Pages

Friday, 13 January 2017

Experience

Bismillah~

Pejam celik pejam celik now dah semester 7 sebagai seorang pelajar part time di UiTM. Alhamdulillah, hampir tercapai sebuah impian untuk dapat degree. Bercita cita untuk jadi seorang pakar psikologi, tapi terambil bidang lain pulak! πŸ˜‹

Allah dah tentukan mana yang terbaik. Terjumpa pulak dengan seorang lecturer ni. Haa, bukan handsome ok! Tapi memiliki PHD. Okay la PHD. Memang lecturer yang mengajar di sini ramai je yang berpangkat DR. Tapi.. tapi.. Dr lecturer ni adalah merupakan seorang yang akan mengajar saya dari awal semester hingga akhir semester ok. Sakitnya tuh di sini. Sebab nama nya "DR" memang marking pun gaya seorang DR la kan. Muehehe. Nak dapat A+++ for subjek dia. Oh my my. Please. Awak mimpi aje lah ok. 

Tapi daripada seorang DR ni saya tahu mana kedudukan saya untuk subjek tu. Dia tak akan hipokrit dalam bagi markah. Betul? Kecewa? Memang la. Dari situ saya tahu usaha saya bernilai banyak mana. Thanks to DR. Jadi setiap kali subjek Dr hati saya memang akan gundah gulana setiap masa. Takut kena repeat 😌



I believe it 😊

Start awal continue study sampai lah dah saat akhir akhir ni, belum putus lagi soalan.

"boleh ke awak studi macam tu?"

"okay ke? Saya tak mampu kut"

Bermacam macam lagi. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Saya memang nak. 

Macam mana terjadinya nawaitu untuk sambung belajar "part time"?

Haa, al kisah nya macam ni. Pada suatu hari.. saya dan kengkawan.. cerita nya bersambung akan datang eh. Haha. Mengarut sangat kisah nya :P

First dia macam ni. Saya merupakan seorang pelajar STPM. Bidang sains sosial. After dapat result STPM, saya ada ternampak satu iklan kerja dalam bidang marketing. Sebelum keluar result pun saya memang dah kerja merata. Memang nak jugak kerja sebab nak pegang duit sendiri. Hehehe. 

Saya sekadar apply kerja dalam bidang marketing tu. Tapi rezeki saya murah pulak and saya lulus interview. Until now I kerja dekat company yang sama. Yang banyak consider about my study. Alhamdulillah. 

Saya terima kerja tu. Ayah pun tanya how about my study? Takkan sampai STPM je? Saya memang ada apply UPU jugak that time. Ayah cakap lagi sambung PJJ (Pembelajaran Jarak Jauh) aka part time studi lah okay. Ayah sambung lagi. Sekarang punya kerja pun susah. Lagipun kalau sambung still dalam bidang sains sosial jugak la. Saya pun fikir memang betul apa yang ayah cakap. Alang dah dapat kerja. Yang ada degree pun time saya tu ramai yang tanam anggur. Saya yang dah dapat kerja kategori best masa tu tak kan nak quit because of study je. 


Allah sentiasa mudahkan perjalanan seorang hamba ni. Dua tiga hari lepas tu baca newspaper then nampak iklan about part time study dekat Uitm. Semua cawangan UiTM ada. Yang tak ada cuma dekat Kuantan sebab kuantan just buat foundation untuk law. 

Saya apply. Ada la syarat syarat dia. Semua syarat like a okay. Cuma kerja tu nak lebih dari setahun. Kalau tak silap. Yang pasti saya kountim dengan kakak punya bos. Dia sanggup tolong. Masa tukan saya baru kerja dalam 3 month. Then result PJJ tu keluar. Syok nya rasa sebab dapat sambung belajar walaupun masa dia memang panjang. Setahun mark up daripada student full time. Okay lah. Just fikir belajar for fun sebab kerja pun dah ada. Sengaja fikir macam tu. Tak nak diri stress sebab lama sangat. Sampai empat hingga ke lapan tahun. Itu kalau ada repeat maksimum lapan tahun. Kalau normal just empat tahun la. 

