😍 tak lupa untuk orang jauh satu :))
Petang kami bertolak balik. Kali ni lalu short cut okay. Tanya pekerja stesen minyak. Hihi.
Thank you for reading,
Till meet again, Assalamualaikum :)