Lebih baik tersalah ampun
Daripada tersilap hukum
Assalamualaikum, di kesempatan yang ada saja nak share karya Ramlee Awang Mursyid, saya kira yang paling terbaik di antara yang terbaik. Hihi~
Actually, saya peminat novel RAM sejak daripada bangku sekolah. Masa tu dah berjinak dalam baca novel. Start baca novel RAM masa tu form 2 or 3. Seriously lupa sebab dah lama. Hehe. Itupun, diwaktu hujung minggu. Pinjam novel Bagaikan Puteri dengan Kak Faraha. Dia cakap novel tu best. And itu first trial untuk karya RAM. Itu jugak novel pertama RAM untuk novel Sunan.
Mula mula baca tu memang dah start jatuh cinta dengan karya dia. Siapa yang baca mesti tahu siapa Sunan, Wali Sufi, Saifuddin. Kan kan. Hehe. Best tu tak dapat digambarkan. Dalam waktu yang sama boleh tahu pasal sejarah. Serba sedikit. Plot penceritaan dia sangat hidup. Bila baca mesti rasa nak lagi dan nak lagi.
Ini semua adalah sambungan cerita untuk novel Sunan. Last sunan musafir keluaran tahun 2016. *sorry if im wrong. Hihi~
Semua yang di atas sudah saya miliki. Anda bila lagi? Hehehe.
Kalau tanya saya plot penceritaan dia untuk semua ni panjang pulak nak cerita 😰 tapi ia berkisar tentang seorang yang kuat agama iaitu Sunan yang memang taat pada Allah. Mempunyai ilmu yang luar biasa. Menentang kejahatan. Ratna Sang Ratu tak mampu untuk membunuh Sunan kerana cinta. Ratna anak asuhan Maharani. Maharani berdarah syaitan. Ratna manusia biasa yang telah dididik oleh Maharani dari kecil untuk menjadi syaitan laknatullah.
Hah, kalau nak cerita like a saya pulak yang tengah menaip skrip. Hehe.
Love all about Sunan.
Tak sabar nak tunggu next sambungan dia~
That's all. Till meet again yoyy..
Assalamualaikum :)