Discuss dengan bos tempat kerja. Cakap la yang saya dapat tawaran sambung belajar apa semua. Bla bla. Then dia support saya belajar. Alhamdulillah. Kalau support tu mudah sikit la untuk cuti exam, cuti kelas. Kelas every saturday. Tapi setiap bulan tu dalam sekali atau dua kali je kelas. Selebih nya belajar sendiri and boleh berhubung dengan lecturer dekat I class. Anytime. 

Untuk login ke dalam i class uitm. 
Pjj under Uitm Ined :)

Bermula semester 1. Belajar macam biasa. Sebelum masuk kelas kami dah berhubung melalui i class. Notes memang di upload oleh pensyarah Uitm Shah Alam untuk kami. So tinggal untuk print je. Ada je student yang guna laptop atau tab untuk tengok notes masa lecturer mengajar. Tak kisah mana mana. Yang penting selesa. 

Kelas bermula jam 8.30 pagi sehingga 6.30 petang. Break jam 1.00 tengahari hingga 2.00 petang. Agak pack masa. Huhu. Bayangkan saya ada lima kali kelas je untuk habiskan semua chapter. Setiap sem dibenarkan ambil empat subjek je. Satu subjek tu dalam 10 11 chapter jugak la. Time kelas tu jugak saya ada test. 

So dalam masa dua jam tu lecturer akan habiskan 4 ke 5 chapter. Untuk kelas pagi okay la. Kalau masuk kelas petang memang dah tepu otak. Seriously kelas last memang ibarat angin je ilmu yang lecturer bagi tu. Balik memang kena review semula. Bukan salah lecturer. Tapi saya sendiri yang dah letih. Tapi untuk awal setengah jam still lagi fokus. Selebihnya tu mata je pandang depan. Sebab tu sometimes lecturer yang kelas last ni banyak bertanya. Dia faham yang kami semua memang penat. Dari pagi sampai petang kan. 

Untuk subjek finance, matematik kebiasaannya memang kelas awal pagi. Mengira. So, lecturer jugak akan buat kelas tambahan. Chapter banyak. If habiskan chapter je tapi student tak boleh buat pun tak guna jugak. Lecturer terpaksa slow slow mengajar. Hihi. 

Saya memang diantara yang tak faham bila mengajar mengira laju laju. Haha πŸ˜‹orang lain dah faham saya masih terkial kial. Kena hard working sikit la.. hehe. Pernah jugak sekali tu ambil finance. Sampai dah nak exam pun saya still lagi terkial kial. Lecturer buat kelas tambahan. Time tu baru saya faham betul betul sebab lecturer ajar by past year. Alhamdulillah. Kalau tak mahu repeat semula kutt. Nauzubillah. Hihi. 

Sesiapa yang nak buat part time study fikir baik baik ok. Kalau diberi kesempatan untuk sambung master maybe saya akan buat full time master. Rasa dah tak sanggup nak buat part time. Kadang terkejar jugak. Kerja saya pun tak tentu. Tak boleh jugak selalu excuses dengan alasan belajar. Nak buat apa apa tak boleh cipta terlalu banyak alasan. Better harungi dengan tenang je. Huhu.

Hopefully saya mampu habiskan belajar yang tinggal saki baki je lagi ni. :) Dah berjaya harungi selama tiga tahun.  Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah. 


Presentation sedang berlangsung. Dalam waktu satu jam setengah untuk kami semua present. Setiap seorang diberi masa selama 10 min je untuk presentation :)



Subject math. Lupa dah semester berapa. Hihi. Ajar one by one. 
Siapa yang tak faham la. Hehe.



Last kelas untuk semester ni. 
*Lupa semester berapa. πŸ˜‚


Semua peringkat umur ada dekat sini ok. 
From STPM, Diploma kejuteraan pun ada.
From any IPTA & Politeknik :)

Hopefully kami semua berjaya dapat Degree :)


Till meet again.
Assalamualaikum :)