Pages

Tuesday 21 March 2017

How To Overcome Your Stress?

Hai hai and Assalamualaikum..
Hehe, lama kann tak update blog. Sorry, very busy. 
Class dah start, keje non stop. *Konon.
Tapi sebenarnya tak attend pun lagi kelas tu.
Lebih je kann. Haha ^ __ ^


Today macam terbuka minda nak story story about stress. Semua orang akan hadapi stress kecuali budak budak. Sebab tula sometimes rasa nak kembali ke zaman kanak kanak semula. But kita must to wake up. Kembalilah ke alam realiti. Gituu. Hehe. 

Yela kan, cara terbaik dalam hidup kita ni adalah follow the flow je. Nak nak time stress tu yang more to kena follow the flow sensangat kan. 

Kenapa nak kena hadapi stress ek? Stress ni selalu je kot datang pada kita kan. Contoh bergaduh dengan kawan ke, bf gf korang ke, suami, isteri, parents maybe. Dengan anak anak pun boleh jugak la. Ada masalah dekat tempat kerja. Kalau student tu stress dengan assignment yang macam gunung Everest 😓 kalau saya pulak tak sudah stress dekat tempat kerja, dah campur pulak dengan belajar kan. Bukan senang tau nak belajar part time ni. Emm, dah terlanjur. Tak shabar nak habis je ni. :(

Bila korang dan saya dah stress satu je nak mintak. Jangan lepas pada yang tak berkenaan. Contoh yang ada anak, lepas pada anak anak. Kesian sangat. Yang ada pasangan, lepaskan kemarahan pada dorang. Lagi sentap lepaskan pada parents. Tolong jangan macam tu pleasee. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Just because of stress korang dah mula merenggangkan hubungan yang baik sesama mereka. Bila dah sekali kecik hati tu paham paham la kan. Memang terasa sampai tercucuk tulang tauu. Terbelah isi. Haha. *Melebih sangat!



Okay, yang di atas ni adalah half perkara yang saya buat bila dah mula stress. I tell you serious, *pinjam ayat doktor. Hihi. Stress sangat membawa kita kepada keburukan. Salah satu nya dapat penyakit. So, selagi boleh elak, silalah elak. 

Yes! Setiap orang tak boleh elak pun masalah yang datang. Masalah tu jugak satu ujian. Mengajar kita untuk menjadi lebih matang. kan? 

Maksud elak dekat sini ialah jangan dilayan masalah yang korang terima tu. Better bertenang, fikir macam mana nak selesaikan masalah yang buat korang stress sangat tu. Selesaikan satu satu. Kalau rasa cant settle your problem. Just diam. Buat buat happy. Tidur lebih baik jugak haha~

What important is. Sebagai orang Islam. Back to Allah :) Selain tu boleh buat apa yang boleh buat korang happy and hilangkan stress. 

Firstly, bila rasa stress je. Diam and rest. Cari jalan penyelesaian. Discuss bebaik. Andai tak jumpa jalan penyelesaian jugak. Just smile. Sebab setiap masalah ada jalannya. Setiap penyakit ada ubat dia. Hanya mati yang tiada ubat. Okay? Confident sikit dengan Allah. Tahap confident tu letak la semaksimum mungkin.



Second, cari lah Allah. Solat jangan tinggal. Yang wajib tu jaga betul betul. Me too. Hihi. Yang sunat tu boleh ditambah tambahkan. Sikit pun takpe. Janji istiqamah. Istiqamah memang susah. Tak semudah update dalam blog ni. Tak mudah jugak nak update kalau takda mood. Haha, so in reality semua yang kita buat need to usaha. Kan?





Third, mengaji Quran. Membaca Quran memang akan buat hati yang resah jadi lapang, tenang sangat. Ada masalah punya besar. Tapi macam takda masalah perasaan dia tu lepas baca Quran. Yang ni saya selalu cari nak nak bila hati saya tak tenang, ada masalah. Itu memang yang saya rasa. So saya share dekat sini mudahan korang pun akan rasa benda yang sama. Allah yang bagi ujian, mestilah penyelesaian pun ada pada Dia jugak. Right? Lepas dah siap baca tu saya akan cium al Quran tiga kali macam biasa orang lain buat kut. Then part last tu saya letak Quran di dada. Tarik nafas. Kemudian hembus nafas perlahan seolah olah nafas yang dihembus tu meresap ke dalam Quran. Then saya akan doa kat situ mintak Allah tenangkan hati saya. Yang memberi ketenangan tu Allah. Yakin!



Fourth, lepas dah cari Allah. Buat la some aktiviti dekat atas dunia ni. Semua kan milik Dia. Cuma yang first mestilah cari Dia dulu. Kan? Cara saya melepaskan stress lagi. Saya akan cari pantai. Haha. Kenapa pantai? Entah lah. Apa yang pasti tenung, tengok, melangok dekat pantai tu sangat memberikan ketenangan pada hati. Maybe sebab pantai milik Allah. Ciptaan semulajadi dari Dia kan?



Fifth, main boling, tengok wayang. Tapi ini kalau ada geng jela. And hari cuti je. Tak selalu sangat. Tapi pernah tengok wayang sengsorang. Masa tu memang tengah stress sensangat kutt haha. Layan pulak cerita karton. Out terus stress dok gelak sorang sorang. Makan pulak pop corn sorang sorang. Emm. Bila stress fikiran pun jadi kurang waras sangat haha.





Sixth, op kos la makan. Makan boleh hilangkan stress sangat sangat. Rasanya memang semua orang selalu buat camni kut kan. Nak nak perempuan like me. Hehe. Saya akan cari cadburry. Kalau nampak saya ada masalah boleh tak hulurkan cadburry kat saya pleaseee. Hehe. Confirm habis. Jangan mintak nak sikit. Kalau time tak stress takda pun nak hadap cadburry tu sangat. Memang tak makan habis pun coklat tu.



Seventh, nak bersendirian. Memang nak bersendirian time tu. Jangan ada yang ganggu. Ganggu untuk memujuk tak ngapa. Haha. Itu dunia fantasi yang diciptakan sendiri ajela. Masa stress tu, kita pemangsa ni sangat perlukan masa untuk sendiri, fikir itu dan ini. Barulah balik rumah tak lepaskan masalah tu pada orang lain. Haa, kan?



Okay korang. Cukup lah tujuh je tau. Ini antara yang saya amalkan bila seteress. Lain orang lain cara. Tak kisah apa cara janji halal. Tak lepaskan pada orang lain. Cari Allah first. Selebihnya buatla apa yang patut janji tak melanggar syariat. Cewahh. Hehe.



Okay? Nanti ada idea saya blogged lagi. 
Daa~ 
💖